Pengurus kepada penyanyi Nikki Palikat, Jeff Wai mengesahkan bintang Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) itu terpaksa dikejarkan ke hospital pagi tadi gara-gara kurang rehat.

Jeff ketika dihubungi berkata, penyanyi lagu Pinta itu mengalami keletihan dan kini sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Bangsar, Kuala Lumpur.

“Dia terpaksa ditahan kerana terlalu penat dan tak cukup rehat hingga menjejaskan kesihatan. Keadaannya sekarang agak lemah tetapi masih berada dalam keadaan baik.

“Sebenarnya sejak dua minggu lalu saya nampak kesihatannya agak terganggu. Mungkin kerana tidak cukup tidur, terlalu fokus kerja dan sebagainya. Doakan semoga Nikki cepat baik,” katanya.

IKLAN

Nikki sepatutnya membuat persembahan di Majlis Nona Superhero Awards di One World Hotel, Bandar Utama yang dibawakan oleh Ideaktiv dan Majalah Nona malam ini.

“Mohon maaf sebab kami tidak dapat penuhi undangan untuk membuat persembahan tersebut. Doktor menasihatkan Nikki untuk dapatkan rehat secukupnya sebelum meneruskan komitmen kerja,” katanya.

IKLAN

Ditanya mengenai persiapan penyanyi berkenaan di Separuh Akhir GV8 minggu ini, Jeff mengakui ada beberapa aspek yang perlu diubah.

IKLAN

“Sebenarnya kami sudah rancang untuk jayakan persembahan yang agak ‘meletup.’ Namun dengan keadaannya sekarang, kita cuba minimalkan seberapa yang boleh.

“Asalkan dia boleh persembahkan dua lagu tersebut dengan baik Ahad ini itu sudah memadai. Apa pun saya percaya dia tetap cuba berikan yang terbaik,” katanya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI