Bintang Hollywood terkenal, Tom Holland dilaporkan mengalami kecederaan ringan ketika menjalani penggambaran filem terbarunya, Spider-Man: Brand New Day di Leavesden Studios, Watford, United Kingdom.
Menurut laporan media antarabangsa, insiden berlaku pada 19 September lalu ketika aktor berusia 29 tahun itu sedang melakonkan babak aksi lagak ngeri.
Tom yang mula memegang watak Spider-Man sejak tahun 2016 menerusi filem Captain America: Civil War dilaporkan mengalami gegaran otak ringan (mild concussion) dan segera dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
Ads
Pihak produksi mengambil langkah berjaga-jaga dengan menghentikan penggambaran sejurus kejadian sebelum beliau dibenarkan keluar daripada hospital. Difahamkan, pelakon tersebut memerlukan beberapa hari untuk berehat sebelum kembali menyambung tugasnya di set.
Terlebih dahulu, ayahnya, Dominic Holland, turut memaklumkan kepada media pada sebuah majlis amal bahawa anaknya akan berehat daripada penggambaran buat seketika sebagai langkah berjaga-jaga, sekali gus mengesahkan tempoh rehat itu diperlukan sebelum anaknya kembali aktif di set.
Ads
Walaupun kecederaan yang dialami tidak serius, pihak studio memberi jaminan bahawa keselamatan pelakon dan kru produksi sentiasa menjadi keutamaan. Penggambaran filem itu bagaimanapun dijangka akan diteruskan mengikut jadual yang akan diubah selepas Tom pulih sepenuhnya.
Ads
Filem Spider-Man: Brand New Day merupakan kesinambungan francais adiwira terkemuka Marvel yang terus mendapat sambutan hangat di seluruh dunia.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pempengaruh media sosial, Nur Amalina Jasmin mengakui dia pernah berdepan masalah jerawat yang sangat serius dan kulit muka breakout sekali gus menyebabkan keyakinannya berkurangan.
Nur Amalina mula dikenali di media sosial apabila salah satu videonya yang menggayakan busana sebuah jenama menjadi viral di TikTok.
Tingkat Keyakinan Diri
“Saya antara pempengaruh yang mempromosikan pelbagai jenama dalam bidang fesyen dan kecantikan. Video pertama saya, saya pernah kena body shaming.
“Orang cakap saya terlalu konfiden walaupun badan besar. Daripada kritikan yang saya dapat, saya jadikan ia sebagai batu loncatan untuk terus yakin dan beri inspirasi kepada orang.
“Kalau tanya saya sedih ataupun tidak? Semestinya sedih pada awalnya. Namun, saya kena hadap sebab ini pilihan saya untuk tonjolkan diri kepada khalayak umum.
“Konten ‘fyp’ kita tak boleh jangka. Saya perlu jalani kehidupan seperti biasa,” katanya yang turut mengakui akan kepentingan penjagaan kulit wajah demi keyakinan diri.
“Saya percaya, bila seseorang itu sedang berhadapan dengan masalah kulit, ia boleh membuatkan diri rasa stres. Misalnya bila wajah ‘breakout’ saya tak boleh mengenakan solekan.
“Mujur saya buat konten fesyen juga. Kalau ada hari muka saya seperti tak berapa baik, saya akan berhenti buat review produk kecantikan. Saya fokus buat konten fesyen dahulu,” katanya lagi.
Dia pada masa sama tidak kisah berbelanja lebih untuk membeli produk penjagaan kulit.
“Produk untuk menjaga kulit muka selalunya tahan lama. Saya akan berhabis dalam RM200 hingga RM300 sebulan. Kita semua kena jaga penampilan dan perlu tunjuk keyakinan diri.
“Semua orang boleh cantik dan perlu berusaha menjadi cantik,” katanya yang turut menjelaskan keluarga menjadi sumber kekuatannya terhadap apa yang dilakukan ketika ini.
Amalina yang ditemui selepas majlis ‘Pastels Community Get-Together’ di Cyberjaya, baru-baru ini.
Keperluan Penjagaan Kulit
Sementara itu, pengasas The Pastels Shop, Sarini Zainal berkata, acara berkenaan diadakan sebagai meraikan pencapaian terbesar pertumbuhan jenama itu.
Selain itu, pihaknya optimis di dalam memperkasakan pengguna melalui pendidikan dan ketelusan dalam penjagaan kulit terutamanya dalam mengetengahkan dua produk terbaik jenama mereka iaitu Invisible Sunscreen dan Bakuchiol Solution.
Invisible Sunscreen, produk yang diformulasi dengan bahan berasaskan air dan mesra wuduk misalnya, sukses meraih populariti luar biasa dan viral di TikTok dengan lebih250,000 ribu unit jualan.
Kejayaan ini mencerminkan pemahaman The Pastels Shop terhadap keperluan penjagaan kulit pengguna Malaysia.
“Selama bertahun-tahun, ramai di antara kita yang menggunakan produk penjagaan kulit yang direka untuk iklim luar negara sehingga mendapati ia terlalu berminyak, mengeringkan atau terlalu berbau.
“Jadi seebagai jenama tempatan, kami menangani cabaran ini dengan menghasilkan produk yang disesuaikan dengan iklim dan cita rasa pengguna dengan harga mampu milik bermula dari RM8.90 hingga RM89,” katanya.
Sebagai graduan kejuruteraan kimia dan biologi dari Korea University, Sarini bertekad untuk mengubah persepsi masyarakat mengenai jenama penjagaan kulit tempatan.
“Kami membina kepercayaan dan keyakinan terhadap keselamatan serta kualiti formulasi kami dan Pastels Community adalah platform media sosial yang menjadi medium saya berkongsi tips kecantikan dan nasihat penjagaan kulit.
“Saya berharap Pastels Community yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan pendidikan ini menjadi pempengaruh dalam menyebarkan ilmu kecantikan dan produk yang selamat kepada masyarakat,” katanya.
Dia pada masa sama turut bercadang menubuhkan The Pastels Shop selain mempelbagaikan aktiviti Pastels Community seperti percubaan produk baharu, lawatan kilang dan makmal serta melibatkan komuniti luar.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Masin mulut kau”. Itu antara perbualan dialog antara pelakon Azad Jazmin dan pelawak Angah Raja Lawak kira-kira 10 tahun lalu.
Menerusi perkongsian di Instagram Azad, dia ada memuat naik foto throwback bersama pelawak tersebut dan menceritakan mengenai perjalanan hidup masing-masing pada masa akan datang.
“Do You actually Love your BFF truly? Pic ni tak salah dah berumur lebih dari 10 tahun. Dialog Angah n Azad.
“Angah : kau rase lagi sepuluh kita dah jadi ape cha? (Sambil bertinggung ala ala berak berjemaah hehehe).
“Azad : aku rasa kan ngah hang Akan jadi Dj radio sinar Fm.
“Angah : ye ke Alhamdulillah masin mulut kau cha.. kau pulak jadi ape cha?
“Azad : aku akan jadi artis jemputan hg nanti utk hang intrerview ngah.. hehehe
“Alhamdulillah ngah dah pun terjadi.. lepas ni rasa rasa Saya dan angah_lawaking akan jadi apa pulak lepas ni? Ni uolls pulak jawab?
“Tips— sekiranya anda sayang kawan anda, bukti kan dgn duduk menggangkung bersama sama sambil sembang macam saya n Angah hehehehe,” kongsinya.
Foto tersebut dimuat naik Azad kira-kira 10 tahun lalu bersama Angah atau nama lengkapnya Iskandar Shah Hashim yang kini bertugas sebagai penyampai radio Sinar.fm
Malah, impian tersebut menjadi kenyataan apabila Angah telah menggalas tanggungjawab sebagai penyampai radio setesen berkenaan kira-kira dua tahun lalu.
Lebih teruja, Azad pernah menjadi tetamu jemputan baru-baru ini.
Untuk makluman, Angah yang juga naib juara MasterChef Selebriti Malaysia (2012) memulakan karier sebagai penyampai radio stesen berkenaan pada tahun 2018 bersama Jep Sepahtu dan Rahim menerusi segmen pagi iaitu Pagi Di Sinar.
Meneruskan misi tanggungjawab sosialnya, pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew sekali lagi menjentik jiwa apabila ikhtiar bangunkan sebuah rumah buat wanita warga emas berusia 70 tahun, baru-baru ini.
Menerusi satu perkongsiannya di Facebook, Ebit dilihatmengisi masa seterusnya menziarahi sebuah rumah usang yang didiami seorang warga emas terbabit di Tumpat, Kelantan.
Menerusi kapsyen, Ebit menjelaskan warga emas berkenaan tidak putus henti berdoa demi sebuah rumah yang lebih selesa bagi menunaikan solat.
“Alhamdulillah pagi ini dapat bantu bawa kayu, zink, dan keperluan buat rumah untuk nenek ini berumur 70 tahun. Makcik ini menangis. Katanya setiap hari 12 tahun berdoa nak bagi ada rumah dan tempat solat sempurna jer.
“Tangisannya buat saya rasa sebak sayu. Saya minta beliau doakan saya. Syukur tadi bersama orang tempatan Dila dan rakan yang lain dapat membantu makcik ini. Ya Allah tuhanku. Sedih rasanya.
“Syukur dapat bayarkan tukang dan siapkan barang buat rumah. Kerja dah dimulakan. InsyaAllah 10 hari ini boleh siap semuanya. Makcik ini gembira sangat. Beri juga sedikit sumbangan belanja tadi,” tulisnya.
Perkongsian terbabit lantas turut mendapat reaksi pelbagai warga maya.
Foto: Facebook Ebit Lew
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Seorang lelaki warga Australia dijatuhi hukuman penjara sembilan hari oleh Mahkamah Daerah Singapura selepas mengaku bersalah menceroboh kawasan penghadang keselamatan dan berlari ke arah...