Usahawan Datin Seri Nur Shahida berkongsi perkembangan terkininya yang sudah tiga hari menerima rawatan di hospital.
Ia susulan jangkitan kuman yang dialami, sekaligus menyebabkan isteri kepada Datuk Alif Syukri ini memohon ramai mendoakan yang baik-baik buat dirinya serta bayi yang sedang dikandung.
“Ramai tanya saya dah nak sampai masa bersalin ke? Belum lagi, saya tak sihat dah tiga hari dekat hospital.
“Ada jangkitan kuman. Doakan saya dan baby sihat ya. Tak senang juga duduk sini lama-lama sebab anak-anak di rumah pun tak sihat juga,” tulisnya di Instagram.
Ads
Menerusi hantaran berkenaan, ia memaparkan ibu kepada lima cahaya mata itu sedang terlantar di wad.
Ads
Malah, ramai yang memberikan kata semangat seterusnya mendoakan kesejahteraannya pada ruang komen.
Isu kisah kecurangan dan cintalokasi yang hangat diperkatakan dalam industri hiburan tempatan turut mendapat perhatian daripada Persatuan Seniman Malaysia.
Pengerusinya, Zed Zaidi, 43, menegur para pelakon supaya mengelak daripada terjebak bermain cinta lokasi supaya tidak memberikan masalah kepada syarikat produksi.
Menurutnya, perbuatan tidak profesional itu bukan saja mencalarkan imej pekerja filem atau drama malah mendatangkan kecaman andai membabitkan hubungan terlarang antara suami atau isteri orang.
“Daripada sudut pandang Seniman, diharap semua pelakon dapat bersikap profesional.
“Jangan jadikan method atau menghayati watak sebagai alasan kerana perkara yang tak diingini itu boleh berlaku andai pelakon sendiri terbawa-bawa perasaan.
“Set penggambaran bukan tempat untuk seseorang pelakon bermain cinta sebaliknya tumpukan kepada niat untuk mencari rezeki.
“Jangan terjebak dengak cinta lokasi. Kita sebenarnya akan susahkan diri sendiri dan orang lain,” katanya kepada MH.
Zed berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pelancaran menandatangani hubungan kerjasama di antara Kami Sempoi International Agensi (TikTok) dan kelab wanita ikon Malaysia kempen CSR ‘Are You Okay?’ yang diadakan di Quill City Mall, Kuala Lumpur pada Sabtu.
Kata Zed lagi, Seniman tidak mempunyai kuasa untuk campur tangan terutama apabila ada dalam kalangan penggiat seni meminta aktres itu digam stesen televisyen.
Menurut Zed, andai isu berkenaan membawa kepada kes mahkamah barulah persatuan boleh mengambil tindakan mengikut garis panduan yang sepatutnya.
“Tindakan hanya boleh diambil selepas mahkamah tentukan seseorang itu bersalah,” katanya.
Terdahulu kisah rumah tangga pasangan pelakon Aliff Aziz dan Bella Astillah hangat diperkatakan apabila aktres Sophia Albarakbah dikatakan cuba ‘menyondol’ aktor tersebut selepas mereka digandingkan menerusi sebuah drama baru-baru ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pempengaruh dan aktivis kemanusiaan, Farah Lee akui tidak dapat menahan sebak saat menjejakkan kaki di kawasan runtuhan bangunan hotel dan kediaman tujuh tingkat yang terletak di Nurdag, Gaziantep yang juga merupakan antara bandar yang teruk terjejas akibat gempa bumi di Turkiye.
Jelas Farah, perjalanannya ke bumi Turkiye ini merupakan antara misi kemanusiaan paling sukar yang pernah disertainya selama ini.
“I did not wish to experience this but yeah terjadi depan mata. Di runtuhan yang sama khabarnya juga ada mangsa yang dijumpai masih hidup walau selepas 7 hari.
“Juga ada baby yang meninggal masih cukup sifat, meraung ibunya masa jumpa tu. Katanya kalau rescue team cepat, mungkin anaknya masih hidup. Allah Allah
“Writing this pun dah sebak. I cannot imagine. The hardest mission I’ve ever experienced. Give them strength ya Rabb, give us strength ya Allah,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh ibu kepada seorang cahaya mata itu menerusi beberapa hantaran di laman Instagram.
Menerusi hantaran berasingan pula, Farah turut berkongsi foto-fotonya saat bertemu dengan salah seorang rakyat Turkiye yang baru sahaja kehilangan tujuh orang ahli keluarganya disebabkan musibah tersebut.
“Seorang pakcik yang baru sahaja kehilangan tujuh orang ahli keluarganya dalam kejadian gempa bumi di Turkiye baru-baru ini telah pun menunjukkan kepada saya proses pengebumian kesemua ahli keluarganya itu.
“Semoga Allah memberikan ganjaran syurga tertinggi kepada ahli keluarga serta semua yang meninggal dalam keadaan syahid,” kongsinya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa sayu selain turut memberikan kata-kata semangat buat Farah untuk meneruskan misi bantuannya itu.
“Allahuakbar, semoga mereka semua menjadi penghuni syurga.
“Allahuakbar, semoga ahli keluarga mangsa terus kuat, sabar, tabah, reda dan tenang.
“Yang membaca ni pun turut sebak.
“Semoga Allah permudahkan segalanya.
“Terima kasih datang bantu di sini,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Beberapa hari lalu, Farah memaklumkan badan kebajikannya, FL.Childrity serta beberapa badan kebajikan bukan kerajaan (NGO) tempatan telah berangkat bagi menjalankan misi bantuan gempa bumi di Turkiye dan Syria selama 14 hari.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Farah Lee
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sebelum ini nama penyanyi Baby Shima sering kali terpalit dengan kontroversi imej seksi dan menjolok mata.
Terbaharu menerusi perkongsian sebuah video di laman Instagram miliknya, Shima atau Nor Ashima Ramli, 31, tampil sopan ketika menjayakan persembahan di Kuantan, Pahang sempena sambutan Israk & Mikraj pada Sabtu.
Shima menggayakan sepasang baju kurung berwarna jingga selain mengenakan tudung yang menutup dada.
Namun, menerusi posting yang sama juga, Shima turut meluahkan perasan kecewa dengan tanggapan segelintir pihak yang menjangkakan dia mungkin tampil dengan imej kurang sesuai, seolah-olah tidak menghormati hari mulia bagi umat Islam.
“Selesai bergoyang Ya Habibi hari ini. Lain kali datang dulu sebelum berkata-kata.
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.