Semangat, dedikasi dan kerja keras usahawan dan pempengaruh, Farah Nadhirah Ibrahim yang diiktiraf sebagai salah seorang penerima Malaysia Prestigious Industry Award (MYPIA) 2021 pada 8 Mac lalu menjadi kekuatan buatnya untuk terus melangkah.
Farah,30, atau Ferra Ibrahim sukses mengusahakan produk penjagaan rambut, kulit dan kuku, Le’HairBoss dan diangkat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Muda dalam Industri Kecantikan dan Kesihatan menerusi anugerah anjuran Malaysia Organisation of Company Director (MOCAD) yang berlangsung di Hotel Majestic, Kuala Lumpur.
“Saya berniaga ini bukan nak kaya semata-mata. Rezeki itu perlu dikongsi. Macam perniagaan penjagaan rambut, kulit dan kuku diusahakan sejak dua tahun lalu ini lebih kepada usaha untuk menggalakkan lebih ramai menjana pendapatan.
“Terutama golongan wanita sekali gus mahu memperkasa mereka untuk tidak berpeluk tubuh. Status solo atau janda bukan halangan. Tambahanpula di era pandemik COVID-19 ke endemik ini.
“Tanpa mengira status anda sebagai wanita, sekalipun ada suami berada dan bertanggungjawab, golongan wanita kena buat sesuatu. Ada duit poket berniaga, boleh sokong suami serba sedikit ekonomi keluarga,” katanya.
Bekas pramugari tempatan itu juga beruntung kerana suami tercinta, Raja Ahmad Nazir Raja Ahmad Murad yang turut bergelar ahli perniagaan menjadi tonggak kekuatan di belakangnya.
Ads
“Ini merupakan perkahwinan kedua saya dibina pada Julai 2019. Suami yang percaya atas kebolehan, keinginan dan semangat sejak dahulu lagi memberi modal memulakan perniagaan ini sejak Januari 2020.
“Saya percaya keberkatan itu ada kerana beberapa bulan melancarkan suplemen pertama di Malaysia untuk rambut, kuku dan kulit, perniagaan dilakukan melonjak naik. Kemudian saya keluarkan rangkaian produk lain seperti syampu, tonik dan perapi.
“Untungnya produk saya usahakan dengan penyelidikan dan pembangunan (R&D) memakan masa setahun ini bersifat praktikal dan menjimatkan duit. Ini kerana setiap satu rangkaian produk memberi manfaat untuk rambut, kuku dan kulit,” katanya.
Menurut graduan Diploma Rambut dan Rekaan di Universiti Lim Kok Wing itu lagi, minatnya berniaga dipupuk sejak kecil.
“Di usia tujuh tahun lagi saya minat berniaga itu dan ini sebab nak duit poket. Masa itu saya dan kawan baik sepakat berniaga. Termasuk jual gelang,jual baju dan menawarkan perkhidmatan ‘facial’ di rumah dengan harga RM1.
Ads
“Lucunya yang jadi pelanggan ‘facial’ pun di kalangan kawan. Demi memudahkan mereka yang nak mencuba perkhidmatan itu, saya sampai melukis peta untuk memudahkan pelanggan.
“Tapi itu kisah dulu. Sekarang saya seronok tengok ketua stokis buat duit pula. Salah seorangnya dulu bekerja dengan gaji RM1,500 sebulan selama tempoh tujuh tahun. Tapi sekarang boleh beli stok produk saya mencecah lebih RM 100,000 sebulan,” katanya.
Ferra pada masa sama optimis untuk terus mengembangkan jenamanya.
Ads
“Ikutkan jenama produk saya lebih dikenali dengan nama HairBoss. Sampai orang lupa nama rasmi, Le’HairBoss. Tapi tak apalah, janji orang tahu.
“Rangkaian produk saya pun dijual daripada harga RM129 hinggalah ke RM59. Sangat berpatutan. Insya-Allah tahun ini juga saya mahu ‘all out’ menghasilkan produk dan jenama baru. Tak lupa menjalinkan kolaborasi serta membawa jenama dimiliki ke peringkat antarabangsa,” katanya terlebih dahulu menjalankan perniagaan tekstil.
Ferra Ibrahim sebelum ini juga pernah menerima anugerah Promising Hair Care Brand Of The Year 2021 daripada Niagatimes dan disenaraikan sebagai Successful Young People In Malaysia daripada Britishpedia Media.
Dia yang mempunyai lebih 130,000 pengikut di Instagram pernah mencuri perhatian wargamaya kerana disangka selebriti berdasarkan personalitinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sejak awal minggu lalu, isu jalan cerita membabitkan drama popular, 7 Hari Mencintaiku 3 menimbulkan reaksi hangat netizen di media sosial.
Segalanya bermula selepas watak utama, Khuzairi yang dilakonkan oleh Shukri Yahaya memutuskan untuk menjadi pak sanggup kepada Nurul (Wafariena) yang didakwa hamil anak Pak Samad (Kazar), yang juga bapa kandung kepada Khuzairi.
Susulan itu, netizen mula tertanya-tanya adakah situasi tersebut dibenarkan di dalam agama?
Bagi menjawab kekeliruan berkenaan, pendakwah bebas yang juga salah seorang daripada pelakon drama itu, Pencetus Ummah (PU) Azman menjelaskan perkahwinan di antara Nurul dan Khuzairi adalah sah.
“Assalamualaikum. Seandainya Khuzairi menikasi Nurul yang sedang mengandungkan anak luar nikah Pa Samad. Maka, pernikahan tersebut adalah sah di sisi mazhab Syafie berdasarkan dalil surah An-Nisa ayat 24,” katanya.
Perkara tersebut dijelaskan sendiri oleh PU Azman atau lebih mesra disapa Cik Man menerusi sebuah hantaran di aplikasi Tik Tok.
Katanya lagi, meskipun terdapat percanggahan pendapat para ulama, namun penjelasannya itu adalah bersandarkan daripada mazhab Syafie.
“Perkara ini terdapat perbezaan pendapat dalam kalangan ulama. Saya cuma menjelaskan mengikut Mazhab Syafie sahaja seperti yang dinyatakan dalam surah An-Nisa’ ayat 24,” ujarnya lagi.
Malah, Pu Azman juga dilihat sempat bergurau meminta Khuzairi untuk tidak mengahwini watak Fatin yang dilakonkan oleh Reen Rahim.
“Apa yang penting ialah jangan caras Fatin (Reen Rahim),” selorohnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan reaksi pelbagai terhadap penjelasan yang diberikan oleh PU Azman itu.
Sekadar informasi, 7 Hati Mencitaiku 3 merupakan drama yang kini sedang ditayangkan di slot Akasia TV3 pada setiap Isnin hingga Jumaat bermula jam 6.58 petang.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram & Tik Tok Pu Azman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Hisyam Hamid ada berkongsi foto pada zaman kanak-kanaknya buat peminat menerusi platfrom Instagram.
Jelas bapa kepada dua cahaya mata ini, imej yang dirakam ketika usianya 10 tahun itu turut menyimpan memori tersendiri apabila dia bercita-cita untuk bergelar pemain bola sepak suatu ketika dulu.
Menyebut beberapa bintang sukan terkenal pada ketika itu, bintang drama TQ Captain ini turut bercerita mengenai baju saiz besar yang dikenakan.
“Tgh mengemas terjumpa gambar budak flat ni yg bangun je terus nak pergi main bola. Masa ni umur 10 tahun, impian nak jadi mcm Fandi Ahmad, Abbas Saad, Azman Adnan & Olombumi Adigun.
“Ya baju mmg besar sikit sebab tu size paling kecil yg ada masa tu sebab dlm team tu aku paling muda; yg lain kebanyakkan 13-14 thn ke atas,” jelas Hisyam sambil disertakan dengan beberapa tanda palang.
Sekeping foto sekujur tubuh bayi tidak berdosa dengan kesan lebam di mata akibat dicampak, Iesya Toh menerusi laman Instagram meluahkan rasa kecewa.
Semuanya berikutan berita bayi tidak berdosa ini dibuang tanpa rasa bersalah.
Ulasnya, selepas menyerahkan segalanya kepada si lelaki, amanah Allah ini diabaikan begitu sahaja.
“Saat gadis percayakan kata2 kekasih hati…segala maruah digadai.. terbentuk benih tidak berdosa dari kezaliman manusia yg lupakan HALAL HARAM!
“Ya, panic…simpan segala rahsia! Kekasih mana? Lari bersama gadis baru! Akhirnya kau buang AMANAH ALLAH tanpa rasa kasih seorang Ibu???”
Tidak mahu kezaliman berulang, ulas pengacara ini, sekiranya sudah terlanjur, bertaubatlah. Dan hubunginya andai tidak mahu menjaga benih yang terhasil.
“Ingat adik2, SEKALI KACA PECAH TAKKAN MGKIN BOLEH BERSATU!!!!!!!! Yang mana sudah terlanjur, bertaubat laa syg.. Jgn buang bayi tu..DM kak Sya ök!!! I’m here for u!”
Tular beberapa keping gambar semalam menunjukkan bayi malang ini dijumpai di dalam hutan. Bayi ini dikatakan dicampak sehingga menyebabkan mata dan dahinya lebam.
Foto – Instagram Eisya Toh
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Personaliti media sosial, Ashhryyyyyy, tampil mendedahkan keadaan terkini wajah sahabat baiknya, Cik Epal, selepas didakwa menjadi mangsa serangan oleh isteri bekas suaminya, Dewi, baru-baru...