Penyanyi Wany Hasrita mendedahkan dirinya mempunyai sebab tersendiri untuk tidak terlibat dengan projek rakaman semula lagu Resipi Berkasih bersama rakan duet, Tajul.

Menurut Wany, kontraknya bersama syarikat ramakan FMC sudah pun tamat dan dia kini sedang mencari haluan muzik baharu.

“Saya Tiada Masalah…,” – Wany Hasrita Cari Haluan Muzik Baru, Nafi Bergaduh Dengan Tajul

“Saya tiada masalah nak berduet dengan sesiapa pun. Namun, kontrak saya kini bersama FMC sudah pun tamat pada Mei lalu.

“Jadi, saya kini mahu berfikir perkara kedepannya. Dengan rasa rendah diri, saya sebenarnya nak mengubah haluan muzik.

“Bukan penjenamaan semula tetapi lebih kepada mencuba sesuatu yang berbeza.

“Saya bukan menolak pelawaan Tajul sebaliknya saya yang mengundurkan diri. Saya ingin mencari haluan muzik yang lebih segar,” katanya kepada MH.

IKLAN

Pada masa sama, Wany akui teruja apabila projek lagu tersebut tetap diteruskan bersama penyanyi Muna Shahirah.

“Saya Tiada Masalah…,” – Wany Hasrita Cari Haluan Muzik Baru, Nafi Bergaduh Dengan Tajul

“Selepas melihat hasil kolaborasi duet diantara Tajul dan Muna, saya juga suka kerana konsepnya sangat seronok.

“Ditambah pula dengan elemen dangdut. Saya pun baru tahu perkara itu. Mereka ada kongsikan kepada saya sebelum pelancaran.

IKLAN

“Secara tidak langsung, kolaborasi ini telah mencipta gandingan duet baharu. Suara mereka juga saling melengkapi. Saya tumpang gembira,” ulasnya lagi.

Dalam pada itu, penyayi lagu Menahan Rindu ini turut menafikan dakwaan segelintir pihak yang mengatakan hubungan persahabatannya bersama Tajul kini tidak lagi baik.

“Saya Tiada Masalah…,” – Wany Hasrita Cari Haluan Muzik Baru, Nafi Bergaduh Dengan Tajul

“Hubungan saya bersama Tajul dan semua artis-artis dibawah naungan FMC baik-baik sahaja.

IKLAN

“Kami sangat akrab dan menghormati pendirian serta pendapat diantara satu sama lain,” akhirinya.

Terdahulu, Resipi Berkasih versi 2024 bakal dimuatkan di dalam projek album tribute istimewa untuk Allahyarham Achik Spin yang kini sedang dalam pembikinan.

Projek ini merupakan salah satu usaha daripada pihak FMC bagi menghargai jasa arwah Achik sepanjang berkecimpung di dalam dunia seni.

Setakat ini, lagu Resipi Berkasih 2024 telah pun meraih lebuh 200,000 jumlah tontonan di Youtube.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI