Filem Mentega Terbang yang didakwa menampilkan babak sensitif membabitkan agama turut diselar pelakon Fauzi Nawawi.

Menerusi laman Instagram miliknya, Fauzi, 50, ‘menempelak’ penerbitan filem itu yang mengguris perasaan umat Islam di negara ini.

“Sejahil mana pun kita, jangan permainkan agama. Tanpa agama, hidup kita tiada tujuan.

“Harap sangat pihak yang bertanggungjawab ambil tindakan terhadap mereka yang lakukan ini.

“Harap sangat pihak yang bertanggungjawab ambil tindakan terhadap mereka yang melakukan ini.

IKLAN

“Ini soal akidah. Sedih sangat dengan bangsa sendiri,” tulis Fauzi di ruangan kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FauziNawawi (@theonlyfauzinawawi)

Suami kepada aktres Lisdawati itu turut mengepil (tag) akaun Instagram rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Polis Diraja Malaysia dalam hantarannya itu.

IKLAN

Filem arahan Khairi Anwar dan diterbitkan Tan Meng Kheng ini mula ditayangkan melalui platform penstriman berbayar Viu pada 19 Januari lalu dengan skrip ditulis bersama Khairi Anwar, Arjun Thanaraju dan Ting Teng Hui.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FauziNawawi (@theonlyfauzinawawi)

Ia mengisahkan remaja Muslim bernama Aishah tertarik kepada agama yang mempercayai konsep kelahiran semula selepas kematian menjadi makhluk lain sebagai balasan.

IKLAN

Malah ada babak yang menunjukkan ayah Aishah berfahaman liberal tidak menyekat anaknya itu murtad selepas mengkaji pelbagai kitab agama lain bagi mencari jawapan.

Filem berdurasi satu jam 44 minit itu tidak tertakluk Lembaga Penapisan Filem (LPF) kerana hanya ditayangkan melalui platform atas talian dan bukan pawagam atau televisyen.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI