Meski tarikhnya sama dengan kumpulan wanita popular Korea Selatan iaitu BlackPink, namun Malam Bulan Bintang tidak kurang hangat apabila menerima maklum balas baik daripada peminat.

Malah hasil tinjauan di media sosial, ramai yang memuji penganjuran konsert yang sarat elemen kerohanian.

Malam Bulan Bintang Sehangat Sensasi BlackPink! Semua Puji Pentas 360 Darjah, Konsert 5 Jam Tampilkan Siti, M Nasir & Opick Malam Bulan Bintang Sehangat Sensasi BlackPink! Semua Puji Pentas 360 Darjah, Konsert 5 Jam Tampilkan Siti, M Nasir & Opick

“Siapa pernah buat konsert sampai lima jam? Bulan Bintang punya konsert boleh buat kebas bontot. Another level!”

“Sound, lighting, semua ons. Rasa berbaloi datang Konsert Malam Bulan Bintang!”

Demikian kata-kata netizen di laman Twitter mengenai Konsert Malam Bulan Bintang yang berlangsung pada Sabtu lalu.

Perkongsian akaun yang menggunakan nama @twtbiy itu mendapat hampir 2,500 ulang kicau dan 1 juta tontonan di platform Twitter.

@musimkita_ Memang berbaloi pergi semalam 😘#Musimkita #Bulanbintang #musimkitaxbulanbintang #malambulanbintang #konsertmalambulanbintang #opick ♬ original sound – Musim Kita

IKLAN

Malah, susur masa Twitter dan TikTok turut dibanjiri dengan sedutan persembahan sekitar konsert anjuran jenama fesyen Bulan Bintang yang diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Malam Bulan Bintang Sehangat Sensasi BlackPink! Semua Puji Pentas 360 Darjah, Konsert 5 Jam Tampilkan Siti, M Nasir & Opick Malam Bulan Bintang Sehangat Sensasi BlackPink! Semua Puji Pentas 360 Darjah, Konsert 5 Jam Tampilkan Siti, M Nasir & Opick Malam Bulan Bintang Sehangat Sensasi BlackPink! Semua Puji Pentas 360 Darjah, Konsert 5 Jam Tampilkan Siti, M Nasir & Opick Malam Bulan Bintang Sehangat Sensasi BlackPink! Semua Puji Pentas 360 Darjah, Konsert 5 Jam Tampilkan Siti, M Nasir & Opick

Selain persembahan daripada barisan penyanyi tempatan dan antarabangsa seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk M. Nasir, Faizal Tahir, Opick, Sabyan, Alif Satar & The Locos, Raihan dan Salammusik, pentas tengah dengan 360 darjah turut ‘pancing’ perhatian.

Penonton yang hadir memuji elemen Islamik seperti alunan selawat serta tazkirah ringkas yang disampaikan oleh pengacara Amin Idris di dalam konsert terbabit.

Menurut Pengasas Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi, dia berpuas hati kerana dapat menampilkan persembahan, penataan bunyi bersama pentas 360 darjah.

“Ada orang kata Konsert Malam Bulan Bintang semalam ‘harga rahmah, experience mewah.

IKLAN

“Betul kot. Ni memang cerita buat konsert untuk kepuasan sendiri, bukan buat duit punya event. Harap semua yang datang happy!

“Puas hati dapat buat stage and sound ikut spesifikasi sendiri! 360 degrees stage,” tulisnya di laman Twitter.

Tambah Azzim, dia mewakili generasi muda dan komited untuk melakukan yang terbaik dari segenap aspek.

“Aku paling risau bila ramai yang jumpa aku semalam cakap @malambulanbintang ni best sangat, sampai suruh buat lagi untuk tahun-tahun hadapan. Hahaha. Risau diorg ni lupa je @bulanbintanghq ni company jual baju Melayu. Hahaha.

“Malam Bulan Bintang ialah event kedua (selepas @bbtakesthesky) yang memberi signal Bulan Bintang merupakan sebuah syarikat anak muda yang sentiasa mencari benda baru yang fresh, yang tak pernah orang buat, yang tahu keinginan anak muda yang lain.

IKLAN

“Jika dipandang secara menyeluruh, dua event ini merupakan satu simbol yang membawa maksud kami komited untuk put everything that we have just to be the best dalam setiap benda yang kami buat, bukan terhad kepada hanya event tetapi juga kualiti barangan, sales service dan user experience,” tulisnya lagi.

Malam Bulan Bintang Sehangat Sensasi BlackPink! Semua Puji Pentas 360 Darjah, Konsert 5 Jam Tampilkan Siti, M Nasir & OpickMalam Bulan Bintang Sehangat Sensasi BlackPink! Semua Puji Pentas 360 Darjah, Konsert 5 Jam Tampilkan Siti, M Nasir & Opick

Terdahulu, Azzim tidak gentar merealisasikan Konsert Malam Bulan Bintang meskipun berlaku pertembungan tarikh dan lokasi konsert dengan kumpulan K-pop terkenal dunia, Blackpink World Tour di Stadium Nasional Bukit Jalil.

“Kami menerima banyak reaksi daripada peminat Bulan Bintang, penyanyi yang membuat persembahan dan peminat Blackpink ketika kami mengumumkan tarikh dan lokasi konsert yang jatuh pada hari serta tempat yang sama.

“Mereka sudah melakukan perbincangan awal dengan beberapa pihak untuk memastikan perjalanan konsert mega yang menampilkan lapan artis terkenal tanah air termasuk antarabangsa itu berjalan lancar dan terkawal,” katanya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI