Suami kepada penyanyi dan pelakon, Lufya Omar iaitu Dr Che Hafiz tampil menjelaskan situasi berhubung dakwaan dibuat isterinya sebelum ini yang mendakwa dia tidak mahu berjumpa anak mereka, Laana Haura.
Jelas Dr Hafiz, perkara itu tidak benar dan jelasnya, tidak ada bapa yang tidak mahu bertemu dengan darah dagingnya sendiri.
“Ayah mana taknak jumpa anaknya sendiri. Dakwaan itu adalah tidak benar sama sekali.
“Saya juga menasihati Lufya agar lebih elok jika di bulan ramadan ini untuk fokus kepada perkara yang lebih baik seperti tingkatkan amal ibadah yang boleh mendekatkan diri kita dengan Maha Pencipta daripada membuat cerita yang tidak benar terhadap saya,” katanya.
Ujar pemilik nama lengkap Che Muhammad Hafiz Che Baharum itu lagi, perkara tersebut boleh menimbulkan spekulasi yang salah kepada masyarkat.
“Jika perkara tersebut adalah benar kenapa tidak selesai dengan cara yang lebih wajar seperti terus berhubung dengan saya.
Ads
“Perkara sebegitu adalah berbentuk perihal peribadi,” katanya yang turut menambah, dia tidak mahu mengulas panjang mengenai perkara berkaitan kerana mahu memberi fokus terhadap situasi semasa ketika ini.
“Saya sebolehnya tidak mahu mengulas panjang akan tuduhan yang tidak benar itu.
“Banyak lagi perkara penting yang perlu saya fokus seperti tugasan yang melibatkan peranan kita yang perlu bersatu padu dalam isu berkaitan pandemik Covid-19.
Ads
“Saya tidak mahu menyalahkan sesiapa yang membuat spekulasi kerana mereka tidak tahu akan perkara yang sebenar terjadi melainkan kami sesama keluarga sahaja yang tahu.
“Apa yang penting, Allah tahu hati saya,” ujarnya.
Terdahulu, Lufya, menerusi sebuah portal hiburan, menzahirkan rasa terhadap Dr Che Hafiz kerana dikatakan sudah hampir setahun tidak menjenguk anak mereka.
Ads
Menerusi pendedahan terbabit, Lufya berkata dia bukan mahu mengeruhkan keadaan, sebaliknya menjelaskan kedudukan sebenar kerana ada dakwaan mengatakan suaminya tidak diizinkan bertemu anak.
Difahamkan, kali terakhir dia berkomunikasi dengan suaminya pada November tahun lalu untuk menjemputnya hadir pada majlis hari lahir Laana yang kedua.
Bagaimanapun, katanya suami tidak datang kerana sibuk. Malah, Lufya memberitahu dia tiada masalah memberi izin suami berjumpa anak mereka.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang anak perempuan yang kini mencecah usia lebih dua tahun.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru-baru ini negara kita baru sahaja melancarkan pengangkutan awam terbaru iaitu MRT dan secara tidak langsung menjadikan negara kita seiring dengan negara-negara maju yang lain.
Namun di sebalik kemajuan ini, ada sahaja gelagat dan ragam pengguna MRT ini yang tidak baik untuk dicontohi, antaranya seperti baru-baru ini baru sahaja dilancarkan sudah ada yang membuat vandalism dan terkini ada yang membawa buaian bayi ke dalam MRT.
Sungguh pelik gelagat penumpang ini sehingga mengundang kritikan daripada orang ramai.
Terdapat dua keping gambar yang dikongsi oleh seorang pemilik akaun Facebook, Nana Abd Rashid yang memaparkan penumpang dengan buaian bayi yang disangkut dalam MRT dan anak-anak yang tidak duduk di kerusi penumpang dengan betul malah memanjat kerusi itu sambil bergayut pada tempat pemegang tangan di bahagian atas.
“Alahai kak, awat tak bawak tilam, toto skali naik mrt.. Tolong la kak, jgn bg malu bangsa melayu… Anak-anak tu kalau blh pantau skit, jaga harta benda awam bersama…
“Boleh pulak dia bawa buai sangkut dlm mrt.. keselamatan anak tanggungjawab mak bapak,kalau la emergency brake, tercampak anak, confirm viral salahkan MRT.
“Mohon rakyat Malaysia menjaga keselamatan dan harta benda awam ketika menaiki pengangkutan awam..,” tulis tuan punya Facebook.
Ada betulnya apa yang dikatakan oleh pemilik akaun Facebook ini, seharusnya sebagai ibu bapa kita sepatutnya memantau keselamatan anak-anak supaya tidak berlaku insiden yang tidak diingini.
Mungkin kerana begitu teruja dapat menaiki MRT yang baru sahaja dilancarkan ini mereka seperti terlupa tentang pentingnya keselamatan diri.
Apapun kepada pengguna-pengguna kenderaan awam di luar sana, sudah menjadi tanggung jawab kita untuk menjaga harta benda awam dan keselamatan diri masing-masing. Peringatan buat semua.
Sumber: Facebook Nana Abd Rashid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menerusi perkongsian di laman Instagram penyanyi Haiza, dimaklumkan bapa kepada penyanyi dan pelakon Farahdhiya baru sahaja meninggal dunia sebentar tadi.
Bagaimanapun tiada sebarang perincian mengenai sebab dan waktu kematian.
Menjengah ke Instagram Farahdhiya juga, tiada sebarang perkembangan terkini mengenai pemergian arwah ayahnya.
“Innalillahiwa inna ilaihirooji'un. Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, AlFatihah,” kongsinya.
Pengulas sukan Astro Arena, Hafizal Hamad membuat laporan polis selepas menerima ugutan daripada seorang individu susulan kritikan yang dilemparkannya terhadap prestasi pemain badmintan negara, Lee Zii Jia yang dikatakan semakin merosot.
Bimbang akan keselamatan diri dan keluarga, Hafizal telah membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen 9, Shah Alam pada malam Rabu.
Memetik Astro Awani, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan menerima laporan tersebut.
“Pengadu telah membuat laporan polis pada 31 Ogos 2022 kerana mesej berkenaan mendatangkan kegusaran kepada pengadu sekeluarga.
“Hasil siasatan awal pihak polis, pengadu ada menyentuh berkenaan kemerosotan pemain badminton negara Lee Zii Jia semasa mengulas dalam rancangan ‘Nindia Pak Long’,” kata Mohd Iqbal.
Terdahulu, tular di media sosial Twitter rakaman video program tersebut yang mana memaparkan Hafizal bersama dua pengulas lain iaitu Dayang Atul serta Fina Nasrom dikatakan mengkritik prestasi Zii Jia.
Ramai peminat tegar pemain perseorangan negara itu kemudiannya mengkritik tindakan mereka bertiga yang dikatakan tidak berlandaskan profesionalisme sebagai pengamal media.
Terdahulu, Zii Jia telah menarik diri daripada menyertai Sukan Komanwel 2022 demi memberi tumpuan terhadap Kejohanan Badminton Dunia namun dia terkandas pada pusingan awal kejohanan tersebut.
Untuk rekod, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil selain Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelantun lagu popular 'Lagi Syantik', Siti Badriah selamat melahirkan anak kedua, seorang bayi perempuan, pada Khamis, 15 Mei 2025 di Mandaya Royal Hospital Puri,...