Pelakon cilik Puteri Balqis mengakui dia belum nazak meski masih menjalani rawatan. Malah katanya seperti yang dipetik Harian Metro, dia bukan nazak dan lebih baik untuk mendengar cerita sebenar dari dirinya sendiri berbanding orang lain.

“Bukannya nazak. Sebaik-baiknya jangan dengar cakap orang tetapi tanya saya sendiri,” katanya seperti yang dilaporkan.

Sementara itu, apabila diminta mengulas mengenai tahap kesihatannya ketika ini, bintang berkenaan mengakui dia masih lagi mengalami batuk sehingga keluar darah.

“Mengenai kesihatan saya, masih lagi batuk dan keluar darah. Jadi, saya perlu buat rawatan dua minggu sekali termasuk rawatan accupressure sebulan sekali. Mummy juga nak bawa saya berubat kampung pula,” jelas Balqish. 

IKLAN

Sebelum ini, gelagat sekumpulan individu menerusi sepotong video datang menziarahi dan memberi sumbangan terhadapnya kini tular sejak semalam kerana dikatakan tiada abad saat menziarahinya.

Turut kelihatan di dalam video tersebut keadaan Balqish yang sedang tidur.

Tidak mahu mengulas lanjut mengenai apakah penyakit yang dihadapi, Balqish lebih senang andai semuam mendoakan kesembuhan buat dirinya.

IKLAN

“Maaf, saya tak nak cakap lagi mengenainya. Apa yang penting doakan kesihatan saya,” katan Pelakon Wanita Terbaik pada Anugerah Televisyen Asia 2014 ringkas.

Pada masa sama, Balqis turut memaklumkan akan kembali terlibat di set penggambaran sebuah filem tahun depan.

IKLAN

“Insya-Allah tahun depan saya akan mulakan penggambaran filem. Tolak tepi soal sakit dan apa saja cakap-cakap orang. Apa yang penting, sebagai anak saya boleh berfikir mengenai tanggungjawab yang mana anak bukan untuk menyusahkan mummy.

“Tetapi membantu dan membuatkannya gembira selagi bernyawa,” akhirinya.

Foto/Sumber : Instagram Puteri Balqish/Harian Metro

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI