Keputusan Anugerah MeleTOP ERA 2019 (AME2019) sudah pun diketahui dengan menyaksikan Khai Bahar dan Siti Nordiana dijulang pemenang Top Top MeleTOP Lelaki & Wanita tahun ini.
Untuk kategori berkenaan, Nana dan Khai masing-masing membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000 dan trofi sumbangan Astro.
Sementara para pemenang setiap kategori lain memenangi wang tunai RM5,000 dan trofi sumbangan Astro.
AME2019 dihoskan tiga pengacara iaitu Neelofa, Nabil Ahmad dan Jihan Muse di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Ini dia senarai keputusan penuh AME2019:
LAGU MELETOP:Jatuh Bangun
FILEM MELETOP:Munafik 2
HOS MELETOP:Siti Nordiana
FESYEN MELETOP:Syafiq Kyle
PENYANYI MELETOP:Khai Bahar
BINTANG FILEM MELETOP:Syafiq Kyle
COUPLE MELETOP:Nur Fazura & Fattah Amin
SI CILIK MELETOP:Yusoff Al Qardawi.
PELAKON TV MELETOP:Syafiq Kyle.
PROGRAM MELETOP:Sepahtu Reunion Live Al-Puasa
ARTIS BAHARU MELETOP:Eyra Hazali.
ARTIS LAWAK MELETOP: Jep Sepahtu
PENYAMPAI RADIO MELETOP:Johan
GROUP/DUO MELETOP:Hael Husaini & Dayang Nurfaizah
DRAMA MELETOP:Lelaki Kiriman Tuhan
PROGRAM RADIO MELETOP: JoHaRa Pagi ERA
ANUGERAH KHAS:Raja Gelek, Datuk M. Daud Kilau
Foto: Instagram Astro Gempak
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ebit Lew ada meluahkan pandangan mengenai situasi seorang suami yang ceraikan isteri ketika sarat mengandung.
Jelas Ebit, dia cukup sedih mengenangkan nasib yang menimpa wanita yang mengalami situasi sedemikian.
Malah, tegasnya usah bina mahligai atas tangisan isteri.
“Sedih pilu menangis sangat bila terbaca kisah sesiapa ceraikan isteri sedang mengandung untuk berkahwin lain. Cuba bayangkan kita diuji mak ayah kita bercerai kini. Apa perasaan kita.
“Jika kita dah tua ini rasa begitu. Bagaimana satu hari nanti anak yang tak tahu apa-apa itu nak faham. Hadiah paling mahal ibubapa kepada anaknya ialah didikan agama dan contoh kasih sayang keduanya.
“Saya berdoa Allah selamatkan rumahtangga ini dan semua rumahtangga kita semua. Janganlah bina mahligai bahagia atas tangisan air mata isteri yang kita nikahi dan cintai serta tangisan anak-anak.
“Selalu dakwah anak muda di jalanan dan wajah anak sedih di sekolah-sekolah. Maaf sangat, selalu bila saya jumpa dari keluarga yang bercerai berai.
“Buat yang telah diuji teruskanlah kuat yer. Kita ada Allah. Jadikanlah musibah itu buat kita dekat dengan Allah.
“Semoga Allah selamatkan kita semua dari hati yang mati. Hidupkan jiwa kami semua dengan takwa. Doakan yang baik jer untuk semua,” kongsi Ebit.
Pada masa sama, penceramah tersebut turut memaklumkan, isteri adalah amanah Allah dan jangan berbuat sesuka hati.
Bahagia adalah kita yang memberi dan bukan dituntut daripada pasangan.
“Satu jer nak cakap untuk ingatan diri sendiri dan semua. Isteri ini amanah Allah. Untuk kita pimpin dan bimbing masuk syurga. Bukan kita suka kita jaga. Tak suka ceraikan.
“Lainlah beliau ada lelaki lain. Kita mulia dan manusia sebaik-baik kejadian..kita sayang kerana Allah..walau banyak kekurangan kita tampung dan bina sama-sama untuk redha Allah.
“Lihat isteri…kenangkanlah ibu kita..kenangkan anak perempuan kita..kenangkanlah.. Saya ingat seorang kawan saya baru kahwin jumpa ustaz. Ustaz, isteri saya baik, rajin,solehah, semua kerja rumah dia buat,senyum jer..sempurna..bestkan ustaz?
“Ustaz jawab secara berfikir. Isteri kamu ahli syurga insyaAllah..tapi kamu belum lagi. Kamu mungkin masuk neraka.. Kenapa pula ustaz. Dah semua isteri kamu buat. Kamubuat apa? Dah kahwin terus nak jadi raja. Muda-muda dah malas.
“Bahagia itu bila kita yang memberi. Bukan tuntut hak dari pasangan..dalam kata lain saling bantu membantu dan bertolak ansur.. Semoga Allah terima dan bantu kita semua. Pohon doa oktober 2019 tour keluarga sunnah seluruh Malaysia,” tulisnya panjang lebar.
Penerbit dan pengarah drama, Sheila Rusly mengakui sudah pun menerima dan memaafkan Janna Nick atas perselisihan faham yang berlaku yang turut melibatkan keluarga pengarah berkenaan.
Malah Janna juga sebelum ini pernah membuat kenyataan maaf secara terbuka di sebuah majlis lalu disambut positif Sheila.
Lalu pertemuan MH bersamanya pada majlis pertunjukan fesyen Ariana Floraya 2019 di Kuala Lumpur Convention Centre pada Khamis merungkaikan perkembangan hubungan di antara keduanya.
“Dia pun sudah tahu apa salah dia dan sudah pun menyesal atas perbuatannya. Dia sudah pun teks saya untuk meminta maaf. Saya terima maaf dia dan sebagai manusia kita harus memaafkan mereka yang seikhlas hati meminta maaf.
“Tetapi buat masa ni saya masih lagi boleh hadam perbuatan dia pada saya dan keluarga. Saya sayang dia sebenarnya tapi, terlalu peribadi untuk saya kongsi.
“Saya memang sayang dia. Kalau saya tak sayang dia, dia tak kan berada di mana dia berada sekarang,” jelas Sheila.
Ditanya apakah isu peribadi berkenaan sehingga menyebabkan hatinya benar-benar terguris, Sheila dalam nada sebak tidak mahu memberikan kenyataan terperinci.
Sebaliknya akan terus mendoakan kejayaan anak didiknya itu.
“Tak mahu ingat saya menangis sebab orang ingat saya berlakon. Tidak mengapa, biarlah. Dia sudah selesa di tempat dia. Saya rasa kepak dia pun dah kembang dengan luasnya untuk dia terbang jauh.
“Saya, suami dan anak-anak sentiasa mendoakan kejayaan dia. Saya masih boleh belum hadam apa yang dia buat pada saya dan keluarga tapi saya sudah maafkan dia,” kongsinya lagi.
Apabila diajukan persoalan adakah hubungan yang sedia terjalin akan kembali rapat seperti dulu, Sheila ada jawapannya sendiri dan ini pesannya kepada Janna Nick;
“Susah untuk saya hadam apa yang dia buat, itu sahaja yang saya boleh cakap. Saya bahasakan diri saya Mama dengan dia. Mama dan maafkan Janna, tidak mengapalah manusia memang akan melakukan kesilapan.
“Kadang kala kita akan berada di satu fasa di mana kita lupa di mana kita bermula. Namun tidak kenapa kerana awak masih lagi muda dan perjalanan kerjaya jauh lagi. Apa yang sudah awak lakukan pada saya dan keluarga ambil iktibar.
“Jadilah seorang artis yang membanggakan peminat dan fokus dalam apa yang awak nak buat dan sentiasa ikhlas dan jujur terhadap apa yang dia lakukan, itu sahaja. Saya sentiasa akan mendoakan kejayaan dia,” katanya yang turut ‘simpan komen’ apabila ditanya sama ada masih sayangkan Janna Nick atau sebaliknya.
Terdahulu, perselisihan faham melibatkan mereka kian diperkatakan apabila Sheila berhenti mengikuti Instagram Janna beberapa bulan lalu.
Malah ada yang membayangkan hubungan dingin itu semata-mata bagi menaikkan rating drama terbaharu terbitan syarikatnya, JS Pictures Sdn Bhd, Leftenan Zana.
Namun Sheila menjelaskan apa yang berlakutiada langsung kaitan dengan drama tersebut itu yang turut menampilkan Janna sebagai watak utama. Sebaliknya, apa yang terjadi adalah sesuatu terlalu peribadi untuk dikongsi secara terbuka kerana ia adalah melibatkan hal keluarga.
Ini dia penjelasan secara penuh Sheila Rusly mengenai perkembangan hubungannya sama Janna Nick
Pempengaruh media sosial, Maryam Younarae berkongsi dirinya ada menerima pertanyaan daripada sahabat baiknya dari Korea Selatan mengenai kehidupannya selepas memeluk agama Islam.