Sharnaaz Ahmad telah memfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya, Noor Nabila Mohd Noor di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, memetik laporan Harian Metro.
Bintang filem Juvana berusia 34 tahun itu telah diwakili peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader memfailkan permohonan tersebut pada 19 September lalu.
Ketika ditemui media selepas prosiding, Sharnaaz memberitahu, dia berbuat demikian adalah bagi memperbetulkan keadaan serta spekulasi yang berlegar-berlegar mengenai rumah tangga mereka.
“Sebab utama adalah untuk kita sama-sama selesaikan perkara ini dengan cara yang paling baik. Yang paling penting adalah untuk kebaikan bersama,” katanya seperti yang dipetik.
Terdahulu pada prosiding di hadapan Hakim Syarie Ahmad Muttaqi Ismail, Akberdin memaklumkan pihaknya juga telah menyerahkan saman kepada pihak Noor Nabila pada 22 September lalu.
Perkara itu disahkan peguam syarie Azmi Mohd Rais yang mewakili Noor Nabila yang kemudian memohon satu tarikh bagi memasukkan pembelaan mereka. Mahkamah kemudian menetapkan 6 November ini untuk sebutan semula kes.
Ads
Sementara itu, mahkamah sama turut menetapkan 6 November ini untuk jawatankuasa pendamai (JKP) yang dilantik Sharnaaz dan Noor Nabila mengemukakan laporan berhubung kemelut rumah tangga mereka.
Ahmad Muttaqi menetapkan tarikh itu selepas prosiding pelantikan wakil JKP oleh kedua-dua pihak, hari ini.
Sementara itu, kakak kepada usahawan dan pelakon, Neelofa itu telah melantik bapa tirinya, Abdul Halim Khan, manakala Sharnaaz melantik kakaknya Dr Sherrini Ahmad Bazir Ahmad sebagai wakil.
Ads
Dalam proses perceraian, JKP terdiri daripada anggota keluarga rapat dengan satu pasangan terbabit, akan memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian.
Perlantikan JKP itu berikutan aktor berkenaan yang tidak bersetuju dengan tuntutan cerai Nabila yang memfailkan permohonan cerai secara baik pada 27 Ogos lalu mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Noor Nabila memfailkan interim hadanah (hak jagaan anak sementara) terhadap anak tunggal mereka, Jebat Jayden di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur pada 13 September lalu.
Ads
Sharnaaz dan Noor Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak, Jebat Jayden Ahmad yang kini berusia setahun.
Bagaimanapun, rumah tangga pasangan selebriti ini kembali menjadi perhatian pada 29 Ogos lalu apabila sebuah portal menyiarkan artikel kononnya Noor Nabila memfailkan perceraian terhadap Sharnaaz.
Ia menjadi bualan selepas wanita terbabit berkongsi foto yang dipercayai dirakam di Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Instagram Story, baru-baru ini.
Sumber/Foto: Harian Metro/Carian Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan dan hos, Neelofa mendedahkan tahun 2020 bukanlah masa terbaik buat ya untuk berehat. Sebaliknya, figura yang satu ini lebih selesa untuk memberi ruang untuk lebih terbuka dan mencabar diri.
Pada masa sama, Neelofa juga sudah merancang untuk kembangkan kerjaya seninya ke Indonesia selain mahu keluar dari zon selesa.
“Bukan tahun untuk saya berehat lagi, sebab banyak benda baru yang saya ingin cuba. Hal berkaitan dengan bisnes, kerjaya dan insyaAllah akan banyak berada di Indonesia.
“Jadi tidak boleh untuk jangka bagaimana, tetapi kalau sesiapa yang mengenali saya akan redah dan cabar diri. Saya gemar untuk tekankan diri untuk keluar dari zon selesa dan mencuba perkara baru,” katanya kepada MH.
Diusik dengan pertanyaan sama ada dia tanam impian untuk berada dalam senarai 10 individu terkaya di negara, Neelofa ada jawpannya sendiri;
“Wow… tak adalah kalau nak masuk dalam senarai 10 terkaya ke. Tak pernah terfikir pun.
”Cuma saya selalu berdoa apabila berkerja keras, tetapi bila sudah sampai tahap yang mana diri sudah boleh rasa puas dan cukup dengan kejayaan dan rezeki.
“Sebolehnya, saya tidak mahu seperti ‘keep on kejar’ akan tetapi tiada titik nokhtah, bagi tiada pengakhiran.
”Saya cuba nak letak ‘cut of point’ di mana bila selesai dengan ‘chapter’ ini dan saya seterusnya akan buat perkara lain. Akan ada masanya, InsyaAllah,” jelas Lofa optmis.
Awal Disember lalu, Neelofa mengumumkan mengundur diri selepas tujuh tahun mengendalikan program hiburan, MeleTop di samping rakan hos, Nabil Ahmad.
Keputusan tersebut diambil kerana mahu fokus kepada perancangan lain dalam kerjayanya.
Lagu Temberang berkumandang di padang UiTM Dungun, Terengganu dengan gelagat seorang pelajar lelaki menari mengikut lenggok Lagu Temberang.
Malah, lagu terkini dari Ayda Jebat itu cukup menarik hati pengguna media sosial, apabila Ayda sendiri dilihat berkongsi pautan berkenaan di Instagram.
Menerusi kapsyen penyanyi ini pula, dia turut terhibur dengan aksi spontan pelajar terbabit, lebih-lebih lagi dengan ‘tarian pinggul’ yang dilakukan.
“Dapat banyak dm & video viral ni! Thank you UiTM Dungun! Yang ni kalau saya pergi ganu confirm jadi dancer saya. Nak babygirl datang tak?
“Get ready adik! Perform solo ek you berani bethooool! Pinggang ok tak tu? Macam pok lekor tranung hok aloh mung ni.
Tag siapa yang ada dalam video ni,” pinta bintang Cindai ini.
Dunia hiburan Indonesia kehilangan satu lagi bintang berbakat apabila pelakon komedi popular, Nasrullah atau lebih dikenali sebagai Mat Solar, menghembuskan nafas terakhir pada Isnin,...