Penyanyi dan penyampai radio, Haiza Hanafi meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir pemilik restoran yang mengambil mudah mengenai prosedur operasi standard bagi menangani penularan wabak COVID-19.
Berkongsi mengenai sebuah laporan yang diterbitkan oleh akhbar Berita Harian, Haiza berasa amat pelik kerana banyak restoran ketika ini mengambil bacaan suhu badan pelanggan dengan cara yang kurang tepat.
Sejak 3 Julai lalu, industri muzik Malaysia kembali meriah apabila figura muzik tersohor, Dato’ Sri Siti Nurhaliza melancarkan album terbaharunya, ManifestaSITI2020.
Selepas suram dilanda situasi ketidaktentuan akibat pandemik COVID-19 yang membadai dunia dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyekat aktiviti seni, kemunculan album penyanyi yang mesra disapa Dato’ Siti ini datang tepat pada waktunya bagi merancakkan kembali dunia seni.
Album yangmendapat makluman positif daripada pendengar muzik tempatan itu, bukan sahaja mendapat sambutan hangat di platform digital malah album fizikalnya juga laris dijual.
Sempena pelancaran album ini juga, penyanyi ini menjayakan sebuah konsert interaktif dalam talian, Manifestival Siti Nurhaliza X HotKool, pada 21 Julai 2020 lalu.
Manifestival Siti Nurhaliza X HotKoolmerupakan hasil kolaborasi di antara Universal Music Malaysia dan Siti Nurhaliza Productions bersama stesen radio Hot FM dan Kool FM.
Konsert ini turut didukung oleh Unifi sebagai rakan penyiar rasmi dan Donna sebagai rakan media rasmi.
Konsert yang menelan kos perbelanjaan hampir RM180,000.00 ini mengambil inspirasi daripada konsert dalam talian yang pernah dianjurkan di Korea dan Thailand sebelum ini.
Menggunakan aplikasi sidang video Zoom, konsert interaktif dalam paparan 360 darjah ini merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia, sekaligus menjadikan Dato’ Siti sebagai artis pertama yang terlibat dalam konsert dalam talianberskala besar.
“Konsert ini hanya memberikan akses terhad kepada 500 peminat terpilih menerusiperaduan yang dijalankan oleh radio rasmi Hot FM dan Kool FM, rakan media Donna serta menerusi laman media sosial Dato’ Siti dan Universal Music Malaysia.
“Walaupun peraduan tersebut mendapat sambutan hangat peminat, tetapi disebabkan kekangan jumlah maksimum penonton yang dibenarkan oleh aplikasi Zoom, kami hanya boleh memilih 500 orang sahaja.
“Namun begitu, ianya masih dikira sebagai skala besar kerana kejayaan memaksimumkan jumlah penonton untuk konsert dalam talian seperti ini, boleh diumpamakan kita berjaya memenuhkan satu panggung,” jelas Ketua Pemasaran Domestik Universal Music Malaysia, Anne Mukhtar.
Sementara itu, Ketua Program Hot FM, Ainul Farhana Razali berkata Konsert maya tersebut telah memberi satu pengalaman baru kepada penonton dan pendengar Hot FM dalam dunia digital.
“Malah peminat yang bertuah dapat berinteraksi bersama penyanyi nombor 1 Malaysia walaupun tidak berada secara fizikal di situ.
“Idea Konsert maya seperti ini mungkin boleh diteruskan lagi bertepatan dengan kemajuan teknologi digital masa kini,” katanya.
Manakala Ketua Program Kool FM, Raja Khairil Idris Raja Aznan menjelaskan Kool FM telah memberi sebanyak 32 pautan aksessebagai hadiah kepada pendengar bertuah bagimenyaksikan konsert Manifestival Siti Nurhaliza X HotKool secara maya dan sambutan yang diterima daripada pendengar amat menggalakkan.
“Menerusi kerjasama ini juga,Kool FM telah menjemput Dato Sri Siti Nurhaliza ke studio Kool FM bagi mempromosikan album terbaru beliau iaitu ‘ManifestaSITI2020’,” jelasnya pula.
Mengulas tentang matlamat dan pengalaman beliau menjayakan konsert interaktif Manifestival Siti Nurhaliza X Hot Kool ini, Siti menambah iamerupakan kesinambungan daripada aktiviti promosi album ManifestaSITI2020.
“Pada masa sama, ini merupakan pengalaman baru saya kerana menjayakan sebuah konsert maya yang bersifat interaktif, peminat bukan sekadar boleh menonton persembahan saya dari rumah masing-masing tetapi mereka juga berpeluang berinteraksi bersama.
“Saya berasa sangat berpuas hati kerana dapat menghiburkan para peminat yang terpilih di layar Zoom dan ini mendekatkan kami walaupun Malaysia masih didalamPerintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP),” katanya optimis.
Bagi peminat yang ketinggalan menyaksikan konsert Manifestival Siti Nurhaliza X HotKool ini secara langsung pada tempohari, anda kini boleh menyaksikan video rakaman konsert Manifestival Siti Nurhaliza X HotKoolyang akan dilancarkan di saluran YouTube Universal Music Malaysia pada 12 OGOS 2020bermula daripadajam 7 pagi hingga 9 pagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Erynne Erynna telah selamat melahirkan anak pertamanya secara normal pada pagi Isnin.
Berita gembira tersebut telah dikongsi oleh Erynee atau nama sebenarnya Syazlynne Erynne Abdullah menerusi akaun Instagram miliknya.
Pada masa sama, bintang filem Congkak itu turut mendedahkan nama bayi perempuan yang baru dilahirkan.
“Alhamdulillah, syukur segala puji bagi Allah. I am beyond grateful for everything. Medinah, was born on the 9th of August 2020 at 2:31am.
“Subhan’Allah, it was indeed the most magical, wonderful, happiest and extremely painful but bearable day in my life (that I won’t lie about).
“And thank you so much everyone for all your kind doa’s and wishes, i am truly blessed #alhamdulillah #naturalbirth #normaldelivery #babygirl #augustbaby,” tulisnya.
Pelakon, Hafidz Roshdi yang didakwa menendang pengarah drama My Sweet Heart Hannan, Adam Hamid di lokasi pada Khamis lalu tampil memberikan reaksi.
Hafidz yang juga pelakon utama drama berkenaan berkata, insiden terbabit sudah diselesaikan dengan cara baik.
Malah menerusi laporan Harian Metro, finalis Hero Remaja sezaman Fattah Amin itu menyifatkan apa yang berlaku hanyalah salah faham.
“Kami dah okey dan sudah diselesaikan dengan baik.
“Tiada apa yang perlu diperbesarkan pun. Ia hanya
salah faham,” katanya seperti yang dipetik.
Terdahulu, pengarah drama terbabit, didakwa ditendang Hafidz di lokasi penggambaran di Sungai Buloh pada Khamis lalu.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan di Harian Metro, Adam menafikan perkara itu, sebaliknya mengakui pelakon itu hanya menolak dirinya sebelum mengambil keputusan meninggalkan lokasi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan pihak berkuasa selepas dipercayai menjadi dalang di sebalik kebocoran filem animasi yang belum ditayangkan, The Legend of Aang: The Last Airbender yang juga karya terbaharu dalam francais popular, Avatar.