Aktress jelita, Nora Danish menjelaskan dirinya pernah berasa kurang selesa kerana sering diawasi pengawal peribadi.

Bagaimanapun, Nora mengakui apa yang dilakukan oleh suaminya itu adalah untuk kebaikkan dirinya sendiri juga.

“Dulu saya tak selesa langsung. Kadang-kadang saya minta mereka ke belakang sikit dan jangan terlampau rapat.

“Tapi Nedim (suami) kata at least dia nak bodyguard ikut saya untuk mengelakkan daripada perkara yang tidak diingini berlaku.

“Memandangkan, sekarang ni ada macam-macam kes seperti rogol, simbah acid, mencuri dan sebagainya. Itu kerisauan dia sebenarnya.

“Saya pula tak pandai jaga diri, handphone pula tinggal merata-rata dan pengurus peribadi pun tiada. Jadi, mereka jelah yang akan menjaga saya,” katanya kepada MH.

IKLAN

Nora berkata demikian ketika ditemui di Majlis Tayangan Ramadhan Astro 2019 bertempat di Astro All Asia Broadcast Center, Bukit Jalil pada Selasa.

Ketika ditanya adakan dia berasa selamat sepanjang diawasi pengawal peribadi, ini jawapan yang diberikan Nora;

“Still rasa tak selamat sebab kalau orang nak buat apa-apa dari jauh pun boleh.

IKLAN

“Tapi InsyaAllah selamat semuanya menjadi lebih baik jika kita lebih berhati-hati.

“Malah ada di antara mereka pun sebelum ini pernah terlibat di dalam pasukan beruniform,” jelasnya.,

View this post on Instagram

Let’s go daddy.

A post shared by Nora Danish (@noradanish) on

IKLAN

Dalam perkembangab lain, drama terbaru lakonan Nora bertajuk Iman akan ditayangkan bermula 1 May 2019 di saluran Ria dan Ria HD pada setiap Isnin hingga Selasa jam 9.00 malam.

Sumber Foto: Instagram Nora Danish

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI