Penyanyi, Salamiah Hassan difahamkan ada meluahkan rasa apabila lagu Layarlah Kembali ciptaan Aubrey Suwito, nyanyian Dayang Nurfaizah tidak terpilih ke Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33), Februari depan.

Menerusi salah satu postingnya di Instagram, Salamiah mengatakan bahawa dia tahu seorang penyanyi itu bagus atau tidak bila mendengar nyanyian mereka.

“Saya Tahu Penyanyi Yang Bagus Bila Saya Dengar Satu…,” – Penyanyi Senior, Salamiah Hasaan Akhirnya Bersuara Sebab Lagu Layarlah Kembali Tak Terpilih Ke AJL33?

“Nama saya Salamiah Hassan, bukanlah seorang penyanyi yang bagus tapi boleh lah menyanyi! Sudah menyanyi selama lebih 40 tahun dan masih lagi menyanyi.

“Tidak selalu muncul di ‘khalayak ramai’ tapi saya ambil tahu apa yang terjadi dalam industri muzik kita yang tidak berapa besar ini.

IKLAN

“Saya tahu penyanyi yang bagus bila saya dengar satu! Sangat kecewa bila lagu Aubrey Suwito tidak terpilih ke AJL. Tolonglah kekal berikan muzik yang bagus untuk kita,” tulisnya.

Meski tidak menyebut nama penyanyi, namun ramai yang meneka ia ditujukan buat lagu persembahan bintang asal Sarawak berkenaan.

“Saya Tahu Penyanyi Yang Bagus Bila Saya Dengar Satu…,” – Penyanyi Senior, Salamiah Hasaan Akhirnya Bersuara Sebab Lagu Layarlah Kembali Tak Terpilih Ke AJL33?

IKLAN

Sementara itu, Pengarah Muzik, Datuk Mokhzani Ismail sebelum ini ada menjelaskan sebab lagu tersebut tidak terpilih ke AJL adalah disebabkan kurang nilai komersil.

IKLAN

Katanya, lagu tersebut adalah satu karya yang bagus namun sukar diterima pendengar setakat ini.

“Selain vokal dan karya itu, impak kepada pertandingan juga diambil kira. Contohnya lagu Dayang Layarlah Kembali adalah ciptaan yang bagus, namun ia sukar untuk diterima pendengar atau kurang nilai kormersil.

“Ia seperti lagu klasik yang mana tidak semua orang faham tapi ia karya yang bagus,” katanya sidang media selepas pengumuman 12 lagu layak ke AJL 33 di Semi Final Muzik Muzik yang berlangsung di Plaza Alam Sentral Shah Alam, baru-baru ini.

Foto/Instagram: Salamiah Hassan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI