Penyanyi baru, Aina Abdul gagal menahan sebak lalu menitiskan air mata saat mengalunkan lagu Survivor nyanyian asal Destiny’s Child di laman YouTube miliknya, baru-baru ini.

Lagu dalam versi ‘cover version’ itu mendapat reaksi baik peminat bagaimanapun menerusi minit ke 3.05, Aina dilihat gagal mengawal emosi.

Ketika ditanya, Aina menyifatkan, bait-bait lirik lagu ini mengingatkan dirinya mengenai cabaran yang perlu ditempuh, khasnya dalam kerjaya seni.

“Perjalanan yang saya lalui ini bukan satu laluan mudah. Banyak cabaran yang perlu saya harungi untuk menempatkan diri dalam indsutri seni.

“Entah mengapa ketika saya menyanyikan lagu ini, saya terbayang banyak perkara sukar yang saya berdepan untuk berada dalam industri seni.

IKLAN

“Apa pun, saya bersyukur dengan setiap rezeki dan peluang yang diterima ini.

“Saya akui sedikit emosi ketika merakamkan lagu itu apabila saya mengambil masa yang lama untuk umum menyedari kehadiran saya dalam industri seni nyanyian. Namun begitu saya akan terus berjuang dan bertahan hingga akhir hayat saya,” katanya.

Pada masa sama, Aina turut berharap agar lagu yang dinyanyikan boleh menjadi inspirasi.

IKLAN

“Saya nak anda semua tahu yang bukan hanya anda seorang saja yang berjuang untuk teruskan hidup. Jadi sama-sama kita berusaha keras dan bangkit mengejar impian yang kita inginkan.

“Tanpa usaha dan kerja keras setiap apa yang kita mahu capai tidak akan berhasil. Oleh itu, jadikan hari ini sebagai satu kenangan manis yang kita harungi apabila kita mencapai kebahagiaan pada masa yang mendatang.

IKLAN

“Saya juga nak berterima kasih kepada kelab peminat AINATIONS yang terus memberikan sokongan dan tanpa henti,” akhirinya.

Setakat ini, video berkenaan sudah pun ditonton hampir 3,000 tontonan.

Foto: Instagram Aina Abdul

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI