Menerusi episod Mingguan Wanita minggu lalu yang menampilkan pelakon, Elfira Loy bersama ibu, Filzah binti Yusoff menerusi topik ‘Kerana Ibu Kuturutkan’, dua beranak ini saling mendedahkan rahsia perasaan serta hubungan ibu dan anak.

Jelas Elfira yang mesra disapa El, awalnya dia ada kala rasa marah apabila terpaksa menurut kehendak si ibu, namun dipendamkan dalam hati.

Ada kalanya saya marah juga dengan keputusan ibu, namun saya pendamkan. Tetapi apabila satu demi satu hikmah yang muncul. Keputusan ibu adalah yang terbaik.

“Namun apabila difikirkan semula, saya lebih suka dimarahi ibu kerana secara tidak langsung kita akan tahu apa yang betul dan salah,” jelasnya sejurus ditanya hos.

Sebak mengenang pengorbanan ibu yang tidak terbalas jasa, pelakon ini mengakui gementar dan takut tidak mampu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu yang baik kepada anaknya yang bakal lahir tidak lama lagi.

Apabila menjadi seorang ibu, setiap ibadah yang dibuat, bukan lagi untuk dirinya semata tetapi untuk anak-anak. Apabila ibu bangun pagi untuk solat, ibu laksanakan demi berdoa untuk anak-anak.

IKLAN

“Saya tahu nanti semuanya akan berbalik kembali apabila dia sudah tiada. Kita akan mendoakan untuknya di sana.

“Sekarang saya lebih terasa kerana bakal menjadi seorang ibu. Apabila disoal apa yang paling ditakuti, saya takut bagaimana untuk menjadi seorang ibu yang baik sebagaimana ibu saya.

“Bagaimana ibu berkorban masa demi anak-anak. Bayangkan kita untuk solat untuk diri sendiri pun susah, jadi macam mana seorang ibu mampu lakukan semuanya, berdoa untuk anak-anak.

“Saya rasa itu pengorbanan yang paling besar,” tuturnya sambil mengalirkan air mata.

IKLAN

Dalam pada itu, ibu Elfira, Filzah mengakui ada ketika anak-anak jarang meluangkan masa untuk telefon meski walau sekadar berbual kecil.

Kami sering Whatsapp namun kadang kala tersentak juga hati mengapa anak-anak jarang telefon.

“Ibu bukannya mahu apa-apa, cukuplah telefon bertanya khabar, bukan hanya berbual menerusi aplikasi Whatsapp.

“Dan selalunya saya akan membuat keputusan untuk anak. Naluri ibu kuat kerana kita ikhlas menjaga anak, namun kita tidak tahu bagaimana pula nanti anak menjaga kita,” celahnya sambil ketawa kecil.

IKLAN

Terdahulu, Filzah mengakui dia mengongkong anak-anak kerana bimbang andai anak lupa diri.

Malah kongsinya lagi dia lebih gemar untuk berkongsi perasaan bersama anak-anak agar mereka memahami apa perasaan hati si ibu ketika itu, sama ada merajuk atau sebaliknya.

Mingguan Wanita bersiaran dari Isnin hingga Jumaat jam 11.00 tengahari menerusi saluran Astro Prima (105) dan Prima HD (121).

Foto : Youtube Mingguan Wanita

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI