Penyanyi senior, Shidee memaklumkan dirinya telah terlibat dalam satu kemalangan sewaktu menaiki skuter elektik ketika dalam perjalanan menuju ke surau bagi menunaikan solat Asar pada Ahad.

Memetik laporan Harian Metro, insiden kemalangan tersebut berlaku berhampiran kawasan perumahnya yang terletak di PPR Pinggiran Bukit Jalil.

Menurut Shidee atau nama sebenarnya, Rashid Abdul Wahab, dia sendiri tidak pasti samaada dirinya terjatuh atau dilanggar oleh orang lain dalam kejadian terbabit.

“Doktor Tak Tahu Perkara Ini,” – Selepas Terlibat Kemalangan Menuju Ke Surau, Shidee Alami Batuk Berdarah Pula

Peserta Gegar Vaganza 8 ini telah dikejar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUM) bagi mendapatkan rawatan susulan.

“Saya tak sedar apa-apa dan hanya tahu saya kemalangan apabila berada dalam ambulans

IKLAN

“Saya pergi ke surau menaiki skuter elektrik. Kalau nak dikatakan saya jatuh, mestilah saya tahu perkara ini.

“Tapi ini sedar-sedar saya dalam ambulans dan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUM) untuk pemeriksaan lanjut,” katanya seperti yang dipetik.

“Doktor Tak Tahu Perkara Ini,” – Selepas Terlibat Kemalangan Menuju Ke Surau, Shidee Alami Batuk Berdarah Pula

Meskipun pihak doktor mengesahkan dirinya hanya mengalami kecederaan ringan, namun gejala batuk berdarah yang dialaminya sejurus keluar daripada hospital agak merisaukan penyanyi berusia 62 tahun itu.

IKLAN

“Sekarang pun saya masih dalam keadaan lemah dan alami luka kecil. Doktor kata keadaan saya okey tapi apabila bangun saya pening dan rasa berpusing.

“Tapi rasanya saya kena pergi juga buat pemeriksaan sekali lagi kerana saya batuk keluar darah dan ini merisaukan saya.

“Semalam doktor buat imbasan sinar X sebanyak dua kali dan kata saya okey tiada luka dalaman.

“Namun apabila balik rumah, baharulah saya batuk dan keluar darah. Doktor tak tahu berkenaan perkara ini,” kongsinya lagi.

IKLAN

Terdahulu, Shidee merupakan bilal yang bertugas di surau perumahannya itu.

“Doktor Tak Tahu Perkara Ini,” – Selepas Terlibat Kemalangan Menuju Ke Surau, Shidee Alami Batuk Berdarah Pula

Berita mengenai kemalangan tersebut dimaklumkan oleh pengurus Azan Scan, Fuad Misbah kepada Harian Metro.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber: Harian Metro

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI