Tidak dinafikan, video dari S Pavithra kini kian berjaya menambat hati rakyat Malaysia melalui perkongsian video memasak pelbagai menu yang dikongsikan menerusi saluran YouTube.
Malah, menerusi ‘video masak’ yang dikongsi, dia dan pasangan turut fasih bertutur dalam bahasa Melayu.
Terbaru, Pavithra ada berkongsi berita gembira apabila dia menerima hadiah yang tidak disangka-sangka dari Perdana Menteri.
Dalam satu perkongsian, dia dikatakan menerima kad ucapan, selain tripod serta beberapa bingkisan lainnya dari Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Saya sangat gembira dan terharu. Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada PM (Perdana Menteri) kita dan saya mendapat banyak barang masakan dan juga barangan elektrik.
“Saya dapat banyak barangan masak, jadi kami rancang hujung minggu ini nak masak untuk jiran-jiran.
Ads
“Satu lagi… Saya ada satu hadiah istimewa, dapat tripod besar. Sebelum ini saya tidak pernah menggunakan tripod dan saya mendapat tripod ini daripada PM kita. Jadi saya bangga dan sangat gembira,” antara ucapannya yang dikongsikan menerusi paparan video terkini.
Menerusi video sama, Pavithra turut berkongsi barangan yang diterima selain cuba membangunkan tripod yang dihadiahkan.
Sementara itu menerusi Berita Harian, dia dan suami, M Sugu tidak menyangka atas kejutan yang diterima daripada pemimpin negara.
Malah dia turut menjelaskan, PM ada berpesan, andai menyediakan masakan, bolehlah juga bagi jiran merasa.
Ads
“Tiba-tiba (hadiah) datang, saya pada mulanya tidak percaya, pada kad pula tiada tandatangan jadi saya fikir mungkin bukan dari PM dan dihantar orang lain.
“Tetapi selepas itu mendapat panggilan dari Jabatan Perdana Menteri bertanyakan sama ada ‘parcel’ sudah sampai atau tidak, baru saya percaya hadiah memang daripada PM.
“Kalau boleh hendak berjumpa dengan PM untuk mengucapkan terima kasih secara berdepan tetapi sebab PKP mungkin tidak boleh,” katanya seperti yang dipetik.
Ads
Video berkaitan juga sudah pun ditonton hampir setengah juta kali disusuli dengan ribuan komen dari wargamaya.
Terdahulu, Pavithra dan Sugu mulai berjinak-jinak sebagai YouTuber menggunakan nama saluran ‘Sugu Pavithra’ sejak Januari lalu.
Sehingga kini, ia sudah pun mempunyai lebih 400,000 pengikut dan video masakannya juga turut mendapat perhatian penonton dari luar negara.
Foto: YouTube Sugu Pavithra
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan usahawan, Mila Jirin memaklumkan dia kini mahu lebih peka seterusnya memasang niat untuk menutup aurat secara lebih sempurna.
Dua hari lalu, penyanyi kelahiran Pulau Pinang ini telah membaca ayat surah An-Nur dan berkongsi tafsiran surah tersebut bersama pengikutnya.
“Insya Allah, doakan saya istigomah dengan penampilan terbaru saya. Dua hari lepas, habiskan 𝗝𝘂𝘇𝘂𝗸 𝟭𝟴 𝗦𝘂𝗿𝗮𝗵 𝗸𝗲 𝟮𝟰 𝗶𝗮𝗶𝘁𝘂 𝘀𝘂𝗿𝗮𝗵 𝗔𝗻-𝗡𝘂𝗿, Ayat 31. Baca Tafsir, rasa sehingga ke hati dan naluri, tentang 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵 beritahu 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗮𝗵𝗮𝗷𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝗺𝗲𝗻𝘂𝗻𝗱𝘂𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘁𝗲𝘁𝗮𝗽𝗶 𝗺𝗲𝘀𝘁𝗶 𝗷𝘂𝗴𝗮 𝗺𝗲𝗻𝘂𝘁𝘂𝗽 𝗮𝗻𝗴𝗴𝗼𝘁𝗮 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝗴𝗮 𝗮𝘂𝗿𝗮𝘁.
“𝗔𝗹lah berfirman : Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya.
“𝗗𝗮𝗻 𝗵𝗲𝗻𝗱𝗮𝗸𝗹𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝗺𝗲𝗻𝘂𝘁𝘂𝗽𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗮𝗶𝗻 𝗸𝘂𝗱𝘂𝗻𝗴 𝗸𝗲 𝗱𝗮𝗱𝗮𝗻𝘆𝗮, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau hamba-hamba yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.
“Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗮𝘂𝗯𝗮𝘁𝗹𝗮𝗵 𝗸𝗮𝗺𝘂 𝘀𝗲𝗸𝗮𝗹𝗶𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗔𝗹𝗹𝗮h, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.,” kongsi Mila.
Malah, ibu kepada seorang cahaya mata ini memberitahu telah menerima hidayah untuk menutup aurat dengan lebih sempurna selepas membaca surah tersebut.
Di samping itu, penyanyi lagu Persis Mutiara ini memohon peminat mendoakan agar dia kekal istiqomah dalam mencari kerehdaan dari Allah S.W.T.
“Masya Allah, rupa rupanya selama ini ustaz, ustazah pesan memang benar benar ada dalam Al-Quran, Allah dah pesan… Rasa keinsafan yang menebal didalam hati tertusuk kedalam, rasa malu dengan 𝗔𝗹𝗹𝗮h.
“Alhamdulillah, ramadan tahun ini Allah beri hidayah untuk saya. Moga saya dapat istiqomah menutup aurat dengan sempurna dan menjaga aurat sebaiknya.
“Saya juga mendoakan sahabat sahabat saya di Instagram, ayuh kita sama sama perbaiki diri kita, perlahan perlahan ke arah kebaikkan, tutup aurat dan perlahan perlahan sempurnakannya.
“Bak kata suami saya, kita tak tau, mungkin ini hari terakhir kita diberi nafas dimuka bumi Allah. Maafkan saya jika ada salah dan silap #Ramadan #Lillahitaala,” tulisnya panjang lebar.
Primadona Erra Fazira berkongsi secebis peringatan pada hari Jumaat yang terakhir di bulan Ramadan ini.
Dia turut memohon ampun atas segala silap dan dosa andai pernah mengguris hati setiap yang pernah mengenalinya.
Menurut video yang dikongsi, simpanlah rahsia untuk diri sendiri dan Allah SWT yang menciptakan diri kita. Malah diminta untuk menjaga dua keredaan di dunia iaitu daripada ibu dan bapa.
Serta mohonlah bantuan ketika sulit dengan tiga hal iaitu sabar, solat dan beristigfar banyak-banyak.
Jangan sesekali pernah risaukan dua hal dalam hidup iaitu rezeki dan ajal kerana kedua-duanya berada di bawah kekuasaan Allah SWT.
Dinasihati untuk tidak ingatkan dua perkara ini selama-lamanya iaitu kebaikan terhadap orang lain dan kesalahan orang lain terhadap diri kita.
Dan jangan sesekali melupakan dua perkara iaitu Allah dan akhirat kerana kita akan berjumpa Allah di akhirat.
Perkongsian bermanfaat itu turut meminta untuk mendekatkan diri dengan enam insan ini iaitu ibu, bapa, guru, saudara kandung lelaki, saudara kandung perempuan, sahabat dan tetangga.
Dan jangan bersikap kasar terhadap empat insan iaitu yatim piatu, fakir miskin, orang sakit dan kaum dhuafa (lemah).
“Sharing is caring, saya minta izin repost ya. Perkongsian untuk membuka mata hati ini yg sering alpa.
“Moga perjalanan akan lebih baik bila kita punya pengetahuan dan kesedaran.
“Terima kakak yg sentiasa cantik manis, kak @salwaabdrahman1 krn mengirimkan video ini melalui kak intan payung kami, kak @intanzabidin.
“Moga Sentiasa dalam Rahmat Allah. Salam Jumaat yg terakhir di bulan Ramadhan kali ini.Moga kita dapat bertemu kembali dgn Ramadhan yg mendatang.
“Maaf salah silap dan segala dosa2 andai ada hati yg terluka, kata2 yg tak sepatutnya atau perbuatan yg mengguris perasaan.
“Sama ada sedar mahupun tidak, sengaja mahupun tidak sengaja, saya serendah hati mohon maaf.. moga segala amalan kita diterima Allah. Salam Jumaat. Salam Ramdhan,” kongsi bintang Hingga Hujung Nyawa ini panjang lebar.
Anggota kumpulan Forteen, Ariz Lufiaz telah kehilangan bapa tercinta, Haji Abdul Hamid Haji Ibrahim pada 22 April lalu.
Menerusi entri terkini milik penyanyi itu di Instagram, bintang berusia 30 tahun ini ada mengimbau foto arwah bapa tercinta ketika di usia muda.
Ariz juga ada menitipkan doa bersempena ulang tahun kelahiran arwah bapanya yang ke-62 tahun.
Bukan itu sahaja, Ariz turut berkongsi keperibadian bapanya yang banyak memberi tunjuk ajar buat dirinya sekeluarga.
“Abah aku kpop dulu. Haha! Selamat Ulangtahun Abah yang ke 62 tahun. Terima kasih abah atas segala kerja keras, Abah banyak bantu keluarga dan orang lain.
“Terima kasih sebab ajar kami berdikari dari dulu lagi. Abah jangan risau kami akan jaga Ibu sebaik mungkin. Moga Abah tenang di sana. Al-fatihah,” tulisnya.
Setelah tujuh minggu berjuang dan berhempas pulas memberikan persembahan terbaik, pelakon Datuk Jalaluddin Hassan bagai menepati ramalan apabila dinobatkan sebagai juara sulung Kilauan Emas Selebriti (KES) yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam, pada Sabtu.