Pembaca berita, Ezreena Amir Hamzah mendedahkan dirinya kini sudah bersedia untuk tampil berhijab sepenuhnya.
Menurut Ezreena, dia sebenarnya sudah lama terdetik untuk mengenakan hijab namun, antara faktor yang menyebabkan hatinya mula terbuka dan bertambah yakin untuk mengenakan hijab selepas abangnya diserang lumpuh separa badan Febuari lalu.
Katanya lagi, dia juga berharap agar perubahannya itu dapat menjadi salah satu asbab buat abangnya untuk kembali sembuh.
“Apa yang membuat saya berubah?
Kisahnya begini.
“Sebenarnya dah lama pasang niat, tapi hati tak terbuka lagi. Tudung ada lah sehelai dua, spare kalau ada assignment yang memerlukan memakai tudung. Brooch? Satu je. Itupun dah hilang.
“Awal Februari lalu, saya dikejutkan dengan berita salah seorang abang saya jatuh sakit. Sakit yang menyebabkan dia lumpuh separuh badan. Kemudian dihantar ke hospital, dan terus dipantau sehingga lah hari ini. Hakikatnya keadaan abang tidak begitu baik.
“Setiap hari saya berdoa, sungguh-sungguh saya berdoa sehingga menangis di sujud terakhir mahukan abang dipanjangkan usia, sembuh dan kembali ke kehidupannya. I was so helpless, that no one can stay by his side, waiting for him at the hospital. Hanya doa je yg kami mampu lakukan.
“Saya tanya pada tuhan, apa yang boleh saya buat untuk bantu abang saya. Dan saya sanggup berubah jika itu boleh membantu. Tapi saya masih lagi teragak-agak untuk memakai hijab, bimbang jika saya belum bersedia,” tulisnya.
Ads
Kisah itu dikongsikan sendiri oleh pembaca berita Buletin Utama itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Dalam pada itu, ibu kepada seorang cahaya ini meluahkan rasa syukur selepas abangnya dikatakan telah menunjukkan tanda-tanda positif dan dibenarkan untuk pulang ke rumah.
“Seminggu-dua selepas tu, walaupun abang masih belum stabil, tapi Allah swt masih memanjangkan usianya. Allah swt beri peluang untuk dia pulang bersama kami di rumah. Setidak-tidaknya boleh juga meneman dia, dan berikan sokongan emosi.
“Seminggu saya di kampung, saya terfikir. sejahil-jahil saya, Allah swt cuba juga berikan apa yang saya inginkan.
Ads
“Dan saya juga ada berdoa pada Allah swt, untuk memudahkan Zill bercakap, berinteraksi dengan baik dan mendapat manfaat di taska baru. Pun Allah dah kabulkan. Hari demi hari ada je perubahan baik yang Zill tunjukkan,” kongsinya lagi.
Dikesempatan itu juga, Ezreena dirinya berasa amat bertuah kerana dikurniakan suami yang sangat memahami dan mendukung setiap keputusannya.
Tanggal 1 Mac yang juga merupakan Hari Israk dan Mikraj telah menjadi menjadi titik tolak kepada penghijrahan Ezreena.
“Lantas nikmat Tuhan yg mana lagi saya dustakan? Dan bila terbayang muka suami, yg tak pernah memaksa saya bertudung walaupun saya tahu dia sangat-sangat mendambakan perubahan itu, menguatkan lagi hati saya.
“Alhamdulillah, hati saya terbuka pada 1 Mac, yang kebetulan juga jatuh pada Hari Israk & Mikraj.
Ads
“Satu Perjalanan yang agung buat Rasulullah SAW untuk bertemu Allah SWT, di mana solat 5 waktu kemudian disyariatkan.
“Saya masih lagi saya. Tapi saya cuba jadi yang lebih baik daripada sebelum ini. Terima kasih banyak pada semua yg mendoakan. Appreciate that so much,” akhirinya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan selebriti turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga Ezreena akan terus kekal istiqomah selepas ini.
Sekadar informasi, Ezreena telah mendirikan rumah tangga bersama suami yang juga merupakan pembaca berita, Asrul Nizam Kadir pada 2015.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Ezreena Amir Hamzah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sejak kebelakangan ini, ada sahaja cerita yang kurang enak kita dengar mengenai pemandu grab mahupun uber.
Terkini, seorang pemandu Uber didakwa dicabul oleh seorang penumpang ketika memandu di Lebuh Raya Maju Expressway Sdn. Bhd. (MEX) beberapa hari lalu.
Kejadian ini tular setelah video lelaki tersebut tersebar luas di media sosial dan ia menjadi perbualan hangat.
Menerusi video berdurasi 29 saat itu di You tube, sebanyak 45 ribu yang menonton mengutuk perbuatan tersebut.
Menurut mangsa, nama yang tidak didedahkan, kejadian berlaku kira-kira jam 9.58 pagi di mana dia telah menerima pesanan oleh seorang penumpang lelaki berusia 41 tahun di Jalan Klang Lama untuk dihantar ke sebuah kondominium di Sri Petaling.
Kejadian berlaku apabila penumpang lelaki tersebut tiba-tiba meraba kemaluannya dengan sengaja dan dia cuba untuk menepis ketika dalam perjalanan menghantar lelaki tersebut.
“Saya terkejut dan memarahinya namun lelaki itu hanya tersenyum. Bagaimanapun saya meneruskan pemanduan sehingga tiba ke kondominium berkenaan walaupun berasa takut.
“Setelah tiba, lelaki itu hanya keluar dari kenderaan saya tanpa berkata apa-apa. Dia tidak membayar tambang secara tunai kerana menggunakan transaksi kad kredit,” katanya di sini hari ini.
Disebabkan kejadian itu, mangsa telah membuat satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Sri Petaling.
Sumber : Utusan Online
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Ia bukan tugas kami (tiada penyingkiran atau sebaliknya), kami pihak juri hanya ditugaskan untuk memberi markah.” Itu kata ketua juri program Gegar Vaganza musim keenam (GV6), Datuk Ramli MS ketika ditanya pendiriannya apabila tiada peserta yang tersingkir pada minggu kelima konsert yang bersiaran malam tadi.
Jelasnya lagi, setiap keputusan yang dibuat berkaitan hal berkenaan adalah terletak atas pihak Astro.
“Kalau kamu kata bersetuju untuk adanya penyingkiran, maknanya peserta yang menduduki ranking paling bawah akan terkeluarlah.
“Apa pun setiap keputusan sama ada ada penyingkiran atau sebaliknya adalah di bawah pihak Astro,” katanya selepas ditanya sama ada kesemua peserta minggu ini selayaknya diselamatkan minggu ini atau sebaliknya.
Sementara itu, Pengurus Saluran Astro Ria dan Ria HD, Emarina Mohd Kamal menjelaskan pihaknya memang sudah merancang untuk tidak melakukan sebarang penyingkiran pada minggu kelima konsert.
“Memang sudah dirancang, tiada penyingkiran untuk konsert kelima. Kalau nak diikutkan, sekarang ada 10 peserta bertanding, ada minggu ‘yang lebih’ untuk siri konsert seterusnya.
“Jadi kalau ada penyingkiran yang banyak, ia akan menjadi pendek dari sudut ‘content’. Itu adalah antara strategi kami untuk mengekalkan ‘content’ dalam GV kali ini.
“Bagaimanapun ada kemungkinan peserta akan disingkirkan dua sekali gus selepas ini. Apa pun sudah tentu ia akan melalui proses perbincangan bersama pihak juri dan produksi.
“Lazimnya, selepas selesai konsert kami akan berbincang sama ada untuk singkirkan satu atau dua peserta yang mempunyai markah paling rendah,” terang Emarina.
Terdahulu, konsert kelima yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam menyaksikan Nurfatimah mengumpul markah paling rendah di kalangan para peserta lainnya dengan mengumpul markah sebanyak 50 peratus.
Bintang itu menyampaikan lagu Can’t Fight the Moonlight yang dipopularkan oleh LeAnn Rimes.
Kesemua peserta diadili dua juri profesional iaitu Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang, sementara pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam pula tampil sebagai juri jemputan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Nama penyanyi, Lan Solo yang sebelum ini jarang dikatkan dengan dengan cerita sensasi tiba-tiba menjadi perhatian apabila aksi mesranya bersama bakat baharu yang dikenali sebagai Zetty Rashid mulai diperkatakan.
Perkara tersebut berpunca daripada tindakan spontan keduanya yang berpelukan sejurus saingan program Vokal Mania, Sabtu lalu hingga mendapat reaksi pelbagai netizen.
Menurut Lan, aksi dia memeluk gadis terbabit berlaku secara spontan kerana terkejut dengan kemantapan vokal dan persembahan penyanyi itu yang didakwa sebagai adiknya.
Terdahulu dalam saingan minggu keenam Vokal Mania itu, Zetty sebagai ‘rookie’ menewaskan Lan yang juga ‘idol’ dalam persembahan ‘battle’.
Lan menerusi laporan Harian Metro menjelaskan, dia yang selama ini dianggap sebgai ‘idol’ unggul pada setiap minggu di pentas Vokal Mania akhirnya tumpas di tangan ‘rookie’ seperti Zetty. Namun, dia akur dengan kekalahan tersebut.
“Apapun selama bergelar artis sejak 1999, rasanya saya memang tak pernah ada cerita peluk wanita di pentas persembahan. Jadi, bila saya secara spontan memeluk Zetty, pasti kami ada pertalian.
“Lagipun isteri saya, Sheila ada bersama di program itu. Jadi, takkan saya nak buat perkara kurang manis di hadapannya. Bagi saya, tak ada apa nak disensasikan,” katanya seperti yang dipetik.
Menurutnya lagi, dia lebih selesa memilih tidak berbicara terlalu terbuka berbicara mengenai hubumgan keluarga antara mereka.
Katanya, cukup sekadar orang mengetahui bahawa dia adalah abang, sementara Zetty pula adik.
“Apa yang saya harapkan dan minta kepada netizen supaya menghormati privasi kami. Tidak perlu saya bercerita secara terperinci mengenai hubungan kekeluargaan kami.
“Saya tahu sikap netizen di media sosial yang suka menggali hingga dasar untuk tahu cerita sebenar. Tapi, saya minta hormati peribadi keluarga kami,” katanya.
Hubungan ‘adik-beradik’ antara Lan dan Zetty lebih dahulu diperjelaskan wanita itu selepas baru-baru ini kepada media apabila ditegur netizen yang menyifatkan tindakan mereka sebagai kurang manis.
Program Vokal Mania yang bersiaran di TV3, jam 9.00 malam setiap Sabtu.
Foto: Instagram Lan Solo
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana memanjatkan doa agar artis seangkatannya yang juga penyanyi, Syura Badron segera diberikan kesembuhan selepas dimasukkan ke hospital akibat jangkitan kuman di buah pinggang dan darah, baru-baru ini.