Baru-baru ini, pelakon jelita Elizad Sharifuddin telah diundang sebagai tetamu jemputan sebuah rancangan Curhat yang membincangkan topik Zuriat Syurga telah disiarkan di Astro Prima.
Meski belum dikurniakan cahaya mata, Elizad atau nama sebenarnya Siti Elizad Mohamad Sharifuddin akui sering menerima persoalan mengenai hal anak.
“Kadang bukan keluarga atau pasangan, tapi apabila orang sekeliling dan netizen cakap saya tak berdoa dan beriya dalam soal ini, saya sedih.
”Saya tak pernah tunjuk sebab saya jenis ‘happy go lucky’. Apabila orang membandingkan suami saya yang sudah ada dua anak daripada perkahwinan sebelum ini dan saya tak ada zuriat, tentu saya sedih.
Ads
“Tapi orang sekeliling selalu tanya bila nak ada anak. Saya mana tahu. Saya bukannya Tuhan. Kalau ditanya, tentu saja saya nak anak. Ya Allah, tolong bagi saya satu,” katanya.
Dalam pada itu, bintang berusia 36 tahun ini turut meminta maaf pada suaminya sekiranya gagal memberikan zuriat.
Ads
“Saya bukan wanita sempurna. Walaupun dari segi luaran dia nampak saya seorang yang ceria, tapi andai kata saya tak mampu berikan dia zuriat, saya minta maaf,” jelasnya lagi.
Program itu turut menampilan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan pelakon, Izzue Islam.
Ads
Sekadar informasi, Elizad mendirikan rumah tangga bersama Shamsul Baharin Rahman pada 11 Januari 2015.
Shamsul memiliki dua orang cahaya mata hasil perkahwinannya yang terdahulu.
Foto: Harian Metro Online, Instagram Elizad Sharifuddin
Naelofar secara rasminya melancarkan kolaborasi pertama dengan watak puteri Disney, The Little Mermaid di Pusat Membeli-Belah 1 Utama, Petaling Jaya, baru-baru ini.
Mengetengahkan nilai keberanian, koleksi The Little Mermaid Disney X Naelofar membawa tema ‘Perjalanan untuk anda cipta’, yang menjemput para peminat pakaian muslimah melihat keajaiban rekaan variasi produk yang diinspirasikan daripada watak Ariel.
Mengulas mengenai projek istimewa berkenaan, Neelofa selaku pengasas Naelofar akui teruja.
“Saya teruja untuk umumkan koleksi bersama Disney ini setelah berbulan lamanya kami rahsiakan persiapannya. Malah kami suka akan watak Disney, Ariel yang tak lapuk dek zaman, kagum akan semangat dan ketabahannya dalam mengharungi perjalanan penemuan dirinya.
“Ariel dilihat sebagai karektor wanita muda yang tabah dan penuh sifat ingin tahu, bersedia untuk mempertahankan pendiriannya, dan sikap ini dapat dilihat dalam ramai wanita dari pelbagai generasi,” katanya.
Meski tidak dapat hadir pada majlis pelancaran kerana masih dalam tempoh pantang, Neelofa bagaimanapun mahu terus menyokong wanita muslimah di luar sana.
“Kami mahukan #NaelofarBabes mempunyai keberanian yang sama seperti Ariel. Kami mahukan setiap wanita memperkasakan perjalanan hijab mereka.
“Perjalanan untuk berhijab adalah berbeza bagi setiap wanita. Ada yang mula berhijab dengan mudah dan ada juga yang menghadapi cabaran semasa mula berhijab.
“Melalui Naelofar, kami ingin menyokong perjalanan ini dan membantu memperlihatkan keindahan mereka sebagai wanita muslimah,” katanya lagi.
Hadir dalam enam warna menarik yang membawa elemen utama seperti ekor duyung, tiara dan terumbu karang yang diinspirasikan daripada watak asli francais, Ariel, koleksi ini boleh didapati pada harga RM119 sehelai.
Koleksi turut mengetengahkan rekaan kaftan yang dijalin dengan elemen yang serupa dalam tiga warna berbeza dan dipasarkan pada harga RM199 sehelai.
Sebagai pelengkap, hiasan logam tapak sulaiman rekaan eksklusif Disney X Naelofar diletakkan pada hijab dan juga hujung lengan kaftan.
Bagi melengkapkan penggayaan koleksi, The Little Mermaid Clear Tote Bag turut direka dan dijual pada harga RM149 setiap satu untuk memenuhi keperluan penggayaan harian wanita.
Diperbuat daripada PVC dan trim kulit vegan, bag membawa konsep terbuka dengan rekaan tembus lihat untuk mewakili air laut dalam kehidupan bawah laut Ariel.
Para peminat duyung dijemput untuk menikmati pengembaraan laut di LG Oval Atrium, One Utama Shopping Centre bermula 24 Februari lalu hingga 27 Februari 2022.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengasas produk Skin Dessert, Zirra Abdullah mendakwa jualan produk hasilan mereka terjejas dan turun sehingga 60 peratus susulan terkait isu melibatkan foto yang dimuat naik di hadapan pejabat Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) sekaligus menimbulkan kontroversi, baru-baru ini.
Zira telah memuat sekeping foto dia bersama suami, Mohd Aliff Abd Kadir pada 4 Oktober lalu di hadapan pejabat SIRIM dengan kenyataan gambar mengatakan salah satu produknya Skin Desert Repairing Moisturiser sedang dalam proses menjalankan ujian produk.
Bagaimanapun, SIRIM menerusi akaun rasmi media sosial mereka membalas dengan memaklumkan SIRIM Berhad tidak pernah menjalankan sebarang pengujian terhadap produk keluaran mereka.
Selain jualan terjejas, isu itu menurut Zirra turut memberi kesan kepada emosinya.
“Dalam tempoh lebih kurang dua bulan ini, bermula kontroversi hangat diperkatakan sehingga kini, jualan yang selalunya boleh mencecah jutaan ringgit tidak lagi berlaku.
“Selain itu, saya menerima segala kecaman netizen serta mesej ugutan. Paling teruk, ada yang mahu mengancam keselamatan kami,” kata Zirra.
Susulan itu, jenama berkenaan mahu mengemukakan tindakan undang-undang terhadap SIRIM setelah komen berkenaan memberi kesan buruk terhadap bisnes yang dijalankan.
Menurut peguam mewakili mereka, Nur Nazuha Zohor Ali dari Tetuan Raidah Nazuha Law Chambers, kenyataan yang dibuat SIRIM menimbulkan keraguan yang tidak menggambarkan keadaan sebenar yang terjadi kepada umum.
“Komen SIRIM itu jelas bertentangan memandangkan pihak kami sudah membuat permohonan pengujian produk dan menghantar sampel produk kepada SIRIM pada 8 September 2022.
“Tindakan itu berpotensi menimbulkan fitnah yang merosakkan reputasi, integriti dan kebolehpercayaan awam secara umum oleh stokis, ejen serta pengguna terhadap jenama ini.
“Kenyataan agensi itu menyebabkan masyarakat mempunyai persepsi jenama ini ada agenda tersembunyi dan ia tidak boleh dipercayai,” jelasnya.
Nazuha menambah, pihaknya masih memberi peluang kepada SIRIM untuk menjelaskan semua tuntutan yang dikemukakan.
Ia berhubung dengan situasi pihak peguam yang mewakili institut itu masih dalam proses menunggu arahan lanjut dan jawapan SIRIM berhubung tuntutan Skin Dessert seperti dimaklumkan menerusi surat bertarikh 14 Disember 2022.
“Penjelasan semula SIRIM adalah penting memandangkan komen yang dibuat SIRIM di media sosial Zirra adalah kenyataan berniat yang tidak menggambarkan situasi sebenar kepada umum,” katanya lagi.
Zirra dalam pada itu berkata, isu berkenaan turut memberi kesan terhadap ejen dan stokis.
“Saya juga mengambil kesempatan di sini untuk memohon maaf kepada semua ejen serta stokis jika isu-isu yang melanda ini memberi impak negatif kepada mereka.
“Sepanjang tempoh isu ini mula tular, kami tidak membuat sebarang kenyataan kerana ingin menyelesaikan secara dalaman terlebih dahulu.
“Pada saya, ejen dan stokis inilah tulang belakang kepada kekuatan Skin Dessert selama ini. Tanpa mereka, belum tentu kami dapat mencapai sasaran jualan yang memberangsangkan dan mampu memberi semula imbuhan kepada mereka,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik Di Sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kejayaan para pelakon yang telah menjayakan drama rantaian 7 Hari Mencintaiku 2 ternyata mendapat perhatian meluas daripada rakan selebriti serta penonton.
Pelakon Luqman Hafidz misalnya, menyatakan kejayaan drama bersiri yang telah berjaya mencipta fenomena ini bukan kerana dibintangi pelakon hebat seperti Siti Saleha dan Shukri Yahaya semata-mata.
Sebaliknya menurut Luqman, drama ini berjaya meraih penonton yang tinggi kerana setiap watak memiliki penceritaan yang tersendiri.
“Haritu ak ada sampaikan point2 ini pada @sallywho , harini ak share kan di sini dalam meraikan kejayaan Drama 7harimencitaiku2.
“Bercerita tentang screen time. Pernah sekali menonton hampir 20min lebih hero dan heroin tak de screen time (tak keluar tv) sewaktu bersiaran. Ini menunjuk kan drama ini juga mementingkan watak2 lain dalam penceritaan. Tak syak lagi ini penyumbang besar dalam kejayaan drama 7harimencintaiku2 kali ini.
“Contoh nya macam semalam, penangan scene otai kak @lizza_abdullah mak leha dan abg @kazar35 pak samad . Kesedihan yg mereka tonjolkan dalam kegagalan rumah tangga kuzairi dan mia buat kita turut sedih.
“Ini juga membantu penceritaan hubungan hero dan heroin tanpa perlu mereka muncul di kaca TV.
“Tetapi bila sekali hero dan heroin keluar kita pasti tercegat kerana ternanti nanti apakah yg akan berlaku pada hubungan mereka selaku tunjang cerita.
“Permainan cheeky pasangan romantik sofi dan helmi, nadia dan zaidi juga memberi colour yg sgt menonjol untuk menarik penonton. Ini kerana mereka di sedia kan ruang masa dan dialog yg secukupnya dalam menyemai watak di jiwa penonton. Pembahagian masa di beri dengan sangat teliti.
“Selalu apa yg terjadi di drama drama yg lain adalah, watak pembantu hanya akan bercerita tentang konflik hero dan heroin. Seolah olah mereka tiada kehidupan sendiri. Kadang2 macam iklan je scene mereka, cukuplah sekadar nak cukup kan satu jam penceritaan.
“Penulisan yg sangat hebat, editing yg kemas, score muzik yg best, lagu ost yg berhantu, direction yg sgt jelas. Kesemunya datang sekali. Kudos pada semua team @khanmancung @amynawari Harapnya ‘template’ drama ini akan di serap dan di olah menjadi lebih baik untuk drama2 yg akan datang.
“P/S: Ni hanya personal opinion, kalau korang nak tambah pun boleh.#7harimencintaiku2 #raimeraikan,” tulisnya panjang lebar.
Dunia ratu cantik menyaksikan satu detik bersejarah apabila model dan aktivis kemanusiaan Palestin–Kanada, Nadeen Ayoub diumumkan sebagai Miss Universe Palestine 2025. Pelantikan ini sekali...