Pelakon Ruhainies mendedahkan dia sering menerima permohonan maaf dari warganet yang sebelum ini ada ‘mengata’ dirinya.
Menerusi tangkap layar teks menerusi DM di Instgaram, individu terbabit mengakui baru memahami apa itu istilah ghibah atau mengumpat.
“Assalamualaikum puan, saya baru lepas faham pasal ghibah/ mengumpat. Jadi sekiranya saya ada mengumpat puan minta dihalalkan ya,” tulis individu terbabit.
Ads
Bintang drama Cukup Derita Itu bagaimanapun positif dan mengakui tidak marah atas perkara tersebut dan awal-awal sudah memaafkan.
“I selalu dapat DM yang mcm ni. Haaaaa mengata kite ape I tak marah you mengata i. Tapi you kata i “puan” tu i kisah.
“All jokes aside: sapa sapa rasa pernah kutuk/mengata i tu yg dah minta maaf, i maafkan. yg pernah mengata tapi tak minta maaf tu…i maafkan jugak,” reaksi Ruhainies.
Ads
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pelakon Janna Nick mengucapkan terima kasih buat produksi program hiburan, Melodi kerana membuka platform buatnya dalam bidang pengacaraan.
Janna yang turut mengundurkan diri dari set berkenaan bersama hos gandingan, Awal Ashaari dan Ajak Shiro merupakan antara pengacara termuda yang pernah mengendalikan program hiburan mingguan itu.
“Terima kasih kerana menyumbang kenangan terindah & pengalaman yang teramat berharga dalam perjalanan karier seni saya.
“Menjadikan saya seorang pengacara termuda di melodi & menjadi platform pertama yang mengajar saya erti pengacaraan.
“Terima kasih co host saya yang selalu menceriakan hari ahad saya @ajakshiro @awalashaari! Semua team @meloditv3 yang terlibat secara langsung & tidak langsung. I’m gonna miss you guys so much!,” titip Janna.
Dedikasi tersebut dikongsikan pelakon Melastik Ke Hatimu itu menerusi satu hantaran di Instagram yang dikemas kini.
Janna turut mengucapkan selamat maju jaya buat his baru, pelakon Nabila Huda.
“Juga kepada semua penonton Melodi, Tanpa anda mana mungkin saya kekal hingga ke hari ini. To @kupu_kupu! Congratulations & All the best.
“Janna Nick signing out. 2018-2021,” tulisnya bersama pautan video memori saat beberapa tahun bersama Melodi.
Pejam celik, pejam celik rupanya anak kepada pasangan selebriti, Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya, Lara Alana kini telah pun genap tujuh tahun usianya.
Menerusi perkongsian di laman Instagram, Awal menyifatkan kehadiran Lara sebenarnya telah banyak mengubah perspektif kehidupan dia dan isteri daripada pelbagai sudut.
Katanya lagi, dia dan Scha berasa amat bertuah kerana diberikan kesempatan untuk melihat sendiri anaknya itu membesar menjadi seorang kanak-kanak yang hebat.
“22 July 2014. Mommy brought you to this world, and since that day, you have changed our lives in so many ways.
“Daddy boleh tulis karangan panjang berjela, mungkin boleh jadi buku, on how lucky we are to have you, to raise you and to be able to watch you grow, to be this amazing young girl. But I don’t want to bore my followers,” tulisnya.
Dalam pada itu, Awal turut dilihat ada menitipkan doa semoga anaknya itu sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT.
“Daddy doakan semoga Allah sentiasa merahmati mu dan kamu sentiasa berada di dalam peliharaan-Nya. Happy 7th Birthday anak Daddy, @laraalanaa,” luahnya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti menitipkan ucapan hari lahir selain turut mendoakan semoga Lara membesar menjadi anak yang sentiasa membahagiakan keluarga.
“Happy birthday Lara cantik. Semoga berjaya dunia dan akhirat nak.
“Happy 7th birthday Lara. You’re loved by so many.
“Happiest birthday Lara Alana. Loving you since we’re born.
“Happy birthday Lara Alana. U made my day since day 1 you born. Be a good girl to mom and dad okay.
“Selamat hari lahir Lara Alana. Semoga diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT. Ameen Ya Allah,” antara ucapan-ucapan yang dikongsikan netizen di ruangan komen.
Terdahulu, Lara telah pun dilahirkan pada tanggal 22 Julai 2014.
Awal dan Scha pula telah mendirikan rumah tangga mereka pada 4 Mei 2012.
Selain Lara, pasangan ini turut dikurniakan seorang lagi cahaya mata perempuan, Lyla Amina yang lahir pada 12 Februari lalu.
Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Sumber: Instagram Awal Ashaari
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyampai radio, Deen Hot FM mengumumkan dia kini sah meninggalkan stesen radio tersebut selepas kontraknya tidak disambung lagi.
Menurut Deen atau nama sebenarnya Nordin Madian, dia telah pun menerima notis penamatan servis seminggu yang lalu dan hari ini merupakan kali terakhir dia ke udara selepas hampir 10 tahun berkhidmat bersama stesen radio berkenaan.
Dari hari isnin hari tu dah ramai yang tanya-tanya kt media sosial, pm tepi, whatsapp & call.
“Saya telah menerima notis 7 hari penamatan servis bertarikh 16 Julai 2021 dan hari ini 23 Julai 2021 merupakan hari terakhir saya memberikan servis sebagai seorang penyampai radio di Hot FM.
“Karier saya sebagai penyampai radio bermula sejak 15 Oktober 2010 sebagai seorang kakitangan kontrak dan bermula pada 1 November 2017 pula sebagai service provider,” tulisnya.
Pengumuman tersebut dikongsikan oleh Deen menerusi satu kenyataan akhbar yang dimuat naik di laman Twitter.
Menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka, Deen menjelaskan ia sebenarnya adalah lumrah dan rutin normal bagi sesebuah stesen radio swasta menukar barisan penyampainya bersesuaian dengan trend masa kini.
Dikesempatan itu juga, Deen turut menitipkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyokongnya sepanjang berkecimpung didalam dunia penyiaran radio.
“Saya amat bersyukur dikurniakan rezeki selama 10 tahun bersama Hot FM dan kini sudah tiba masanya untuk Hot FM membuat pertukaran barisan
penyampai yang sememangnya rutin normal bagi sesebuah radio swasta
selari dengan selera pendengar, permintaan pasaran, pelan perniagaan dan content strategies.
“Oleh itu, saya menerima keputusan ini dengan profesional dan ingin
mengucapkan jutaan terima kasih kepada keluarga, seluruh team Hot FM,
para wartawan, rakan-rakan dan peminat yang sentiasa menyokong karier saya selama ini,” ujarnya lagi.
Ditanya mengenai perancangannya selepas ini, bapa kepada seorang itu memaklumkan dia bakal menggunakan waktu ini untuk menyambung pelajarannya yang sudah lama tertangguh.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis menzahirkan rasa sedih selain turut menitipkan ucapan selamat maju jaya buat apa jua bidang yang diceburi Deen selepas ini.
“Kau ni kalau campak ke laut jadi pulau, campak ke hutan jadi gunung, campak ke langit jadi bintang. Terus sukses, bro. In sya Allah.
“Oh no, sedihnya semua berhenti. All the best in your future endeavours Deen! Terima kasih untuk hari-hari yang menceriakan di radio.
“Thanks Deen 10 tahun dengar celoteh kau..rindulah lepas ni.
“Good luck in your future endeavor my friend. Insyallah ada rezeki lain,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Twitter.
Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Sumber: Twitter Deen Hot FM
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Enggan terus berada di takuk lama, penyanyi Haqiem Rusli menegaskan dirinya kini bersedia untuk mencuba sesuatu yang baharu dan keluar daripada zon selesa demi memastikan kerjayanya terus berkembang.