Seperti sedia maklum, sambutan ramadan seluruh dunia pada tahun ini pastinya akan jadi sedikit berbeza.
Di negara ini misalnya, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan di seluruh negara akibat penularan wabak Covid-19 memberi situasi berbeza puasa tahun ini.
Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza turut meluahkan rasa syahdu.
Kongsinya, Yang Maha Esa sedang menguji UmatNya bagi melihat sejauh mana tahap keimanan dan ketaqwaan kita.
Ads
“Bila nak masuk Ramadhan hati makin sayu bila kenangkan Ramadhan kali ini tidak seperti selalu.. Rindu ke Mekah dan madinah, Solat terawih berjemaah ,berbuka ramai ramai ,solat tahajjud sampailah tiba solat subuh.
“Kali ni hanya mampu #throwback dulu kenangan indah ini, inshaaallah.. semua akan kembali seperti biasa.
Ads
“Allah SWT menguji kita untuk melihat tahap keimanan & ketaqwaan kita kepadaNYA.
“Ramadhan tetap bulan yang di nanti nantikan .. Ya Allah,Makbulkan doa kami &hqpuskan covid19 di muka bumi ini..,” tulis ibu kepada seorang cahaya mata ini.
Dalam perkembangan lain, Siti turut menubuhkan satu dana iaitu Dana Peduli, Kemanusiaan dan Prihatin (PKP) atau singkatan Dana P.K.P Siti Nurhaliza bagi untuk menyalurkan bantuan kepada orang ramai berikutan situasi semasa yang berlaku kini.
Foto: Instagram Siti Nurhaliza
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Seperti sedia maklum, pada fasa keempat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pihak kerajaan telah memberi kelonggaran kepada masyarakat untuk keluar secara berdua untuk membeli barang keperluan harian.
Pelakon jelita, Nora Danish meluahkan rasa seterusnya merakamkan ucapan terima kasih khas buat Perdana Menteri.
Di samping itu, bintang drama bersiri Puteri ini turut berkongsi foto bersama suaminya, Nedim Nazri di akaun Instagram ketika membeli barang dapur.
“Bila kerajaan dah Bagi kelonggaran boleh keluar berdua. Ya Allah seronoknya rasa.
“Walaupun beli barang dapur Thank u PM #Ramadhan2020,” tulisnya.
Melihat di ruangan komen, peminat ada meninggalkan reaksi masing-masing terhadap entri terkait.
Sekadar informasi, Nora mendirikan rumah tangga bersama Nedim Nazri pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl Nedim pada 21 Februari 2018.
Foto: Instagram Nora Danish
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Memetik laporan Harian Metro, jurukamera drama yang menjalani penggambaran di Inverness, Scotland, Ambia Ahmad kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas dijangkiti Covid-19 sejak 31 Mac lalu.
Walau bagaimanapun, Ambia dilaporkan stabil.
Turut positif ialah pengarah drama, Rahila Ali, penolong pengarah, Sue dan jurusolek, Aishah dan kini dirawat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).
Salah seorang pelakon, Puteri Aishah turut positif dan sedang menjalani rawatan di Hospital Sungai Buloh.
Terdahulu, Rahila bersama 18 orang termasuk pelakon berlepas ke Scotland pada 9 Mac lalu sebelum peningkatan kes Covid-19 kes dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Selain Puteri Aishah, Ben Amir, Hasnul Rahmat dan Ashraf Muslim antara yang terlibat dalam penggambaran tersebut.
Sumber : Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Demi menghormati saranan kerajaan yang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai usaha memutuskan rantaian wabak koronavirus (COVID-19), penyanyi baru, Fadh Majid, melancarkan single sulung, Bukan Takdirku melalui platform media sosial, Instagram (IG) dan Bigo.
Segmen yang dinamakan Borak Santai Bersama Fadh Majid itu telah dilakukan 27 Mac lalu, berjalan secara serentak diIG dan Bigo Live selama 1 jam bermula dari 8.30 hingga 9.30 malam.
Sementara itu, pada jam 9 malam pula, video lirik lagu berkenaan turut dilancarkan menerusi saluran YouTube Todak Music.
Tidak hanya menjawab pelbagai soalan yang diajukan oleh pengikutnya, Fadh juga sempat berinteraksi secara langsung bersama guru vokal, Cikgu Shafie yang mengajarkannya teknik nyanyian; penyanyi terkenal, Shiha Zikir termasuk rakan media dari unit hiburan.
Positif dan memahami situasi yang berlaku di seluruh dunia ketika ini, Fadh turut menjelaskan dia dan syarikat rakamannya Todak Music, bukannya tidak sensitif apabila meneruskan hasrat untuk melancarkan lagu ini ditengah-tengah masyarakat seluruh dunia berasa terancam dengan wabak COVID-19.
Sebaiknya, tarikh pelancaran lagu tersebut sudah dirancang lebih awal.
“Meskipun dalam keadaan penularan wabak COVID-19 dan PKP, ada sesetengah kerja perlu kita laksanakan. Seperti pelancaran hari ini, tarikh yang dipilih sebenarnya sudah lama dirancang.
“Atas dasar kepekaan dan keprihatian, malahdemi kebaikan bersama, saya dan Todak Music mengambil inisiatif untuk menjadikan platform digital seperti Instagram dan Bigo sebagai landasan utama bagi pelancaran dan promosi single ‘Bukan Takdirku’ sepanjangkita mengharungi krisis wabak Covid19”
“Memandangkan ini saja cara terbaik buat masa sekarang bagi memperkenal dan mempromosikan single saya.
“InsyaAllah apabila keadaan sudah reda nanti, pastinya akan ada sebuah majlisdilakukan,” kata pemilik nama lengkap, Muhammad Fadhlullah Abdul Majid ini.
Sejak krisis COVID-19 juga, bintang ini turut menerima apa juga ketentuan Allah SWT dengan hati yang terbuka.
“Sebagai hambaNya saya sudah berikhtiar, terserah kepada Allah SWT untuk menentukan perjalanan lagu ini. Mungkin berjaya atau sebaliknya, mudah-mudahan nasib berpihak kepada saya kerana saya yakin lagu ini mampu pergi jauh,” akuinya.
Terdahulu, single Bukan Takdirku merupakan hasil nukilan dari Fadh sepenuhnya.
Lagu ini mengisahkan cinta yang terputus di tengah jalan dan bagaimana setiap daripada kita harus meredai sesuatu perpisahan yang terjadi.
“Biasanya bila bercakap mengenai lagu putus cinta, ia diekspresikan dengan rasa benci, kesal, menyalahkan pasangan, dendam dan emosi yang bercampur-baur. Jarang lirik lagu putus cinta mengangkat konteks perpisahan itu sebagai takdir Allah SWT yang harus kita terima dengan hati yang terbuka.
“Ayah saya selalu berpesan, jangan terlalu terbawa-bawa dengan perasaan amarah apabila kita kecundang dalam percintaan dan jangan sesekali berdendam.
“Redakan pemergian insan yang kita kasihi kerana mungkin Allah SWT menjanjikan sesuatu yang lebih baik dalam kehidupan kita yang seterusnya,” kata penyanyi berusia 26 tahun ini lagi.