Selepas foto pelakon, Chacha Maembong yang diapit serta dicium pasangan pengantin baru yang juga kakaknya, Emma Maembong dan abang ipar, Muhammad Shazli Azhar mencetuskan sensasi hingga tular di media sosial, bintang itu tampil memberikan reaksi.
Memetik Harian Metro, pelakon filem Garang: Aku Luar Biasa itu menyifatkan netizen terlalu negatif.
Malah pada masa sama, Chacha atau nama sebenarnya, Siti Aisyah Ismail juga tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.
“Saya tak mahu berikan sebarang komen mengenai perkara itu,” kata pelakon berusia 24 tahun itu seperti yang dipetik.
Ads
Sebelum itu, hal tersebut mulai diperkatakan di media sosial seperti Twitter. Posting berkenaan memaparkan gambar Emma yang sedang mencium pipi Chacha di atas pelamin.
Namun, apa yang membuatkan ramai memberi reaksi apabila Shazli turut dilihat mencium adik iparnya itu.
Ads
Gambar kahwin apa yg aku tengok niii. Allahhuuuu 🤦🏻♀️
Majlis pernikahan Emma atau nama sebenarya Fatimah Rohani dan Syazli itu berlangsung di Dunia Melayu, Bukit Damansara dan dihadiri ahli keluarga dan sahabat terdekat.
Foto: Instagram Emma, Chacha Maembong
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan hos, Puteri Sarah Liyana Megat Kamarudddin mengakui kerinduannya untuk kembali berlakon masih lagi menebal meski sudah bergelar ibu kepada dua cahaya mata.
Lalu, bintang berusia 35 tahun ini cuba meminta pandangan suami iaitu pengarah terkenal, Syamsul Yusof dan syukur, permintaannya diizin suami andai menepati syarat yang telah ditetapkan.
“Saya masih ingat, ketika masih aktif berlakon dulu sehari ambil ‘job’ sampai dua tiga. Memang saya kuat kerja.
“Apabila sudah terbiasa dengan rutin itu, saya rasa memang kena juga ada kerja selain mengurus hal rumah tangga.
“Jadi sebab itulah saya mula berniaga. Kemudian saya terfikir untuk kembali ke lokasi. Saya ada suarakan hasrat itu pada suami. Dia beri izin tetapi hanya boleh berlakon telemovie sahaja berbanding drama berepisod kerana kekakangan jadual dan masa.
“Sebenarnya sebelum ini saya ada juga terima tawaran berlakon drama bersiri, tapi saya terpaksa tolak cara baik.
“Apa pun saya tidak nafikan pernah terfikir nak perlahankan kerjaya seni memandangkan ketika itu saya nak berkahwin, miliki anak dan ‘slow down’.
“Akan tetapi nampaknya jiwa nak bekerja itu masih lagi menebal,” katanya yang kali terakhir terlibat dalam sebuah filem kira-kira tujuh tahun lalu.
Pernah bergelar hos kepada beberapa buah program sebelum ini, Puteri Sarah juga akui selain hanya diberi izin untuk berlakon telemovie, dia juga akui sebagai isteri ada beberapa syarat lain yang perlu dijaga.
“Jaga batas terutamanya dengan lelaki. Bersentuhan tak bolehlah. Pada masa sama, sya juga akan maklumkan mengenai tawaran terlebih dahulu kepadanya dan ada ketika Syamsul akan teliti skripnya juga.
“Malah, saya akan terangkan sinopsis drama yang akan dilakonkan. Selain itu, soal pakaian pun kena jaga dan ada pembantu yang teman saya di lokasi,” akuinya lagi.
Ditanya apakah reaksi suami apabila dirinya pertama kali menjejakkan kaki ke lokasi penggambaran, Puteri Sarah akui pengarah Munafik itu kerap menghubunginya untuk bertanya khabar.
“Bila saya dah masuk set, hari-hari dia akan hubungi. Dia tanya tengah buat apa, dah makan ke belum, jam berapa nak balik?
“Apa pun, sebagai isteri kalau contohnya ‘call time’ jam 9.00 pagi, saya akan lakukan rutin macam biasa. Bangun awal, siapkan serta hantar anak ke sekolah.
“Kemudian barulah saya ke set. Penat itu memang penat akan tetapi saya suka dengan apa yang saya lakukan. Jadi tidaklah terasa,” katanya lagi.
Terdahulu, Puteri Sarah ditemui pada majlis Hi-Tea & Media Soft Launch untuk produk terkininya, Shara Cosmetics & Skincare yang melancarkan produk serum wajah
pertamanya iaitu Il’ Dolcé Face Serum.
Serum yang diformulasi dari bahan alami ini diyakini mempunyai khasiat yang berganda sesuai untuk proses pemuliharaan kulit wajah secara semula jadi.
“Idea untuk menghasilkan serum ini adalah atas rasa prihatin dengan wanita-wanita tempatan yang kebanyakan menghadapi masalah kulit wajah disebabkan cuaca dan faktor persekitaran.
“Saya juga yakin, manfaat serum yang berasaskan timun ini adalah yang terbaik untuk merawat semua jenis kulit di samping harganya yang berpatutan,” terangnya.
Shara Cosmetics & Skincare sebelum ini turut menghasilkan rangkaian kosmetik seperti
Lipmatte, All-in-One Blusher Stick, Magic Gloss, Mascara dan Make Up Remover.
Terdahulu, Puteri Sarah dan Shamsul Yusof berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 3, dan Sumaiyyah yang dilahirkan pada 16 Mac 2019.
Bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi, pelakon Ardell Aryana kini dilihat semakin berseri apabila ‘baby bump’ mulai kelihatan.
Difahamkan, usia kandungannya kini sudah mencecah lebih lima bulan.
Perkara itu dikongsikan Nadzmi Adhwa,28, apabila merakam foto bersama dan menyakat isterinya dengan panggilan ‘kakak’ kerana perbezaan jarak umur dua tahun.
“Bawak kakak beli petai jap. Say hi to kakak,” tulisnya.