“Saya mengharapkan yang terbaik untuk dia.” Itu harapan kekasih kepada pelakon Ruhainies yang hanya mahu dikenali sebagai Mr.E bersempena dengan ulang tahun kelahiran bintang itu yang ke-28.
Mendoakan kesejahteraan serta dilingkari kebahagiaan di dalam hidup, usahawan tersebut juga mendoakan Ruhainies berjaya dalam kerjaya seninya.
“Ini kali ketiga kami meraikan sambutan hari jadi bersama. Alhamdulillah, setakat ini hubungan kami baik-baik sahaja.
“Semoga dipermudahkan untuk ke fasa seterusnya, insyaAllah,” katanya kepada MH pada majlis sambutan hari jadi Ruhainies yang diadakan di Hotel W, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Bertemakan hijau dan putih, turut sama meraikan hari istimewa Ruhainies termasuk rakan terdekat serta peminat artis berkenaan.
Ads
Ditanya apakah pemberian yang diberikannya buat Ruhainies, Mr.E memberitahu dia ada mamberikan sebuah hadiah beg tangan mewah edisi terhad.
“Sebenarnya, saya memang tahu akan kegemarannya. Ruhainies sukakan beg tangan dan ini merupakan hadiah beg yang keenam buatnya.
“Sebelum ini pun, saya ada hadiahkannya beberapa aksesori lain seperti jam tangan.
Ads
“Harganya tidak perlulah saya kongsikan… Cuma ya, harga beg tersebut dalam puluhan ribu. Hadiah istimewa untuk yang tersayang, mendapa tidak?
“Lagi pun saya memang suka berikan hadiah berupa edisi terhad yang tidak mudah didapati di mana-mana untuk Ruhainies.
“Dia seorang yang cukup istimewa di mata dan ia bukti cinta sejati saya terhadapnya,” jelasnya lagi.
Ads
Mengakui sudah bersedia untuk bergelar suami kepada pelakon Jejak Karmila itu, Mr.E sudah merancang untuk mendirikan rumah tangga bersama Ruhanies, selepas kakaknya Risteena selamat mendirikan rumah tangga.
“Saya sudah bersedia menjadi suaminya sampai bila-bila. Hal tersebut juga sudah kami berbincang secara serius.
“InsyaAllah jika tiada aral melintang, kami akan mendirikan rumah tangga selepas kakaknya berkahwin, sebagaimana permintaan ibu bapa Ruhainies.
“Kalau bukan tahun ini, kami mungkin akan mendirikan rumah tangga tahun hadapan. Apapun, kami akan kongsikan berita gembira itu kepada semua nanti. Doa-doakan ya,” akhirinya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon senior, Wan Maimunah tidak dapat menahan sebak apabila dirinya masih mempunyai penyokong daripada peminat yang tidak henti menyokong karier seni lakonannya.
Kongsi Wan Maimunah yang membahasakan dirinya sebagai ibu, dia berasa sangat terharu dengan sokongan yang sentiasa diberikan kepada dirinya.
“SubhanaAllah kalau ibu jangka, ibu tak rasa terharu macam ni. Akan tetapi memang sejak akhir-akhir kebelakangan ini ibu rasa Allah SWT dah beri pentunjuk kepada ibu.
“Ibu selalu berdoa pada Allah minta jangan ada timbul perasaan riak dalam diri ini. Apa pun Ibu tetap bersyukur pada Allah sebab dia lah sebaik-baik perancang dan Maha Mengetahui.
“Bila Ibu masuk tadi Ibu rasa sebak sangat bila lihat masih ramai yang menyokong ibu sehingga ke hari ini,” katanya jujur.
Pada masa sama, Wan Maimunah turut mengakui turut terkesan apabila melakonkan watak Mak Wan menerusi filem terkini lakonannya, Frontliners.
“Insya-Allah apa naskhah yang diamanahkan, ibu cuba berikan yang terbaik dan ada yang memberi kesan kepada penonton, alhamdulillah.
“Filem ini akan menjadi kenangan untuk anak cucu akan datang sebab kalau dahulu para hero kita berjuang menentang pihak komunis kita boleh nampak.
“Tapi sekarang frontliners berjuang dengan musuh yang tak nampak, dia lebih ‘jahat dan kejam’ berbanding komunis.
“Hanya Allah sahaja yang tahu betapa sedihnya ibu melihat pengorbanan frontliners pada negara. Terima kasih buat semua,” katanya kepada MH.
Terdahulu, Frontliners yang diinspirasikan daripada kisah sebenar mengenai barisan hadapan yang menangai wabak Covid -19 ini akan ditayangkan Oktober depan di saluran Astro First Eksklusif (480).
Selain Wan Maimunah, turut sama terlibat termasuk Azhan Rani, Beto Kushairi, Emma Maembong dan ramai lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengacara dan doktor viral, Dr. Say Shazril meluahkan rasa teruja selepas berpeluang
berlakon bersama orang-orang hebat seperti Fahrin Ahmad, Nabila Razali dan Mona Ellen menerusi drama berjudul Kebaya Kasut Kanvas.
Menurut Dr. Say, banyak perbezaan di antara berlakon drama dan juga iklan malah, rakan-rakan artis juga disifatkan tidak lokek untuk berkongsi ilmu.
“Sememangnya TERBAIK! Yang membezakan drama dengan iklan is drama super chill.
“Nak olah script ikut keselesaan sendiri boleh janji point tu ada sebab tu kalau korang perasan tadi saya gelar “I YOU” sebab saya biasa guna I & You dengan wanita. Kalau iklan kena ikut 100% scriptnya.
“Lepastu saya ingat artis-artis ni jenis tak sembang dengan orang macam saya. Saya anak ikan ja peeps, @fahrinahmad_fa@nabila.razali@mona.allen ni sume bapak & mak ikan tapi depa layan saya seadanya.
“Fahrin siap bagi tahu saya yang in life kena pelbagaikan bakat yang kita ada untuk kekal “laku” macam dia boleh berlakon, hosting & ada bisnes sendiri.
“Bella pulak bagi tahu saya yang in life kita kena grab opportunity yang datang sebab opportunity comes once in a lifetime & tengoklah di mana dia berada sekarang.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Dr. Say menerusi akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Dr. Say turut menjelaskan antara sebab dia tidak menceburi bidang lakonan dari awal adalah disebabkan oleh stigma masyarakat mengenai profesyen berkenaan.
“Sambung cerita semalam, salah satu sebab saya tolak tawaran berlakon selain kerisauan bini adalah saya memikirkan impression others terhadap saya.
“Yelah “Belajar tinggi-tinggi tuptap end up berlakon. Apo cito? ”At least itu ape yang parents saya bisingkan bila saya cerita hasrat saya nak berlakon. Tapi bila fikir balik “why not?” & “what’s wrong with doktor berlakon?”.
“Apa pendapat korang? Korang rasa doktor tak patut atau tak sesuai ke menceburi bidang lain? Apa-apa pun it was a good 1st experience for me.
“Bersyukur sangat ditemukan dengan production house yang sporting & well organized yakni Orange Tree. Tak dilupakan juga barisan pelakon veteran ygan banyak berkongsi tips dengan saya.
Lantaran itu, Fahrin turut dilihat memberikan pendapatnya berhubung kenyataan yang diberikan oleh doktor selebriti tersebut.
“Bro Doc @say_shazril hahaha ni abang IKAN nak ceghita haha. iI understand the basic dilemma and conflict, been there and always been. Dulu my parents lagi la risau dan garu kepala, apatah lagi mereka guru & pensyarah.
“I studied Law & graduated Law, tapi tak practice. Well talking about nowadays, to think to much about impression of others, it can be anything, infinite and endless.
“Talking about rezeki, ia datang dalam pelbagai cara. Definisi bahagia & berjaya pun berbeza dalam diri setiap manusia yang pasti dalam hidup yang saya belajar apa yang penting adalah antara kita & tuhan, attitude paling asas dan paling terdalam diri kita ( ikhlas dan niat) , insan2 tersyg dlm hidup kita ( ibu bapa, isteri, anak).
“And talking about surviving & better living nowadays, we should never stop exploring how multi-talented / multi-skilled we can be. At the end of d day, LUCK IS CREATED , IT DOES NOT COME BY ACCIDENT OR COINCIDENCE. Proud to have you on board!,” jelasnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis memberikan kata-kata semangat buat Dr. Say untuk terus berkarya selepas ini.
Sumber: Instagram Dr. Say Shazril
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Baru-baru ini, pasangan penyanyi Ernie Zakri dan Syamel telah diundang menjadi tetamu jemputan pada segmen Johara Pagi Era.
Pasangan selebriti yang baru sahaja mengikat tali pertunangan dilihat ada berkongsi kisah detik perkenalan bersama pendengar di stesen radio berkenaan bagi menyahut cabaran ‘Do You Know Your Lover’.
Menjawab persoalan yang diberi pada papan tulis, penyanyi lagu Aku Cinta ini juga antara lain turut mengimbau momen awal hubungan percintaan mereka terjalin bersama.
“Depan rumah pun kira dating lah juga. Depan rumah ni masa awak minta ‘couple’ dengan saya! Kira dating lah tu.
“Tahun 2018 macam tu dia minta ‘couple’ dengan saya masa tu dia kata suka gila dekat saya,” akui Ernie.
Lalu, pendedahan tersebut membuatkan Syamel tersipu-sipu selepas cuba memberikan penjelasannya.
Enggan terus berada di takuk lama, penyanyi Haqiem Rusli menegaskan dirinya kini bersedia untuk mencuba sesuatu yang baharu dan keluar daripada zon selesa demi memastikan kerjayanya terus berkembang.