Penyanyi dan komposer, Hafiz Hamidun tidak menafikan dirinya kini sedang berkawan rapat seorang usahawan wanita berstatus janda kelahiran Indonesia.
Masih dalam fasa mengenali satu sama lain, bintang berusia 35 tahun itu menjelaskan keduanya kian rapat selepas berkenalan menerusi sebuah majlis rakan.
“Dalam proses perkenalan memandangkan kami secara jarak jauh. Jadi tiada kesempatan untuk bertemunya selalu,” katanya ringkas selepas ditanya mengenai hubungan yang mulai mekar sejak beberapa bulan lalu itu.
“Saya tiada halangan dan berkawan dengan semua orang termasuk individu dari negara luar. Kalau nak dikata kami ada sesuatu tu, rasanya cepat sangat. Malah kami pun jarang bertemu, masih dalam fasa perkenalan,” jelas Hafiz lagi.
Pada masa sama, Hafiz turut mengakui perkenalan dengan wanita berstatus janda itu berlaku secara tidak langsung.
Difahamkan juga, wanita berusia 20-an itu merupakan usahawan popular di Indonesia dan turut memiliki jumlah pengikut yang ramai di Instagram.
“Dia seorang usahawan dan sejujurnya saya banyak juga lakukan kerjasama dengan penggiat seni Indonesia dan kami kenal antara kenalanlah. Cuma bila kami isi masa tu macam ada keserasian.
“Saya rasa untuk elakkan hal lama terjadi kembali, rasanya lebih baik untuk kita pastikan terlebih dahulu. Saya pun sudah 35 tahun, kalau ada jodoh insyaAllah,” terangnya lagi.
Terdahulu, Hafiz ditemui pada majlis majlis pelancaran Aliff Syukri Legacy Cosmetics di Menara Mustapha Kamal, Damansara pada Rabu turut menambah, dia cukup selesa berkawan dengan wanita berkenaan.
Malah, Hafiz juga tidak menafikan wanita tersebut adalah wanita yang paling rapat dengan dirinya ketika ini.
“Buat masa ni saya selesa berkawan dengannya. Kami boleh berkongsi mengenai hal yang berbeza. Memandangkan kami jauh jadi masing-masing akan bercerita mengenai pelbagai perkara,” akhirinya.
Ads
Terdahulu menerusi Insta Stories, Hafiz turut berkongsi foto yang merakamkan sebuah panggilan dibuat dengan kapsyen; “Kangen ama kamu ya?.
Hafiz pernah mendirikan rumah tangga bersama usahawan kosmetik, Joy Revfa pada Mei 2017. Bagaimanapun, perkahwinan tersebut hanya bertahan dalam tempoh lima bulan sahaja.
Dalam perkembangan lain, Hafiz bakal muncul dengan album terkini November depan.
Pelakon yang bakal muncul menerusi single Jika Aku Tahu mendedahkan rakan-rakan baiknya sebelum ini masih ada berhubung.
Cuma buat masa sekarang, dia lebih gemar untuk beri fokus terhadap kerjayanya yang kini ‘baru’ bermula.
“Kawan-kawan baik saya semuanya ada lagi. Cuma sekarang saya lebih berhati-hatilah dalam pilih kawan. Cuma pada saat sekarang saya mahu fokus pada kerjaya, lebih daripada segalanya,” katanya kepada MH.
Ditanya siapakah individu yang banyak memberi dorongan untuk terus bangkit dalam dunia seni tempatan, bintang ini mengakui orang sekeliling banyak memberikan pengajaran.
Selebihnya, ia bergantung kepada diri sendiri.
“Diri saya sendiri. Orang lain hanya memberi pengajaran dan teladan untuk saya lebih berhati-hati. Misalnya pengalaman saya dengan netizen buat saya lebih berjaga-jaga, lebih matang dan mengenali diri.
“Saya kena jaga dan hormati orang lain juga. Kalau dulu mungkin saya tidak ambil serius dalam industri, tapi masih ada yang nampak akan diri saya,” jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Fathia kini kembali membuka akaun Instagram dan turut berkongsi beberapa foto terkininya.
Kecewa dengan lagak pendatang baru, penyanyi Pujaan Malaya, Adzrin Adzhar menjelaskan meski dia sudah 18 tahun bergelar anak seni, penglibatannya tidak pernah sesekali melibatkan soal glamor.
Semuanya sekadar untuk cari makan dan rezeki halal.
Dia turut menyelar stigma sesetengah pihak yang menganggap menjadi orang seni haruslah popular, jika tidak, akan dikutuk.
“AMARAN. ini Post Berlagak. Dan Panjang.
“Umur dah 34, menyanyi secara professional dari umur 16. So dalam 18 tahun jadi org seni.Lagu pertama tajuk Tapi Dia ciptaan dato @fazleyyaakob utk Film Mendam Berahi,lepas tu Mami Jarum, Mistik etc. Tulis lagu and lirik jugak. Antaranya Lagu hero untukmu @fattahaminz dijemput collaborate oleh @hadi_carefree. Utk drama bersiri Cakap Melayulah! Yg @nabilzira berlakon tu kat astro kan abang Jazz jemput tulis, lagu cinta twitta by @nadiahasnan dijemput oleh @fazo_dclef . Eh banyaklah jugak tv series.
“Kau tau tak AKPK. Kau tau tak lagu corporate AKPK tu sepenuhnya dicipta oleh Adzrin Adzhar jugak?
“Pastu upload lagu kat Youtube tajuk Pujaan Malaya, tak sangka meletop lagu tu tahun 2008. Sebab Indie. Carta @hotfm976 time tu adalah dalam 4 ke 5 kali juara jugaklah. Bertahan dalam carta berpuluh minggu la jugak. UTK CITER PERNAH SHARE PENTAS DENGAN SAPA? Tak pernah. Bukan style aku nak amek gambar glamour2 makan best2 shopping mahal2 utk aku post. Mula jadi cikgu and train anak2 muda secara proffesional ajar Choir, band, bicara berirama, public speaking etc 8 tahun lepas. Medal? Alhamdullilah 90% semua pertandingan sekolah ada tempat/anugerah.
“Start tahun 2014 dalam awal tahun nak try ada band. Bosan nyanyi sorang2. @music_sound_rhapsody tiba2 offer jadi Vocalist diorg dalam bulan 4. Allah sekali lagi permudahkan. activity utama waktu tu Busking and shows kat local events. Sekarang, Allah bagi jadi Resident Band @boraombak_marinaputrajaya dari tahun 2016 renew contract. ALHAMDULILLAH
“Utk semua NIKMAT ALLAH DI ATAS. ALHAMDULILLAH.! SAJA BAGITAHU sebab orang malaysia ingat asal nak jadi org seni je kena Famous. Sapa tak famous, KUTUK! Aku jadi orang seni utk cari makan. FAMOUS tu bonus. Sebab Aku pun TAK USAHA utk famous pun. Korg nilai sendiri lah post aku semua biasa2 je. Very Simple Life,” tulisnya.
Dia turut kecewa melihat gelagat golongan muda yang gemar menunjukkan segalanya semata-mata mahu dilihat berjaya.
“Saja rasa nak bagitahu sejarah sbb budak2 zaman sekarang ni PUM PANG PUM PANG buat itu ini acah2 BEST DAN BERJAYA sampai dia lupa orang tua macam kita ni dok perhati je. Kdg tak reti respect orang.
“Kita ni nampak bodoh sebab kita pilih jadi Humble. Takkan nak kena jadi berlagak macam kau baru kau nak hormat?
Apabila berkongsi mengenai kisah selebri yang kekal hidup harmoni dalam berpoligami, bahtera perkahwinan pelakon, Ashraf Muslim bersama dua isteri sering menjadi contoh terdekat.
Dua isterinya yang hidup bermadu, Dr Noor Dayana Lokman serta isteri kedua, Wan Sakinah Ahmad Saburi tetap hidup bahagia bersama suami tercinta di samping pertama hati yang kini meningkat dewasa.
Perkongsian mengenai perkahwinan itu dikongsikan tuan punya badan bersama Majalah Nona.
“Dayana dan Sakinah adalah amanah Allah SWT buat saya agar dapat mendidik mereka sebaik mungkin untuk menjadi isteri yang solehah. Sebagai hamba-Nya yang terpilih saya perlu memikul amanah ini sebaik mungkin hingga dipandang tinggi oleh Allah.
“Salah satu detik paling bermakna buat saya ialah dapat membawa Dayana, Sakinah serta anak-anak yang masih kecil ketika itu menunaikan umrah bersama di tanah suci Mekah.
“Selain itu, dapat pergi bercuti satu keluarga antaranya ke Korea. Saya percaya Allah SWT masih sayangkan keluarga saya, ini adalah ukhwah terhebat dalam hidup saya,” kata Ashraf seperti yang dipetik.
Pada masa sama, Ashrafs Legacy yang diusahakan menjadi salah satu cara Allah SWT menyatukan dua isteri tersayang. Mereka kini bekerjasama menguruskan perniagaan homemade lasagna yang dilakukan secara atas talian.
“Idea tersebut datangnya daripada mereka berdua dan sebagai suami saya memberikan sokongan sepenuhnya terhadap apa yang mereka suka buat. Alhamdulillah bisnes ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.
“Paling saya rasa syukur ialah Dayana dan Sakinah terus akrab hari demi hari,” kongsi Ashraf lagi.
Sementara itu, Sakinah juga turut memberitahu bahawa bisnes yang diusahakan adalah secara spontan dan mereka fokus pada perniagaan pada hari minggu.
“Buat online business ni memang banyak cabarannya seperti masa. Kami hanya fokuskan bisnes ini pada hujung minggu sahaja memandangkan Dayana bertugas di Klinik Kesihatan pada hari biasa.
“Setelah mengambil pesanan, kami sendiri yang akan melakukan cash on delivery (COD) kepada pelanggan sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan Banting.
Kami turut dibantu adik kepada suami yang baru sahaja tamat pengajiannya dalam bidang kulinari. Maka kami serahkan kepadanya untuk ubah suai mana yang perlu mengikut kepakarannya” ujar Sakinah.
Berkongsi mengenai peranannya sebagai isteri pertama pula, Dayana seperti yang dipetik menjelaskan dia perlu menjadi individu yang perlu belajar untuk memberi dan menerima.
Malah, dia juga cuba menjadi isteri yang terbaik, sebagai isteri solehah.
“Bergelar isteri pertama saya harus belajar untuk memberi dan menerima. Kebahagiaan suami adalah kebahagiaan kami juga sebagai isteri. Berpaksikan kepada matlamat untuk menjadi isteri yang solehah saya cuba lakukan yang terbaik buat suami.
“Saya dan Sakinah mengambil masa lebih kurang setahun untuk rapat seperti hari ini. Alhamdulillah Allah SWT permudahkan segalanya. Kami tidak boleh mementingkan diri apatah lagi terlalu mengikut emosi.
“Sabar itu paling penting yang seringkali suami ingatkan kepada kami berdua,” akui Dayana
Terdahulu, Ashraf dan Daya diijabkabulkan pada pada Ogos 2011 lalu. Sementara pelakon itu mendirikan rumah tangga dengan isteri keduanya pada Julai 2013.
Dalam pada itu, Sakinah pula mendedahkan, menggalas status isteri kedua bukan mudah kerana untuk digalas sementelah ia sering dipandang serong segelintir masyarakat.
Bagi wanita ini, bukan mudah untuk memuaskan hati semua pihak.
“Saya lebih fokus terhadap kerja dan meneruskan hidup seperti biasa. Alhamdulillah perjalanan hidup bermadu semakin membahagiakan kami. Biarpun usia saya lebih tua daripada Dayana namun saya menghormatinya sebagai isteri pertama.
“Saya kagum dengan sikap Dayana yang tenang serta tidak mudah melatah. Apabila bermadu masing-masing perlu faham peranan termasuklah berkaitan dengan giliran.
“Saya dan Dayana tidak akan mengganggu privasi masing-masing terutama ketika giliran,” kongsi Sakinah.
Sumber/Foto: Majalah Nona/Instagram Ashraf Muslim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Enggan terus berada di takuk lama, penyanyi Haqiem Rusli menegaskan dirinya kini bersedia untuk mencuba sesuatu yang baharu dan keluar daripada zon selesa demi memastikan kerjayanya terus berkembang.