Pelakon Syafiq Kyle mengakui rasa terharu apabila penyanyi Anuar Zain ada memberikan dedikasi serta penghargaan buatnya ketika dia sedang menikmati makan tengahari di sebuah kafe di Bangsar, semalam.
Kata Syafiq ketika dihubungi MH, kejadian tersebut berlaku di luar sedar dan apabila mengetahui perkara tersebut, dia rasa cukup terkejut.
“Sedang mahu menikmati hidangan tengah hari bersama ibu, saya perasan Anuar Zain turut berada di kafe yang sama. Bagaimanapun tempat duduk kami agak jauh dan hanya saling berbalas senyuman.
“Namun apabila mahu buat bayaran selepas selesai makan, rupanya Anuar Zain yang terlebih dulu beredar dari premis berbekaan sudah pun melangsaikan bil menu kami bersama sekeping nota yang cukup membuatkan saya rasa terharu,” tambahnya.
Bintang Nur 2 ini turut memberitahu, dia rasa teruja kerana nota tersebut hadir dari individu senior dan berpengaruh dalam bidang seni.
“Meski dia seorang penyanyi, namun ucapan serta penghargaan yang diberikan terhadap lakonan saya buatkan saya rasa gembira.
“Siapa yang tidak kenal dengan Anuar Zain yang sudah sinonim dengan bidang nyanyian di negara ini. Jadi bila penghargaan itu datang darinya, sudah pastilah saya ‘wow’ dan terkejut.
“Apa pun, ucapan tersebut juga secara tidak langsung memberi signal buat saya untuk terus cuba berikan yang terbaik dalam apa sahaja yang dilakukan, insyaAllah,” jelasnya yang turut memuat naik nota berkenaan menerusi Insta Stories Instagram.
Dalam perkembangan lain, drama Nur2 lakonannya juga sedang ditayangkan menerusi slot Samarinda di TV3.
Turut sama terlibat di dalam drama rantaian terbabit termasuklah Amyra Rosli, Azhan Rani, Noorkhriah, Azar Azmi dan ramai lagi.
Hari ini genapalah usia perkahwinan penyanyi Shila Amzah dan suaminya, Haris Idraki Elias yang ke satu tahun.
Shila juga ada berkongsi video di Instagramnya yang memaparkan dia dan suaminya sedang karaoke lagu I Will Survide nyanyian Gloria Gaynor.
“Happy 1st year anniversary sayang @hariselias .. And more to come! Alhamdulillah Dah setahun baby, tak terasa pun.. Sekejab je.. Banyak benda kita belajar tentang each other.. Ups and downs yang kita hadapi… I want to be a better wife for you baby, in sha Allah.. In sha Allah baby peanut akan jadi hadiah pengikat kasih sayang kita ? I love you baby. (BRB nak nangis tepi katil jap.. ?)
“Special thanks utk semua yang terlibat time kitorg tunang 2 years ago.. And kahwin a year ago,” tulis Shiha.
Pempengaruh media sosial, Maryam Younarae berkongsi dirinya ada menerima pertanyaan daripada sahabat baiknya dari Korea Selatan mengenai kehidupannya selepas memeluk agama Islam.