Mengambil inspirasi program realiti popular Amerika Syarikat, Shark Tank, Pertubuhan A Diversity and Inclusion Movement by The Youth (DIYC) menawarkan wang tunai RM32,000 kepada rangka pelan perniagaan terbaik yang dihasilkan oleh peserta berkumpulan.

Kumpulan peserta bakal diadili barisan juri terdiri daripada pasangan selebriti, Nazril Idrus dan isteri, Sazzy Falak serta Ninie Chong.

Diadakan dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia, Persatuan Seniman, Pertubuhan Aspirasi Karisma, UniKL dan Next Gen Malaysia (CILT) serta rakan strategik Beliaarisma Jauhar, Businesses Plan Challenge adalah pertandingan yang dibuka kepada bakal graduan institut pengajian tinggi awam dan swasta, Kolej Mara dan Vokasional selain belia berdaftar di bawah NGO.

Pengarah Program 1 DIYC Movement, Rehhahn Tudball berkata, pihaknya mencari kumpulan terbaik dalam merangka strategi serta mampu tampil dengan pelan perniagaan berpotensi tinggi untuk diperkembangkan.

“Melihat potensi anak muda terutama dalam kalangan penuntut universiti dan kolej tempatan yang mempunyai daya inovasi serta bersemangat untuk bersaing, kami yakin misi ini akan berjaya.

IKLAN

“DIYC Movement secara kolektif percaya ramai peserta sedia merebut peluang untuk tampil dengan pelan perniagaan jitu yang melayakkan mereka membawa pulang ganjaran wang tunai.

“Diharap mereka yang berminat terus mengisi borang penyertaan segera memandangkan hanya 30 kumpulan bakal ke pentas akhir,” katanya.

Nazril & Sazzy Falak Jadi Juri, Pemenang Bakal Bawa Balik Wang Tunai RM32,000
Penyerahan replika cek daripada Rehhahn Tudball, Pengarah Projek DIYC BPC kepada Hasnul Haniff Haron, Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia sambil disaksikan oleh Pengerusi Seniman, Zed Zaidi dan Mohd Fairuz Isa, Pengerusi Belia Karisma Jauhar Negeri Johor.

Mengenai syarat penyertaan, Tudball berkata, selain dibuka kepada penuntut IPT dan belia NGO dengan setiap kumpulan mempunyai empat peserta, mereka juga dimestikan berusia 30 tahun ke bawah.

IKLAN

Sebanyak 30 kumpulan bakal bertarung di peringkat akhir yang berlangsung di Hotel Sunway, Iskandar Puteri Johor pada 13 dan 14 Mac depan.

Acara kemuncak yang dikendalikan Izzue Islam dan Sazzy itu juga akan dimeriahkan dengan persembahan istimewa daripada Ratu Rock Ella.

IKLAN

Hadiah pertama membabitkan kategori IPTA dan IPTS layak membawa pulang RM15,000 manakala naib juara menerima RM10,000 dan pemenang ketiga meraih wang tunai RM5,000.

Dua lagi pemenang hadiah sagu hati tidak pulang dengan tangan kosong apabila bakal diberikan ganjaran sebanyak RM1,000.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI