Anggota kumpulan Forteen, Ariz Lufiaz telah kehilangan bapa tercinta, Haji Abdul Hamid Haji Ibrahim pada 22 April lalu.
Menerusi entri terkini milik penyanyi itu di Instagram, bintang berusia 30 tahun ini ada mengimbau foto arwah bapa tercinta ketika di usia muda.
Ariz juga ada menitipkan doa bersempena ulang tahun kelahiran arwah bapanya yang ke-62 tahun.
Ads
Bukan itu sahaja, Ariz turut berkongsi keperibadian bapanya yang banyak memberi tunjuk ajar buat dirinya sekeluarga.
“Abah aku kpop dulu. Haha! Selamat Ulangtahun Abah yang ke 62 tahun. Terima kasih abah atas segala kerja keras, Abah banyak bantu keluarga dan orang lain.
Ads
“Terima kasih sebab ajar kami berdikari dari dulu lagi. Abah jangan risau kami akan jaga Ibu sebaik mungkin. Moga Abah tenang di sana. Al-fatihah,” tulisnya.
Pelakon, Datin Almy Nadia dikejarkan ke hospital swasta kerana mengalami pendarahan kandungan yang baru mencecah usia enam minggu.
Menurut ibu kepada tiga orang anak itu, dia reda atas nasib sama yang pernah berlaku pada Februari lalu apabila usia kandungannya yang berusia 14 minggu telah ‘pergi’ buat selamanya.
“Sebenarnya saya mengandung 6 minggu 3 hari, tetapi saya mengalami pendarahan.
“Saya tak tahu apa yang saya makan.
“Kemudian, apabila pendarahan berlaku, doctor cucuk di bahagian perut untuk kuatkan rahim.
“Boleh dikatakan banyak juga darah dan ia berlaku ketika malam sahaja sepanjang raya. Ketika siang tiada pendarahan.
“Apabila sampai di hospital, doktor cek dan scan beritahu saya bahawa tiada kantung,” kongsi Almy menerusi IGTVnya.
Untuk rekod, Fizz dan Almy mendirikan rumah tangga pada 2014 dan dikurniakan tiga cahaya mata perempuan, Nur Afrina Arianna, 5, Nurr Afrina Aurora, 4, Nur Afrina Ayra, 2 dan seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 11.
Video : Instagram Almy Nadia
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Seringkali kita dengar istilah air tangan ibu, namun kali ini perkongsian Datuk Rosyam Noor benar-benar membuka mata netizen.
Pelakon itu sempat berseloroh mempersoalkan adakah itu yang dipanggil ‘air tangan ibu’?
Menerusi video yang dikongsi, kelihatan seorang wanita menggoreng pisang di dalam kuali panas dengan hanya menggunakan tangan tanpa sebarang perkakasan lain.
“Air Tangan Ibu tu macamana ya?
“Ramai yang tak paham paham. Video ni jawapannya. Tengok sampai abis
Pastu komen setuju atau tidak,” kongsinya pelakon hebat itu.
Pengacara Iesya Toh berkongsi rakaman video yang merakamkan rombongan besar umat Islam di Malaysia yang hadir menziarahi bagi memberi penghormatan terakhir buat Allahyarham Ustaz Ismail Kamus.
Menerusi video berdurasi satu minit yang dikongsi itu, kelihatan barisan panjang individu beratur dengan menjaga jarak sosial masing-masing.
Malahan, barisan tersebut difahamkan hingga melangkaui beberapa blok kediaman di sepanjang kawasan perumahan Allahyarham.
“Difahamkan, SOP tak mghalang org ramai dari memberi pghormatan terakhir buat Ustaz Ismail Kamus. Al-Fatihah.
“Rezeki org yg baik,” kongsinya ringkas pada entri video yang dimuat naik