Pelakon Hannah Delisha memohon maaf di atas semua  perkara yang telah berlaku.

Meski tidak menyatakan secara khusus, namun ia mungkin dibuat atas hal terkait melibatkan diri serta keluarga baru-baru ini.

Malah, sejak semalam nama bintang asal Singapura ini juga menjadi perhatian apabila ada mendakwa dia dan suaminya, Muhammad Imam Shah didakwa sudah berkahwin tahun lalu gara-gara tersebarnya beberapa foto perkahwinan mereka bersama tetamu dan keluarga di media sosial sebelum ini.

“Ya, Seperti Kebanyakan Anda Semua, Saya Juga Mempunyai Masalah Peribadi,” – Mohon Maaf, Hannah Delisha Bersuara “Ya, Seperti Kebanyakan Anda Semua, Saya Juga Mempunyai Masalah Peribadi,” – Mohon Maaf, Hannah Delisha Bersuara

Mengakui dia sama seperti orang lain yang turut mempunyai masalah peribadi, Hannah atau nama sebenarnya, Hannah Adlina Blackburne Birch bagaimanapun cuba untuk tidak campur aduk hal privasi dan kerjaya.

“Assalamualaikum. Saya ingin memohon maaf di atas pehatian yang tidak dimahukan ketika ini. Ya, seperti kebanyakan anda semua saya juga mempunyai masalah peribadi. Saya minta maaf kerana ia telah dikongsikan kepada umum.

IKLAN

“Sejak mula-mula saya terlibat dalam industri ini,  tujuan saya adalah sentiasa untuk menghiburkan anda semua dengan kerja saya, bukan kehidupan peribadi.

“Saya cuba sedaya upaya untuk elak daripada gossip kerana saya membawa bersama maruah negara. InsyaAllah saya akan terus kekal berada di landasan tersebut,” tulisnya.

“Ya, Seperti Kebanyakan Anda Semua, Saya Juga Mempunyai Masalah Peribadi,” – Mohon Maaf, Hannah Delisha Bersuara “Ya, Seperti Kebanyakan Anda Semua, Saya Juga Mempunyai Masalah Peribadi,” – Mohon Maaf, Hannah Delisha Bersuara

IKLAN

Perkara itu dikongsikan bintang ini menerusi satu status yang dimuat naik melalui Insta Story.

Pelakon berusia 25 tahun itu turut memohon agar semua mendoakan dia dapat mengharungi dugaan ini.

Terdahulu, ibu Hannah Delisha, Noor Ashikin didakwa telah memuat naik hantaran di laman sosial, disertai dengan tanda pagar #IbuTidakRestu.

IKLAN

Hantaran tersebut menjadi perbualan ramai yang mula membuat spekulasi tentang hubungan mereka berdua, sekali gus membayang seolah-olah ijab kabul dia dan Imam tidak direstui ibunya.

Sementara itu, ibu mentuanya, Mariani Yati, menerusi hantaran di Instagram pula menjelaskan, dia akan terus mendoakan kebahagiaan buat anak dan menantunya itu.

“Ya, Seperti Kebanyakan Anda Semua, Saya Juga Mempunyai Masalah Peribadi,” – Mohon Maaf, Hannah Delisha Bersuara “Ya, Seperti Kebanyakan Anda Semua, Saya Juga Mempunyai Masalah Peribadi,” – Mohon Maaf, Hannah Delisha Bersuara

Foto: Instagram Hannah Delisha

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI