Pelakon dan usahawan, Syatilla Melvin berkongsi detik cemas apabila memaklumkan anak lelakinya, Sheriv Samheizy telah terjatuh sehingga menyebabkan kecederaan di bahagian bibirnya.
Menurut Syatilla, insiden tersebut merupakan perkara yang paling dia takuti lebih-lebih lagi apabila terpaksa berjauhan dengan anak-anak.
“TADI MENANGIS MENGAMUK, TIBA-TIBA DIAM. Ya allah moment di atas sampai bila-bila takkan bubu lupa. Sedihnya ya Allah tengok anak kita macam tu.
“Terpaksa tidokan dia untuk jahit bibir dia atau dia akan meronta-ronta kalau jahit dalam keadaan sedar,” tulisnya.
Katanya lagi, rasa sedih seperti ini mungkin sering kali dirasai oleh para ibu terutamanya buat mereka yang memiliki anak yang menghidap penyakit kronik.
“Ya Allah macam air terjun air mata bubu ni. Ni baru sikit, tiba-tiba terdetik, macam mana lah perasaan mak-mak yang kena hadap anak kecik sakit kronik, cancer dan sebagainya.
“Allahuakhbar moga Allah kuatkan semangat ibu-ibu semua! Macam ni pun rasa tak sanggup tengok,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan oleh isteri kepada pelakon, Shaheizy Sam itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Dalam pada itu, Syatilla turut mendedahkan demi menghormati masa orang lain, dia tetap bergegas kembali semula ke set bagi menghabiskan sesi pengambaran yang tertangguh.
Jelas pelakon yang popular menerusi drama Sha Dan Shah ini lagi, dia merasakan ini mungkin antara cabaran yang harus dilalui oleh setiap anak seni apabila mereka sudah berkeluarga.
“Bayangkan hati tak senang fikir anak tiba-tuba kena lari sambung shooting. Terpaksa akur untuk menghormati masa orang lain yang terlibat sama. Depa pun ada family tunggu kat rumah.
“Susah hati jangan cakap la, tp alhamdulillah Allah lancarkan semua. Daripada sedih tiba-tiba kena bertukar buat lawak dalam campaign #rinduasmararaya kalau korang agak-agak mampu tak?
“Ni lahh yg dikatakan korban perasaan untuk kerja. Aku memang tabik orang-orang yang berjaya lalu apa yang Tilla baru lalu harini. Mungkin orang luar nampak biasa, tapi bagi aku sangat luar biasa.
“Doakan Syeriv cepat sembuh cepat boleh minum susu balik. 7 jahitan habuan untuk @syeriv_samheizy anak bubu harini ya Allah,” akhirinya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut terkejut selain turut menitipkan doa semoa Syerev lekas sembuh.
Sumber: Instagram Syatilla Melvin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kalau sebelum ini kami ada menyiarkan foto terkini herion telenovela Rosalinda yang pernah dekat dengan pencinta drama di negara ini, jom ikuti pula gambar heronya, Fernando Jose.
Satu nama yang memang ‘melekat’ di minda, pemilik nama lengkap Fernando Enrique Carrillo Roselli ini sudah pun berusia 48 tahun.
Namun apa yang nyatanya, dia masih tampak kacak dan miliki tubuh kekar, tak ubah saat drama tersebut ditayangkan di negara ini hampir 20 tahun lalu.
Tak percaya? Ini dia antara foto terkininya!
Foto: Instagram Fernando Carrilo
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Emma Maembong mendedahkan dia bakal menimang cahaya mata lelaki kedua.
Perkara itu dikongsikan Emma atau Fatimah Rohani Ismail, 31, menerusi majlis pengumuman jantina atau gender reveal bayi menerusi video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.
Dalam video yang dikongsi itu, tetamu dilihat bersorak gembira dan teruja apabila Emma memberitahu dia bakal menimang seorang lagi anak lelaki.
Sebelum itu, Emma dan suaminya iaitu Muhammad Shazli Azhar memecahkan belon berwarna hitam yang kemudiannya memaparkan kertas kecil berwarna biru menandakan jantina bayi lelaki.
Bagaimanapun video tersebut dirakam dalam keadaan kelam kabut dan huru hara kerana adik Emma iaitu Chacha Maembong merakamnya dalam keadaan terlalu teruja bakal menyambut anak buah lelaki yang baharu.
“Pengajaran untuk diri sendiri jangan percaya adik sendiri untuk ambil video,” tulis Emma di ruangan kapsyen.
Majlis pengumuman jantina itu turut dimeriahkan dengan rakan-rakan serta ahli keluarga pasangan berkenaan.
Selain Daiyan Trisha, pelakon dan pengacara, Zulin Aziz turut berangkat ke tanah suci Mekah untuk menunaikan umrah dalam bulan Ramadan.
Kali terakhir mengerjakan umrah pada Disember tahun lalu, kali ini kedatangan Zulin atau nama sebenarnya, Farah Azleenda Abdul Aziz, 33, ke sana turut ditemani suami tercinta, Farhan Norzaini.
“Saya dan suami akan berangkat ke tanah suci menunaiukan umrah dan menjalani ibadah puasa di sana. Doakan urusan kami dipermudahkan dan selamat perjalanan pergi dan balik kami.
“Semoga mendapat umrah yang mabrur. Jika ada yang nak titipkan doa tulis di komen, InsyaAllah jika ada kelapangan saya bacakan doa-doa anda,” tulisnya di laman Instagram.
Rakan selebriti juga tidak ketinggalan mendoakan agar urusan Zulin dan suami dipermudahkan sepanjang berada di tanah suci.
“Semoga dipermudahkan… selamat pergi dan balik, dapat umrah mabrur dan balik ini lekat pregnant amin amin amin,” tulis pelakon Dayana Roza.