Penyanyi dan pelakon Elyana meluahkan isi hatinya mengenai liku-liku kehidupan yang dilaluinya sebagai seorang pesakit kanser tahap empat pada tahun 2017.

Pemilik nama sebenar Erneelya Elyana Emrizal itu tetap tenang berdepan dengan ujian dan cabaran dalam kehidupan meski pelbagai keperitan yang dilaluinya.

“Throwback. Ini ketika chemotherapy pertama setelah saya disahkan Kanser tahap 4..
Setelah pulahan kali chemotherapy yang saya tempuh di tahun-tahun yang sudah, senyuman dapat saya ukir untuk kali ini.

“Hidup saya penuh dengan ujian yang tak semua saya dapat cerita kan kepada kalian.
Terpuruk saya,biarlah saya seorang yang simpan. Saya akan tetap HADAPI DENGAN SENYUMAN. Insyallah,” tulisnya.

Dalam masa sama, penyanyi yang sinonim dengan lagu Diriku Tapak Sulaiman itu menasihati sekiranya ada dalam kalangan ahli keluarga yang berdepan situasi sama, diharap agar sentiasa berdoa.

IKLAN

“Kepada anda diluar sana yang mempunyai ahli keluarga atau orang yang anda kenali sedang berjuang melawan kanser, selalu lah ingat untuk tidak segan merangkul mereka dan peduli akan mereka yang sedang berjuang.

“Kerana hanya doa dan sokongan dari orang-orang tersayang kami harap kan.
Kepada yang masih sihat,jagalah kesihatan anda.Kerana kanser boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. #lymphomafighter #stage4cancer #cancersucks,” akhirinya. 

IKLAN
View this post on Instagram

Throwback.Ini ketika chemotherapy pertama setelah saya disahkan Kanser tahap 4.. Setelah pulahan kali chemotherapy yang saya tempuh di tahun-tahun yang sudah,senyuman dapat saya ukir untuk kali ini. Hidup saya penuh dengan ujian yang tak semua saya dapat cerita kan kepada kalian. Terpuruk saya,biarlah saya seorang yang simpan. Saya akan tetap HADAPI DENGAN SENYUMAN. Insyallah. . . Kepada anda diluar sana yang mempunyai ahli keluarga atau orang yang anda kenali sedang berjuang melawan kanser,selalu lah ingat untuk tidak segan merangkul mereka dan peduli akan mereka yang sedang berjuang. Kerana hanya doa dan sokongan dari orang-orang tersayang kami harap kan. Kepada yang masih sihat,jagalah kesihatan anda.Kerana kanser boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. #lymphomafighter #stage4cancer #cancersucks

A post shared by elyanaofficial (@elyanaofficial1) on

Terdahulu, peserta  Gegar Vaganza musim ke-4 itu mendedahkan kepada umum bahawa dirinya merupakan pesakit kanser limfoma tahap empat pada November 2017.

IKLAN

View this post on Instagram

😚

A post shared by elyanaofficial (@elyanaofficial1) on

View this post on Instagram

70s Retro 🕺🏽 Party #dinnershow

A post shared by elyanaofficial (@elyanaofficial1) on

Foto : Instagram Elyana

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI