Usahawan Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi meminta ramai untuk mendoakan yang baik-baik buat sahabatnya Muhammad Sajjad atau Nur Sajat berikutan isu kontroversi yang melibatkan dirinya sejak Februari lalu. 

Menurut Alif, setiap individu pernah melakukan kesilapan dan dia memilih untuk tidak mengulas panjang mengenai hal tersebut serta tidak mahu menangkan mana-mana pihak.

“Saya Tak Tahu Di Mana Dia Berada. Saya Sedih Dan Takut,” – Tak Mahu Menangkan Sesiapa, Aliff Syukri Mohon Doa Yang Baik Buat Rakannya Nur Sajat

“Kepada sahabat saya, saya sentiasa mendoakan dia melakukan kebaikan dan saya mengharapkan rakyat Malaysia mendoakan yang baik-baik.

“Semoga bila kita mendoakan yang baik terhadap orang lain, dia juga melakukan kebaikan.

“Bagi saya semua orang melakukan kesalahan. Mengenai Sajat, saya nak mahu ulas banyak-banyak sebab bagi saya apa yang dia buat itu adalah tindakan dia,” katanya.

IKLAN

Aliff yang pernah muncul menerusi single, Cuba Bahagia itu berkata demikian ketika ditemui di majlis Pameran Pra-Pelancaran Gintel S7 SuperChaiR, di Sunway Pyramid, baru-baru ini.

“Saya Tak Tahu Di Mana Dia Berada. Saya Sedih Dan Takut,” – Tak Mahu Menangkan Sesiapa, Aliff Syukri Mohon Doa Yang Baik Buat Rakannya Nur Sajat

Dalam majlis itu, dia turut diperkenalkan sebagai E-Ambassador untuk produk terbabit. Turut sama meraikan pelancaran terbabit ialah Pengarah Kumpulan Pengurusan Gintell, Dato’ Goh Cheh Yak.

Sementara itu, Aliff turut mendedahkan dia juga sudah lama tidak berhubung dengan pengasas kosmetik sensasi itu namun tetap mendoakan yang terbaik buat penyanyi lagu Makhluk Penggoda itu.

IKLAN

“Saya yakin dia lebih matang. Saya tidak menangkan mana-mana pihak.

“Saya doakan dia kekal menjadi seorang yang beragama Islam. Apa pun lakukanlah kebaikan dan saya yakin dia seorang yang baiklah. Kita doakan sama-sama yang baik.

“Saya dah lama tidak berhubung dengan dia… Cuma saya mohon supaya dia diberikan ruang, biar pihak yang betul buat keputusan. Jangan hakimi atau kutuk dia sebab kita tak tahu apa yang dialaminya.

IKLAN

“Saya Tak Tahu Di Mana Dia Berada. Saya Sedih Dan Takut,” – Tak Mahu Menangkan Sesiapa, Aliff Syukri Mohon Doa Yang Baik Buat Rakannya Nur Sajat

“Saya sebagai kawan lama sentiasa mendoakan kebaikan buatnya. Yang tak baik biarlah dia dengan Tuhan. Kita sebagai manusia jangan hakimi sebab kita sendiri ada keburukan. Kalau kita kata orang itu jahat… kita pun ada jahat kita.

“Saya tidak menangkan siapa-siapa dan saya dah lama tak berhubung dengan dia. Banyak sangat soalan itu diajukan kepada saya. Saya hanya doakan yang baik-baik.

“Saya tak tahu di mana dia berada. Saya sedih dan takut. Kita sama-sama nak dia menjadi orang yang baik sajalah,” katanya lagi. 

https://www.youtube.com/watch?v=HlRG_EzYN6U&t=40s

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI