Penyanyi kumpulan OAG, Radhi kini sedang mengumpul wang bagi menampung kos rawatan pembedahan mata kanannya yang berdepan masalah penglihatan akibat katarak.
Radhi menerusi Harian Metro menjelaskan, dia mula perasan keadaan mata kanannya yang tidak dapat berfungsi dengan baik sekitar Mac lalu.
“Tiba-tiba penglihatan mata kanan saya jadi gelap dan kabur. Saya juga tidak dapat mengawal keseimbangan badan ketika berdiri dan memegang barang.
“Jadi saya dapatkan rawatan di hospital dan doktor memberitahu saya mengalami masalah katarak selain perlu menjalani pembedahan.
“Dianggarkan kos pembedahan itu sebanyak RM3,000. Jadi sekarang saya sedang usaha mengumpul wang secepat mungkin kerana bimbang masalah lain timbul,” katanya seperti yang dipetik.
Bagaimanapun, bintang ini menyifatkan apa yang berlaku adalah petunjuk daripada Allah SWT supaya dia menjadi insan yang lebih baik.
“Saya anggap penyakit ini satu hadiah daripada Allah. Mungkin Dia nak beritahu saya, kalau masih teruskan kehidupan begitu (masa lampau), masa depan saya boleh gelap.
“Doakan semoga mata kanan saya kembali normal supaya saya dapat menikmati kehidupan dengan jalan yang baik dan diredai,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Radhi bakal muncul dengan sebuah konsert dalam talian pada 30 Ogos ini.
Konsert yang dikenali sebagai Maya Konserto OAG Mods menampilkan Radhi bersama rakan-rakan seperti Baba Andy (Flop Poppy), Emri Shamreza (Blind Tribe) dan Nazrin (OAG).
Maklumat untuk tiket berharga RM30, sila layari laman web rasmi uberticket.
Sumber: Harian Metro
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kalau Anak Orang Lain Abah Dah Viral Ni,” – Dahi Yusoff Benjol Dan Lebam, Aliff Syukri Dedah Puncanya
Pengasas kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri ada berkongsi keadaan terkini anak keempatnya, Yusoff Al Qardawi yang mengalami bengkak di bahagian dahi kerana terjatuh.
Malah menerusi beberapa lampiran foto kandid yang dikongsi di Instagram, bahagian dahi kanak-kanak berkenaan dilihat turut mempunyai kesan lebam.
Aliff bagaimanapun mengakui anak lelakinya itu terlalu aktif dan apa yang berlaku itu adalah satu hal biasa.
“Kalau anak org lain abah dah viral dah ni. Yusoff dan benjol x dapat dipisahkan. @yusoffalqardawi_terlajaklaris anak yg terlalu aktif, jatuh dan benjol tu mcm dah biasa je.
“Dah kebal jatuh mcm mana pun x nangis!! Tapi abah yg risau yusoff ooii. Cepat nau hilangnya. Abah pusing kejap je yusoff dah hilang,” tulis usahawan yang kini muncul menerusi single Cuba Bahagia Ini lagi.
View this post on InstagramA post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on
Video penuh mengenai hal terkait turut dikongsikan menerusi akaun Instagram rasmi yusoff.
Foto: Instagram Aliff Syukri
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Beg Sekolah Tak Pernah Berganti, Kasut Penuh Tampalan, Cari Nafkah Untuk…,” – Putra Kongsi Kisah Sedih Waktu Kecil Lepas Ayah Meninggal
Cukup sebak membaca luahan pereka fesyen terkenal, Putra Aziz menerusi perkongsian di laman Instagram sebentar tadi.
Luahnya, video yang dikongsi memaparkan kanak-kanak sedang menjaja di tepi jalan tidak ubah seperti kisah hidupnya dahulu.
“Apa yang dialami nya sama seperti saya alami dulu,,,pada seumur ini saya sudah mencari nafkah buat biaya sehari2 saya,ibu n juga adik ku …
“Pakaian sekolah hanya 1pasang selama 3tahun tak pernah ganti,kalau kotor terus basuh n kering kat badan,,,bag sekolah tak pernah ganti selama 6thn,yang tadinya warna maroon sampai berubah menjadi warna hitam ?????,,,kasot (sepatu sekolah) penuh dengan tampalan n jahitan benang,” kata pemilik butik Cosry ini.
Walaupun sekolah sejauh 8 kilometer daripada rumah, dia sanggup mengharunginya setiap hari dengan hanya berbasikal.
“Setiap hari ber by cycle sejauh 8km dari rumah untuk menuntut ilmu,,,dipenuhi barang2 makanan ringan yang akan dijual di sekolah pada saat waktu istirahat n juga selepas habis jam belajar disekolah.
“Pernah satu hari pagi itu hujan deras n saya pun trs kayuh sepeda,dlm perjalanan saya dilanggar kereta dan barang dagangan saya rusak n sepeda saya patah,,,org yang langgar saya itu lari tidak menghiraukan saya langsung,,saya tak boleh berbuat apa2 pada waktu itu,,,dengan luka2 dibahagian tangan n lutut saya berjalan kembali untuk pulang ke rumah,” luahnya yang berasal dari Acheh Indonesia ini.
Menitipkan pesan buat netizen, luahnya jangan pernah mengenal putus asa walaupun hidup susah.
“Intinya adalah yang sangat2 penting dlm hidup ini kita jangan pernah putus asa,terus semangat,berdoa n bekerja keras tanpa kenal lelah..In shaa Allah impian akan jadi kenyataan.
“Senantiasa bersyukur pada Allah swt n juga jangan pernah kita lupa akan asal usul kita agar kita tidak menjadi golongan org2 yang sombong yang berjalan diatas bumi Allah ini,,,!!!
“Setiap manusia mempunyai jalan crita kehidupan yang berbeda..saya tidak pernah malu untuk crita masa lalu saya karena itulah saya..!!! #truestory,” tulisnya lagi.
View this post on InstagramA post shared by Teuku Putra Aziz (@putraaziz_cosry) on
Putra Aziz pernah menggemparkan dunia fesyen apabila baju pengantin yang diilhamkan daripada patung Barbie Mariposa rekaannya yang digayakan Anzalna mendapat perhatian dunia.
Terkesan dengan kisah sedih Putra, netizen kagum dengan kecekalannya sehingga mampu menempa nama dalam dunia fesyen tanah air.
Foto – Instagram Putra Aziz
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wanita Yatim Piatu Ini Hadirkan Video Sayu Hargai Orang Tua; Ibu Meninggal Pada Usia 5 Tahun, Bapa Yang Kerja Buruh Kasar Turut Pergi Menghadap Illahi
Membesar tanpa nikmat kasih sayang ibu bapa tidak pernah mematahkan semangat ahli perniagaan Norsidayati Mustari dari Tawau, Sabah untuk terbang tinggi.
Wanita berusia 32 tahun yang mesra disapa Sis Bell ini kehilangan ibu tercinta, Allahyarham Sufiah Habib Zain yang bekerja sebagai penjual sayur sejak usianya lima tahun.
Manakala bapanya, Allahyarham Mustari Subutanratu yang berasal dari Indonesia dan bekerja sebagai buruh kasar pula meninggal dunia saat dia berumur 19 tahun.
Dalam tempoh tanpa ibu dan bapa, wanita yang kini sukses mengusahakan produk kecantikan jenama Beautyspells, dijaga oleh makcik dan nenek tersayang.
Mengambil inspirasi berdasarkan kisah lalu yang dilalui, Sis Bell menzahirkan naskhah itu menerusi tiga video drama pendek berjudul Kerinduan Seorang Anak. Ia dipromosikan secara tiga bahagian di akaun Facebook rasminya, Bell Mustari sejak 29 Julai lalu.
Sementara siri kedua dan ketiga telah pun dimuat naik pada beberapa hari lalu dan yang terakhir, hari ini.
“Saya tahu untuk berkongsi kejayaan dikecapi ini dengan ibu bapa sangat mustahil. Mereka lebih dulu pergi meninggalkan saya. Hanya rasa rindu yang mencengkam ketika mengenangkan mereka.
“Saya hanya mampu sedekahkan Al Fatihah untuk mereka yang telah pergi. Walaupun saya dibesarkan tanpa ibu bapa, namun saya mahu mereka yang senasib untuk terus kebalkan hati dan semangat.
“Begitu juga yang masih punyai ibu bapa untuk hargai peluang dan cipta kenangan bersama. Kita takkan pernah tahu siapa dulu yang akan menyahut seruan Ilahi,” katanya.
Menurutnya lagi, selepas kematian ibu, arwah bapa terpaksa pulang ke tanah asal di Indonesia atas faktor yang tidak dapat dielakkan.
“Dari usia lima hingga 19 tahun saya tak sempat bersua muka dengannya. Makcik yang menjaga saya dan dipanggil sebagai mak ada bersua dengan bapa. Saya hanya mendengar khabar dan keadaannya daripada orang yang menyampaikan.
“Saya dapat tahu kekangan kewangan dan masalah dokumen perjalanan membataskan kembaranya ke Malaysia. Dalam tempoh itu, saya hanya sempat berhubungan dengannya menerusi telefon sebanyak dua kali.
“Masih segar ingatan saya terhadap pesanannya untuk menjadi anak berguna dan membanggakan orang tuanya,” katanya yang menyifatkan kejayaan membina empayar perniagaan sejak 2014 di bawah syarikat Beautyspells Sdn Bhd di Sabah atas hasil usaha dan kekuatan diri.
“Orang selalu cakap nak berjaya kena ada sokongan keluarga, ibu bapa dan orang tersayang. Tapi dalam kes saya, ibu bapa sudah tiada untuk melihat kejayaan dikecapi.
“Saya hanya mampu berkongsi dan meminjam kasih sayang nenek dan makcik. Namun kekuatan sebenar yang saya belajar sedari dulu ialah diri sendiri yang menjadi penyokong terhebat.
“Walaupun belajar setakat SPM, saya tak pernah melihat itu sebagai halangan untuk menjadi insan berguna. Beautyspells menjadi bukti kepada susah payah dan pergelutan selama ini. Setiap yang terjadi ada hikmahnya untuk kita jadi lebih kuat,” katanya.
Sis Bell pada masa sama berharap video dihasilkan bukan saja untuk kenangan dirinya tetapi boleh menjadi renungan bersama buat semua.
Berkongsi mengenai video yang dihasilkan, Sis Bell menjelaskan sejak awal berniaga, sudah 10 video dihasilkan. Malah skrip setiap video drama itu dihasilkannya bersama pasukan kerja.
“Video yang dihasilkan kebanyakannya menampilkan saya sebagai pelakon. Satu sebab jimat kos dan cuba untuk belajar serta menimba pengalaman. Pelakon lain yang terbabit pun sama dengan tak ada pengalaman.
“Saya ini bukan pelakon hebat pun. Tapi tidaklah kaku sangat. Saya menonton drama atau filem pun selalu didorong sebab penceritaan atau plot. Tapi sejujurnya, saya minatlah juga dengan pelakon seperti Datuk Rosyam Nor, Nelydia Senrose, Remy Ishak dan Tiz Zaqyah.
“Dapat berlakon rasalah ‘feeling’ macam pelakon kesukaan saya itu. Cukuplah berlakon dalam video produksi sendiri,” selorohnya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI