Baru-baru ini, hangat diperkatakan di media sosial mengenai seorang usahawan yang dikatakan secara terbuka menyusukan anaknya ditempat awam.

Tindakan usahawan itu nyata menerima reaksi pelbagai daripada ramai pihak.

Antara yang turut sama memberikan respon terhadap isu berkenaan termasuklah penyanyi, Liza Hanim.

“Saya Sendiri Breastfeed Anak Di Mana-Mana, Tapi…,” – Minta Jaga Adab & Kehormatan, Liza Hanim Tegur Ibu Tanpa Segan Susui Anak Di Tempat Awam “Saya Sendiri Breastfeed Anak Di Mana-Mana, Tapi…,” – Minta Jaga Adab & Kehormatan, Liza Hanim Tegur Ibu Tanpa Segan Susui Anak Di Tempat Awam

Menurut Liza, tidak salah untuk para ibu menyusukan anak mereka dimana-mana sahaja namun, pada masa sama, mereka juga haruslah menjaga adab dan kehormatan sebagai seorang wanita Muslim.

Katanya lagi, dia juga pernah melakukan perkara yang sama tetapi soal penjagaan aurat tetap diberikan keutamaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Liza Hanim (@lizahanim79)

“Saya terpanggil untuk menyuarakan pendapat. Baru-baru ini ternampak gambar seorang usahawan menyusukan anak dikhalayak ramai dan ambil gambar.

“Sebagai seorang ibu yang menyusukan anak-anak saya sepenuhnya, saya menyokong usahawan ini di dalam perjalanan menyusu badannya.

IKLAN

“Namun, sebagai seorang saudara di dalam Islam, saya memohon, tolonglah menjaga adab ketika breastfeeding in public. Saya sendiri breastfeed anak saya di mana-mana sahaja.

“Malah, pernah di tepi jalan di Kota Seoul dan ya saya merakam gambar juga. Tetapi kita harus menjaga adab. Aurat harus dijaga,” tulisnya.

“Saya Sendiri Breastfeed Anak Di Mana-Mana, Tapi…,” – Minta Jaga Adab & Kehormatan, Liza Hanim Tegur Ibu Tanpa Segan Susui Anak Di Tempat Awam “Saya Sendiri Breastfeed Anak Di Mana-Mana, Tapi…,” – Minta Jaga Adab & Kehormatan, Liza Hanim Tegur Ibu Tanpa Segan Susui Anak Di Tempat Awam

Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu, Siapa Sangka Siapa Menduga itu menerusi sebuah hantaran yangdimuat naik di laman Instagram.

Dalam pada itu, Liza turut menyifatkan teguranya itu bukan sahaja untuk memberi peringatan kepada orang laain tetapi buat dirinya juga.

IKLAN

“Ini bukan masalah saya berhijab atau dia free hair. Either way, jaga kehormatan kita sebagai wanita dan ibu.

“Allahuakbar, sedangkan kita menutup dengan sesungguhnya ketika breastfeeding pun dipandang serong, apatah lagi di dalam keadaan yang saya lihat usahawan itu.

“Jaga kehormatan kita sebagai wanita. Jaga agama kita Islam. InsyaAllah berkat usaha kita. Murah rezeki kita. Saya bersuara untuk mengingatkan diri saya sendiri juga,” ujarnya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut menyatakan pandangan yang sama selain turut berharap agar kejadian seperti ini tidak berulang lagi pada masa hadapan.

“Moga Allah beri dia hidayah. Sedih tengok. Ibarat menjatuhkan taraf seorang wanita dan ibu.

IKLAN

“Terbaik 100% setuju.

“Kita doa moga allah beri hidayah amin amin.

“Semoga sipelaku diberi hidayah. Aamiin. Terima kasih atas teguran,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

“Saya Sendiri Breastfeed Anak Di Mana-Mana, Tapi…,” – Minta Jaga Adab & Kehormatan, Liza Hanim Tegur Ibu Tanpa Segan Susui Anak Di Tempat Awam

Sehingga kini, entri berkenaan telah pun meraih lebih 6,000 tanda suka selain turut dihujani ratusan komen netizen.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber: Instagram Liza Hanim

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI