Aktor, Azhan Rani awal malam tadi ada berkongsi momen mengejutkan menerusi kiriman penonton telemovie, Restu Ayah yang disiarkan menerusi slot Cerekarama malam tadi.

Bintang Nur2 itu ada mendedahkan beberapa keratan video reaksi anak-anak penonton drama berkenaan yang disampaikan menerusi dm Instagram.

“Sebab aku dah tau cerita takde la aku beria nau nak sedih.. tapi scroll dm kat ig tadi ini antara respond yang aku dapat.. macam ni sekali rupanya ya..

“Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar.. hilang penat kerja kalau macam ni hasil dia.. semoga keinsafan ini sampai ke lubuk hati buat yang bergelar seorang anak.. ayah dan ibu hanyalah pinjaman Allah SWT.. bukan milik kita yang kekal,” tulisnya.

Malah, dia sendiri turut mengakui bukan sesuatu yang mudah apabila menerima berita pemergiaan orang tersayang.

IKLAN

“Aku sendiri tak dapat luahkan dengan kata2 macam mana saat menerima pemergian arwah abah dulu.. tak pernah hilang rasa rindu sampai hari ni. kita tak akan punya cukup masa untuk berbakti pada mereka.

“Selagi mereka masih ada usah sia2kan peluang untuk syurgamu bahagia.. semoga anak2 ini menjadi anak yang soleh nanti.. amin.. sekarang aku tengok video ni aku yang nak teriak.

IKLAN

“Thank you atas feedback.. maaf mana yang tak sempat saya balas.. isnin depan jangan lupa,” tulisnya panjang lebar.

View this post on Instagram

sebab aku dah tau cerita takde la aku beria nau nak sedih.. tapi scroll dm kat ig tadi ini antara respond yang aku dapat.. macam ni sekali rupanya ya.. Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar.. hilang penat kerja kalau macam ni hasil dia.. semoga keinsafan ini sampai ke lubuk hati buat yang bergelar seorang anak.. ayah dan ibu hanyalah pinjaman Allah SWT.. bukan milik kita yang kekal.. aku sendiri tak dapat luahkan dengan kata2 macam mana saat menerima pemergian arwah abah dulu.. tak pernah hilang rasa rindu sampai hari ni. kita tak akan punya cukup masa untuk berbakti pada mereka.. selagi@mereka masih ada usah sia2kan peluang untuk syurgamu bahagia.. semoga anak2 ini menjadi anak yang soleh nanti.. amin.. sekarang aku tengok video ni aku yang nak teriak.. tq atas feedback.. maaf mana yang tak sempat saya balas.. isnin depan jangan lupa #jomkecamayahaji #jomkecamamirul #nur2 @tv3malaysia

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani) on

IKLAN

Lalu menerusi ruangan komen, rata-ratanya memuji kredibiliti lakonannya di dalam drama tersebut dan mengharapkan agar lebih banyak sajian drama berunsur pengajaran dipaparkan selepas ini.

Selain Azhan Rani, Restu Ayah turut dilakonkan para pelakon hebat lain seperti Sharifah Shahora, Badrul Muhayat, Watie Elite dan ramai lagi.

Foto: Instagram Azhan Rani

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI