Sebelum ini, heboh diperkatakan apabila penyanyi Ara Johari, membawa diri kerana merajuk dan tertekan kerana sering berdepan dengan kontroversi yang kurang menyenangkan.
Bagaimanapun, menurut Ara, dia masih lagi aktif dalam kerjaya dan tidak membawa diri sebagai mana didakwa.
“Ara tak bawa diri pun, ini semua salah faham, Ara masih lagi aktif menyanyi, kalau tak percaya boleh periksa di akaun Instagram rasmi Ara, cuma mengambil masa lebih sedikit bagi mengumpulkan material yang terbaik untuk single Tetap Aku Cinta, dan pada masa yang sama sibuk menguruskan perniagaan makanan.
“Single terbaru ini merupakan comeback buat Ara dan hadiah untuk semua peminat yang merindukan buah tangan terbaru daripada Ara,” katanya.
Tetap Aku Cinta adalah sebuah karya bergenre balada rock moden yang dicipta komposer dan penulis lirik, Amy Bong dan Furhan.
Single terkini tersebut diterbitkan oleh Rocketfuel Entertainment.
“Ia mengisahkan tentang cinta sejati terhadap seseorang yang disayangi dan sanggup menghabiskan sisa-sisa hidupnya bersama sehingga ke akhirnya,” jelasnya lagi.
Sementara itu, Ketua Label Rocketfuel Entertainment, En. Feros Sayna mengharapkan agar lagu berkenaan diterima baik, memandangkan Ara sudah lama tidak hadir dengan naskhah baru.
“Hampir setahun Ara tidak muncul dengan mana-mana single, kini masa yang sesuai untuk Tetap Aku Cinta dilancarkan.
“Semoga single ini bakal menjadi hit dan mendapat sambutan penggemar muzik,” jelasnya.
Muzik video rasmi single berkenaan sudah menerima lebih 50,000 tontonan selepas seminggu ia dilancarkan di YouTube.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Semenjak beberapa hari lepas, pelakon, Ika Nabila ada berkongsi beberapa foto memaparkan penampilan terkininya yang dilihat manis mengenakan imej berhijab.
Foto tersebut ternyata mengundang rasa senang di hati para peminat dan juga wargamaya.
Menerusi sebuah entri yang dimuat naik di Instagram, Ika memaklumkan dia berasa sangat terharu dengan reaksi yang diterima malah turut menjelas dia kini sedang berusaha menyesuaikan diri dengan imej terbarunya itu.
“I’ve been receiving countless of DM, whatsapp, calls & to answer your questions. I’m taking baby steps, coping & still trying be a better person as a wife, mother & your friend.
“Doakan I ok? As I’ll be praying for you too segan sebenarnya,” tulisnya.
Dalam pada itu, ibu kepada seorang anak itu turut menitipkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang telah mendoakan proses penghijrahanya itu.
“Me with my 1 year 17 days anak soleh penyejuk hati. Oh ya, I baca..baca. I baca semua comment kalian.
“Terima Kasih kerana mendoakan kesejahteraan I, keluarga I & perniagaan I @innateofficialhq
“Thank You for being happy for me. I doakan kalian dikurniakan rezeki kebahagiaan dunia & akhirat. MashaAllah Tabarakallah,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menyambut baik hasrat Ika tersebut selain turut memberikan kata-kata semangat agar dia terus beristiqomah dalam perjalanan hijrahnya
Sumber: Instagram Ika Nabella
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Berita baik buat warga Sarawak, khususnya di Miri! Astro dengan kerjasama TV Sarawak (TVS) bakal menganjurkan acara muzik berskala besar, Konsert MeleTOP TVS pada 17 Mei ini bertempat di Stadium Tertutup Miri.
Acara ini turut mendapat sokongan daripada Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP).
Bakal menjadi satu momen bersejarah, ini merupakan kali pertama MeleTOP menjejakkan kaki di Bumi Kenyalang.
Penonton bakal dihiburkan dengan persembahan daripada artis terkenal tanah air seperti Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Stacy, Dolla, Floor 88, Namie dan ramai lagi.
Konsert ini juga akan disiarkan secara langsung menerusi saluran TVS (122 Astro, MYTV & Unifi TV), Astro ONE dan platform Sooka.
Konsert Berkat Gawai – Kaamatan Terus Meriahkan Sambutan
Kemuncak kemeriahan turut diteruskan pada 21 Mei dengan Konsert Berkat Gawai – Kaamatan yang menampilkan barisan artis hebat termasuk Ella, Bob Yusof, Ramles Walter, Dabra Sia, Velvet Aduk, Roxy Ixzy, SMDX, dan Marina Jara dari Kalimantan.
Perayaan Gawai dan Kaamatan bermula jam 7.30 malam dan bagi yang terlepas, siaran ulangan akan disiarkan di TVS pada 31 Mei 2025, jam 9.00 malam.
Konsert ini dijangka memberikan pengalaman luar biasa kepada penonton dalam meraikan sambutan budaya yang penuh warna-warni.
Dorongan Besar Demi Industri Kreatif Sarawak
Terdahulu pengumuman dua konsert ini telah dibuat di Astro, Bukit Jalil dan dipengerusikan oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP), Yang Berhormat Dato Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah serta Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Keusahawanan Sarawak (MYSED), baru-baru ini.
Menurut Abdul Karim, acara ini menjadi dorongan besar untuk industri kreatif di Sarawak.
“Jutaan tahniah buat TVS dan Astro yang telah menjalinkan kerjasama untuk membawakan acara yang sememangnya istimewa buat warga Miri dan seluruh rakyat Malaysia,” katanya.
Beliau turut menambah, konsert sebegini bukan sahaja menghiburkan, malah mampu menarik pengunjung dari seluruh Malaysia dan negara jiran, sekaligus merangsang ekonomi tempatan.
Sementara itu, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif TVS, Mohamad Sardon Zainal, menyatakan komitmen untuk membawakan kemeriahan sempena ulang tahun ke-20 Bandar Raya Miri.
Penolong Naib Presiden Astro, Elyna Rahmat pula berpendapat, muzik sebagai elemen penyatuan dan konsert ini adalah contoh sempurna bagaimana kita meraikan perpaduan itu.
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada detik bersejarah ini.
Dengan kemasukan percuma dan barisan bintang popular, dua konsert ini pastinya menjadi antara acara yang paling dinanti di Sarawak!
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Kredit Foto: Instagram Dolla, Hael Husaini, Dayang Nurfaizah, Ella & SMDX
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengarah, Sheila Rusli akui teruja apabila menantunya yang juga pelakon, Elisya Sandha memutuskan untuk menjalani tempoh berpantang di rumahnya selepas melahirkan cahaya mata kedua.