Kalau kita dapat lihat sekarang ini, industri hiburan di negara kita semakin hari semakin ramai dengan pendatang baru.

Apabila pendatang baru semakin ramai maka saingan di antara mereka untuk terus kekal di dalam industri semakin sengit.

Ada segelintir pelakon yang hanya dikenali untuk sebuah drama sahaja dan selepas itu diam menyepi.

Pelakon kacak, Hisyam Hamid juga dilihat popular apabila drama yang dilakonkan olehnya dimainkan di televisyen namun selepas drama itu selesai, Hisyam akan menyepi semula.

IKLAN

Sekejap Popular Sekejap Menyepi, Itu Strategi Hisyam Hamid

Ketika Hisyam ditemui oleh MH di majlis pertunjukan fesyen Starvilion minggu lalu, sempat juga MH bertanyakan pendapat Hisyam adakah dia risau tentang dirinya yang dilihat sekejap popular dan sekejap menyepi itu.

Hisyam mengakui dirinya yang sekejap popular dan sekejap menyepi itu adalah sebahagian daripada strateginya untuk terus kekal di dalam industri.

IKLAN

“Sebenarnya itu adalah sebahagian daripada strategi saya untuk kekal relevan dalam industri.

 

“Satu perkara yang saya perasan berdasarkan kajian saya, kadang-kadang ada seseorang pelakon yang melonjak-lonjak popular dalam sesebuah cerita tapi sampai satu tahap dia senyap dan kemudiannya dia hilang. Apabila dia muncul kembali dalam industri dia tampil dengan hanya watak yang sangat kecil,” katanya kepada MH.

Disebabkan hal ini, Hisyam merasakan amat penting untuk dirinya selalu berfikir bagaimana untuk terus kekal relevan dengan pendatang-pendatang baru yang terlalu ramai.

“Pelakon baru terlalu ramai, setiap bulan akan ada cerita baru dan fenomena yang baru bagi pendapat saya fenomena ini adalah satu perkara yang tidak tahan lama.

 

“Jadi pada saya apa yang penting adalah stratergi untuk kekal relevan dan salah satu cara saya adalah dengan membiarkan diri saya sekejap naik dan sekejap turun,” katanya.

Sekejap Popular Sekejap Menyepi, Itu Strategi Hisyam Hamid

IKLAN

Ditanya adakah dia tidak takut dengan saingan daripada pendatang baru dalam industri, Hisyam berkata dia tidak takut kerana masing-masing ada kekuatan yang tersendiri malah dengan adanya pendatang baru ini juga Hisyam merasakan ianya adalah sesuatu yang bagus buat penonton dan juga pelakon sendiri.

“Saya tak takut sebab masing-masing ada kekuatan dan kelemahan sendiri.

 

“Dengan adanya pendatang baru juga sebenarnya adalah sesuatu yang bagus kerana daripada perspektif penonton, akan adanya pelbagai pilihan dari segi hero-hero yang berlakon dalam sesebuah drama atau filem.

 

“Perspektif kepada pelakon pula, kita kena sentiasa ambil positif kerana ia adalah perkara yang akan membuatkan kita rasa untuk terus berusaha ke depan dan tidak terlalu selesa dengan apa yang telah kita capai sebelum ini,” jawabnya kepada MH.

Dalam pada itu, pelakon kacak yang berasal dari Singapura ini juga turut berkata, dia lebih selektif dengan tawaran yang diterima supaya penonton tidak bosan atau muak melihat lakonannya.

“Seperti tahun lepas, saya tolak tawaran untuk berlakon drama dan hanya terlibat dengan projek khas seperti Dosa yang merupakan kerjasama antara Malaysia dan Indonesia. Selain itu saya juga turut berlakon untuk filem Pontianak.

Tambahnya lagi, tahun ini dia mula melibatkan diri dengan drama semula. Pelakon ini bakal berlakon dalam drama bertajuk Rahsia Hati Perempuan bersama Mira Filzah, Fikry Ibrahim yang bakal ditayangkan di saluran Astro Ria bulan hadapan.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI