Ads

“Sebaik Ucap ‘Sekian, Terima Kasih’, Skrip Itu Terus Dirampas,” – Fedtri Yahya Kongsi Pengalaman Awal Jadi Emcee Majlis Kahwin, Tak Mahu Kedekut Ilmu

Pengacara dan personaliti televisyen, Fedtri Yahya mendedahkan dirinya tidak lokek untuk berkongsi ilmu, termasuk skrip pengacaraan, kepada mana-mana pihak yang ingin belajar serta menimba pengalaman daripadanya.

Menurut Fedtri, ketika mula-mula menceburi bidang pengacaraan majlis perkahwinan, dia pernah berdepan dengan satu situasi yang kurang menyenangkan.

Pengalaman itu menjadi sebab dia tidak mahu perkara sama berulang terhadap individu lain.

Pernah Lalui Pengalaman Kurang Menyenangkan

“Sebaik Ucap ‘Sekian, Terima Kasih’, Skrip Itu Terus Dirampas,” - Fedtri Yahya Kongsi Pengalaman Awal Jadi Emcee Majlis Kahwin, Tak Mahu Kedekut Ilmu

“Awal-awal mengacara majlis kahwin dulu, saya tumpang baca skrip orang. Sebaik ucap ‘Sekian, terima kasih’, skrip itu terus dirampas dan dilipat sebab tak mahu saya guna pada waktu akan datang,” tulisnya.

Perkara itu dikongsikan pengacara program Malaysia Hari Ini menerusi satu hantaran di aplikasi Threads.

Ads

Jelas Fedtri lagi, walaupun skrip yang digunakan mungkin sama, gaya penyampaian serta kemahiran setiap individu memainkan peranan penting dalam menghidupkan suasana sesebuah majlis.

“Sebaik Ucap ‘Sekian, Terima Kasih’, Skrip Itu Terus Dirampas,” - Fedtri Yahya Kongsi Pengalaman Awal Jadi Emcee Majlis Kahwin, Tak Mahu Kedekut Ilmu

“Saya tak mahu jadi macam tu. Mana yang sempat kongsi, saya kongsikan. Skrip mungkin sama tetapi cara kita membawa alunannya, menentukan impaknya,” luahnya lagi.

Sikap Pemurah Diakui Rakan Pengacara

Keperibadian Fedtri yang tidak kedekut berkongsi ilmu turut diakui rakan pengacara, Fiza Sabjahan.

Ads

“Sebaik Ucap ‘Sekian, Terima Kasih’, Skrip Itu Terus Dirampas,” - Fedtri Yahya Kongsi Pengalaman Awal Jadi Emcee Majlis Kahwin, Tak Mahu Kedekut Ilmu

Menurutnya, Fedtri disifatkan sebagai hos yang sentiasa bersedia membantu, khususnya rakan-rakan yang ingin belajar dalam bidang pengacaraan.

“Sebaik Ucap ‘Sekian, Terima Kasih’, Skrip Itu Terus Dirampas,” - Fedtri Yahya Kongsi Pengalaman Awal Jadi Emcee Majlis Kahwin, Tak Mahu Kedekut Ilmu

Ads

“Hang mungkin tak ingat tapi aku ingat lagi. Pertama kali nak nak buat emcee wedding, minta contoh skrip dekat hang nak belajar, hang bagi aku sample skrip siap suruh pakai sahaja sebab sudah buat elok.

Anda mungkin berminat dengan

“Minta pantun dapat buku pantun. Jadinya setiap kali ada rezeki emcee wedding dulu , aku rasa bahagian san ada rezeki dan pahala hang kat situ.

“Semoga terus mengalir pahalanya. Tak pernah berkira dengan kawan-kawan,” kongsinya.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram & Threads Fedtri Yahya

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Janna Nick Beri Pandangan, Nasihat Lelaki Jangan Berkira Dengan Anak Bini...

Pelakon dan pengacara, Janna Nick mengingatkan golongan suami agar tidak terlalu berkira, khususnya dalam soal kewangan dan tanggungjawab terhadap keluarga.