Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob bersyukur kerana namanya menjadi pilihan untuk menjadi wajah wakilan jenama produk tempatan mahu pun antarabangsa sebagai duta atau projek khas.

Bagaimanapun, Fazley memaklumkan dia sebenarnya meletakkan syarat yang agak ketat sebelum bersetuju untuk menerima sebarang tawaran.

“Saya Sendiri Dah Tak Terkira, Silih Berganti…,” – Rezeki Fazley Yaakob Back To Back Jadi Duta Produk Lokal & Antarabangsa

Katanya lagi, sekiranya sesebuah produk itu mempunyai kualiti yang kurang meyakinkan, dia akan menangguhnya terlebih dahulu.

“Memang tidak dinafikan, sekarang ini, saya memang banyak menjadi wakil untuk pelbagai jenama produk. Saya sendiri dah tak terkira berapa bilangannya kerana ia silih berganti. Tamat kontrak dengan sesebuah produk ni, yang lain pula menyusul. Syukur alhamdulillah.

“Namun, saya ini agak berhati-hati sebelum membuat keputusan menjadi wakil buat mana-mana jenama produk. Prinsip saya adalah sebelum membuat sebarang endorsement, saya kena cuba dahulu. Kemudian saya akan buat ‘market research’.

IKLAN

“Saya akan handar produk tersebut kepada kawan-kawan untuk dapatkan maklum balas. Kalau keputusannya kurang meyakinkan, saya akan perbaiki dahulu. Barulah saya akan bersetuju untuk menjalinkan kerjasama.

“Ada je endorsement yang saya terpaksa elak sama ada kerana kekangan waktu atau saya tidak yakin dengan produk tersebut,” katanya kepada MH.

Juara program, Masterchef Selebriti Malaysia musim pertama itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis Aya Real Food di Suka Sucre Bistro, Kuala Lumpur pada Selasa.

“Saya Sendiri Dah Tak Terkira, Silih Berganti…,” – Rezeki Fazley Yaakob Back To Back Jadi Duta Produk Lokal & Antarabangsa “Saya Sendiri Dah Tak Terkira, Silih Berganti…,” – Rezeki Fazley Yaakob Back To Back Jadi Duta Produk Lokal & Antarabangsa

IKLAN

Fazley turut menambah, kerjasama tersebut terjalin kerana dia dan pengasas jenama, AYA Real Food, Aishah Ishak mempunyai misi yang sama iaitu untuk mengamalkan budaya pemakanan yang sihat tanpa gluten dan monosodium glutamate (MSG).

“Saya sebenarnya nak bantu orang-orang di luar sana untuk makan secara sihat. Ada je orang berbadan besar tapi dia sihat. Ada juga yang badannya terlalu kurus tapi tak sihat.

“Begitu juga yang saya amalkan kepada anak-anak saya. Dalam masa seminggu, hanya satu atau dua hari sahaja mereka boleh mengambil gula atau pun makanan segera. Lima hari selebihnya, saya tak benarkan langsung. Jadi prosesnya itu seimbang.

IKLAN

“Kalau tak bagi gula langsung, kesian pula. Mereka pun sekarang sedang membesar. Tak bagi makan ‘fast food’, nanti mereka tiada experience pula.

“Kerjasama ini terjalin kerana prisip kami sama. Itu yang saya teruskan juga,” ulasnya lagi.

“Saya Sendiri Dah Tak Terkira, Silih Berganti…,” – Rezeki Fazley Yaakob Back To Back Jadi Duta Produk Lokal & Antarabangsa “Saya Sendiri Dah Tak Terkira, Silih Berganti…,” – Rezeki Fazley Yaakob Back To Back Jadi Duta Produk Lokal & Antarabangsa

Kerjasama ini sekaligus menjadi Fazley sebagai duta rasmi dan wakil bagi bagi jenama Aya Real Food yang menampilkan produk seperti sambal pedas dan pes ready cook.

Terdapat beberapa jenis sambal pedas dan pes ready cook antaranya Karashi Bilis, Gilis Rendang dan Kalio.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI