Sebelum ini, Eyra atau nama sebenarnya, Hazirah Qasdina Hazali mendedahkan mereka bakal menimang anak lelaki menerusi sekeping foto baju bayi yang tertulis ‘It’s a boy’.
Eyra dan Haziq mendirikan rumah tangga pada 1 November tahun lalu di Masjid As Syakirin, KLCC Kuala Lumpur.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Alif Satar mengenang situasi awal ketika dirinya menyertai program nyanyian realiti, One In A Million (OIAM) musim pertama ketika usianya menginjak 16 tahun.
Jelas Alif menerusi Instagram, awalnya dia merancang untuk menyertai pertandingan tersebut kerana hadiah utama yang ditawarkan.
Meski penyertaannya lolos di pertengahan jalan bintang ini bagaimanapun turut menitipkan buat semua agar terus usaha, usah putus asa
“Teringat zaman mula-mula dulu.. umur masa ni 16 tahun, plan nak masuk ‘One In A Million’ sebab kalau menang dapat sejuta ringgit, boleh bayar masuk flying school (sekali dapat tau Dayang Nurfaizah masuk bertanding sekali).
“Sekali alip tak menang. Kadang- kadang kita boleh merancang, tapi bila sesuatu benda tu tak jadi dan tak ikut rancangan kita, jangan risau.. relax, keep learning,adapt to change and take advantage of it.
“Don’t quit.. p/s Maybe now i should make time to take up a private pilot license,” tulisnya.
Imbas kembali, OIAM musim pertama menyaksikan Suki diumumkan sebagai juaranya.
Turut sama bersaing pada musim awal itu termasuk Faizal Tahir dan Farah Asyikin.
Foto: Instagram Alif Satar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas muncul dengan single Semalam pada Mac lalu, penyanyi yang kian meningkat naik namanya, Aina Abdul memberikan kejutan untuk peminat serta penggemar muzik tempatan.
Kembali dengan bua buah tangan terbaharu sekali gus, bintang itu muncul menerusi single Maybe dan Kelip-Kelip.
“Ini merupakan kejutan yang saya rancang untuk peminat yang selama ini tak jemu memberikan sokongan. Kedua-dua lagu ini mempunyai kisah tersendiri yang menarik untuk dikongsi kepada pendengar.
“Saya mula menulis Maybe dan Kelip-Kelip ketika awal tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Lagu-lagu ini merupakan hasil ciptaan sepenuhnya saya dan ia menonjolkan sisi berbeza saya sebagai Aina Abdul.
“Jika sebelum ini menerusi Sumpah dan Semalam, saya mempertaruhkan lagu balada yang bernada perlahan, lagu Maybe dan Kelip-Kelip menjanjikan satu kelainan,” katanya.
Bercerita mengenai Maybe, ia mengisahkan mengenai cinta yang bertepuk sebelah tangan.
“Tajuk tersebut dipilih untuk menonjolkan keunikan lagu ini. Biarpun menggunakan tajuk dalam perkataan Bahasa Inggeris, lirik lagu ini ditulis dalam Bahasa Melayu.
“Proses menyiapkan lagu ini mengambil masa selama sebulan sahaja. Maybe mengangkat genre pop balada yang mengisahkan tentang cinta sebelah pihak.
“Di awal pembikinan lagu ini, saya hanya menyiapkan bahagian korus, tapi bersama proses kolaborasi dengan bakat muda, seorang produser bernama Affan, semuanya siap seperti yang dirancang.
“Lagu ini diberi judul Maybe, kerana si gadis yang merasakan bahawa dia tidak keseorangan dalam merasakan sesuatu terhadap jejaka pujaannya itu.
“Tetapi, sehingga akhir, dia tidak diberi jawapan apakah lelaki itu merasakan perkara yang sama. Maybe yes, Maybe not!” ujar Aina.
Seterusnya, lagu Kelip-Kelip yang mengambil inspirasi dari melodi lagu kanak-kanak popular Twinkle Twinkle Little Star pula membuatkan Aina keluar dari zon selesa.
“Kelip-Kelip bukan berentak balada tapi lagu rancak dengan penambahan koreografi, menjadikan ia satu pengalaman baru bagi untuk saya.
“Runut ‘Twinkle Twinkle Little Star’ menjadi tunjang idea saya sewaktu permulaan pembikinan lagu ini.
“Perbezaannya adalah persepsi lagu kanak-kanak itu ditafsirkan sebagai happy song dan dekat di hati kanak-kanak. Saya cuba twist idea dengan memasukkan elemen cinta dalam mengiring melodi Twinkle Twinkle Little Star itu.
“Idea lagu Kelip-Kelip adalah untuk menggambarkan situasi seseorang yang cuba untuk move on dari masa silam setelah dikhianati dalam hubungan percintaannya,” katanya lagi.
Muzik video Maybe dan Kelip-Kelip sudah pun boleh ditonton menerusi saluran YouTube Aina Abdul bermula semalam dan dua lagu tersebut juga sudah boleh didengari di semua platform penstriman digital.
Meninjau ke ruangan komen muzik video yang dimuat naik, rata-ratanya memberikan respon positif seterusnya menyifatkan ia sebagai satu sisi baru buat penyanyi ini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Siti Sarah mendedahkan ada usahawan kurang senang dengan tindakannya menegur secara terbuka melibatkan gimik pemasaran melampau sesetengah peniaga, baru-baru ini.
Menurutnya lagi, individu berkenaan ada menghubungi menerusi instagram dan mendakwa pandangan penyanyi Manis itu seolah-olah menutup periuk nasinya.
Mohon maaf andai ada yang terasa, Sarah bagaimanapun menjelaskan apa yang dikongsi tidak lebih daripada pandangan peribadi tanpa menyebut nama spesifik.
“Ada usahawan wanita yang DM (direct message), maki hamun dan mendakwa saya cuba untuk menutup rezekinya. Saya tidak menyebut nama dan sekarang ini ceritanya, siapa yang makan cili dia akan terasa pedas.
“Saya pun bukanlah sempurna, masih lagi buat dosa. Akan tetapi di dalam keadaan begini bila bangsa Melayu beragama Islam buat marketing sedemikian… Itu pandangan saya.
“Saya hanya nak bagitahu tak payah goncang pun, produk saya boleh buat duit. Itu sahaja, kalau ada yang terasa saya minta maaf,” katanya menerusi IG TV di Instagram beberapa hari lalu.
Pada masa sama, Sarah turut dilihat terkesan apabila masih ada lagi pihak yang memintanya melakukan reviu produk dengan pendekatan sedemikian meski sudah menyatakan prinsipnya sebelum ini.
“Ada satu jenama ini yang minta tolong saya untuk promosikan barangan jualan. Saya tidak kisah untuk buat promosi, tapi bila bagi gambar, memang memalukan, mengaibkan wanita.
“Bila cakap tak boleh macam ni, bagi lagi. Jenis tak faham bahasa. Saya, kalaulah dapat duit daripada sesuatu yang saya buat, awak kena faham yang saya bagi makan pada anak saya.
“Kalau dia tu bapok, lain ceritanya. Bukanlah kalau bapok tu boleh buat, tapi dia ni perempuan. Suatu hari, awak akan ada anak, akan ada zuriat. Macam mana tu?
“Sanggup ya seorang perempuan mengaibkan perempuan lain untuk mencari rezeki,” jelas Sarah panjang lebar.
Terdahulu, Sarah sebelum ini ada membuat teguran terbuka di Instagram berikutan teknik pemasaran sebahagian usahawan yang sanggup menggunakan teknik pemasaran yang agak tidak bermoral di media sosial.
Pendirian isteri kepada pelawak dan penyampai radio, Shuib itu sekaligus mendapat reaksi meluas netizen.
Foto: Instagram Siti Sarah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelawak Jep Sepahtu mencuri perhatian apabila menitipkan nukilan istimewa menerusi ruangan Direct Message (DM) Instagram buat pemain bola sepak kegemarannya, Cristiano Ronaldo yang bakal mengetuai cabaran Portugal di kejohanan Piala Dunia FIFA 2026.