Pelakon dan pengacara, Joey Daud berpandangan pakaian yang digayakan oleh kumpulan Elite di konsert Elite Live 25, baru-baru ini tidaklah terlalu mencolok mata atau keterlaluan seperti didakwa segelintir pihak.
Bagaimanapun, Joey yang juga suami kepada salah seorang anggota Elite, Watie Sadali, menyifatkan setiap orang berhak untuk memberikan pandangan mereka sendiri.
“Ini adalah sebuah persembahan hiburan. Mungkin itu adalah kehendak pihak penaja atau kumpulan itu sendiri untuk berpakaian sedemikian.
“Pada saya, pakaian tersebut tidak terlalu mencolok mata dan masih bertutup. Bagaimanapun, perkara seperti ini kita tak boleh nak halang.
“Setiap orang ada cara pandang, rasa dan luahan mereka sendiri. Sekurang-kurangnya kita tahu tahap seseorang itu di mana. Saya tiada masalah dan okay sahaja,” katanya kepada MH.
Pengacara program Kilauan Emas 2025 berkata demikian ketika ditemui di majlis sidang media Muzikal Lawak Superstar 2025, baru-baru ini.
Ads
Katanya lagi, hal-hal seperti ini hanya akan menyekat perkembangan industri seni tempatan untuk ke tahap yang lebih tinggi.
Namun, Joey akui setiap kelemahan pasti ada ruang untuk diperbaiki pada masa hadapan.
“Pada zaman ini, ramai yang ingin menjadi juri yang tidak bertauliah. Mungkin mereka tiada kerja dan terpaksa sengaja cari hal. Kalau perkara ini masih berterusan, sayanglah industri kita.
Ads
“Macam mana kita nak berkembang. Jadi, pada tahun 2026 nanti, saya harap tiada lagi pihak yang kerjanya hanya ingin mencari salah. Namun, perkara ini tak boleh nak dihalang.
“Pada masa sama, saya rasa hal ini bagus juga buat anak seni agar kita lebih bersedia dan berjaga-jaga pada masa hadapan. Sebagai figura awam kita memang selalu menjadi perhatian.
“Andai kata sesuatu perkara itu terlalu berlebihan, kita boleh ubah dan jadikan ia tauladan,” kongsinya lagi.
Watie Menangis Gembira
Ditanya mengenai reaksi isterinya ketika melihat respon netizen selepas berakhir konsert, Joey akui perasaan Watie bercampur baur.
Ads
“Watie banyak menangis gembira kerana Elite dapat bergabung kembali. Sudah lama dia memasang impian untuk mengadakan sebuah konsert besar, alhamdulillah dimakbulkan.
“Namun, saya kenal isteri saya. Sudah tentu dia agak sedih juga. Kalau nak tahu, jadual kerjanya sebelum konsert berlangsung sangat padat.
“Habis sahaja penggambaran, dia akan terus sertai latihan. Saya bukan nak mengangkat isteri sendiri tapi ia benar-benar berlaku di hadapan mata saya.
“Dari cara dia tidur pun saya tahu dia terlalu penat. Namun, dia kata ini adalah peluang yang mungkin tidak akan datang lagi. Dia juga nak buktikan Elite ini masih relevan dan menghiburkan peminat,” akhirinya.
Terdahulu, ada yang mengecam beberapa anggota Elite berikutan pemilihan pemakaian mereka sewaktu konsert yang dikatakan agak ketat dan tidak sesuai dengan status masing-masing.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Serina Redzuawan telah mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hatinya yang dikenali sebagai Aidid, pada pagi Jumaat lalu.
Namun, Serina didakwa telah bernikah di Thailand seperti yang dimaklumkan oleh bapanya, Datuk Cef Wan di akaun Instagram miliknya.
Lalu, Serina tampil memberikan penjelasan mengenai perkara tersebut dan memberitahu telah melangsungkan pernikahan bersama suaminya di Malaysia.
“Assalamualaikum, tujuan post Serina hari ni nak jelaskan kekeliruan dan nak minta netizen jangan mudah nak hukum orang lain dengan menambah fitnah kepada Serina & Suami.
“Lepas papa tulis dia tak tau kami nikah, dan dia kata kami kawin di siam itu adalah “TIDAK BENAR” KAMI BERNIKAH DI SEBUAH NEGERI DALAM MALAYSIA.
“*Jadi berhentilah buat tuduhan serta fitnah , besar dosa nya nak menjawab di akhirat kelak. Sebab itu kalau kita tak tau jangan kita memandai nak komen dan hentam org lain.
“Secara jujur papa dah tau kami nikah i dah maklum kan pada papa, suami pun dah berjumpa dengan papa.
“Also i nak jelaskan Suami i bukan suami orang duda , sebelum kenal i pun mereka dah ada masalah perkahwinan jarak jauh dan mereka belum ada zuriat. Jangan menuduh Suami i yang tak benar.,” tulisnya.
Dalam pada itu, Serina meluahkan rasa terkejut atas perkara yang berlaku dan berharap orang ramai tidak terus memberikan tohmahan serta fitnah kepada dirinya.
“* I pun terkejut papa cakap kami kawin di Siam, fikir lah Logik border pun tutup mana ada bukak, Astaghfirullahalazim, cuba doakan yang baik baik jangan jadikan social media tempat tambah dosa mengumpat, fitnah dan maki hamun org lain.
“Semua yang terjadi atas izin Allah jodoh kami dah tertulis. Memang I akui ramai yg hasut papa dan cucuk papa macam macam suka tengok keluarga kami hancur.
“I always respect my father. Kami tak ada masalah pun selama ni. Infact papa sendiri ada post di IG dia sebelum ni dia restu hubungan kami bernikah benda baik halal kan hubungan di tuntut dalam Islam.
“Siap cakap makan makan di Restoran Papa je nanti utk kenduri jamuan doa selamat. Apa pun i maafkan org yang fitnah dan cuba hancurkan keluarga kami moga Allah beri org ini hidayah.
“Tolong hormat juga keluarga belah mertua Serina. Mereka pun ada perasaan. Akhir kata Doakan perkahwinan kami bahagia hingga akhir hayat.,” tulisnya lagi.
Sekadar informasi, Sereina sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Gavin atau nama Islamnya Salahudin sebelum bercerai pada tanggal 1 Ogos 2017.
Hasil perkongsian hidup, mereka telah pun dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Tristan Tareef dan Isabella Saffiya.
Foto: Instagram Serina Redzuawan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ibu kepada pelakon Zahirah Macwilson, Maslinda Yusof, 46, turut berkongsi rasa teruja apabila bakal timang cucu sulung tidak lama lagi.
Terdahulu, Zahirah dan suaminya, pelakon Aiman Hakim Ridza ada berkongsi khabar gembira apabila bakal bergelar ibu dan bapa selepas Zahirah mendedahkan dia kini hamil enam bulan.
Perkara tersebut dimaklumkan mereka di laman Instagram masing-masing menerusi satu foto imbasan kehamilan pada Selasa.
Seorang lelaki warga Australia dijatuhi hukuman penjara sembilan hari oleh Mahkamah Daerah Singapura selepas mengaku bersalah menceroboh kawasan penghadang keselamatan dan berlari ke arah...