Status kebahagiaan suami isteri didasari dengan pelbagai faktor dan antaranya ialah pada air tangan si isteri.

Itu pandangan yang diberikan pengarah dan pelakon, Sheila Rusly.

Jelasnya kepada MH, majoriti pasangan muda kini ibaratnya seperti terlalu mengambil mudah soal ‘dapur berasap’ memandangkan mereka boleh mencari alternatif lain, makan di luar.

Namun apa yang menjadi persoalan ialah, sampai bila harus menjamu di luar? Jadi tegas Sheila, seseorang gadis itu harus belajar memasak sedari awal sebagai persediaan masa hadapan.

Saya percaya air tangan seorang isteri dan ibu itu yang melengkapkan kebahagiaan rumah tangga atau institusi keluarga.

“Segala kasih sayang seperti dicurahkan menerusi masakan yang ikhlas, itulah antara kunci bahagia.

IKLAN

“Malah bagi saya, sudah tentu masakan mempengaruhi kebahagiaan rumah tangga. Sekarang saya melihat ramai pasangan yang tidak kisah namun sampai bila mahu makan di luar?

“Fasa awal hubungan mungkin semuanya okay. Namun apabila anak-anak sudah besar dan mula meminta masakan ibu, takkan kita baru hendak belajar waktu itu?” jawabnya lagi.

Terdahulu, bintang Leftenan Zana ini ditemui pada majlis pelancaran produk terbaru Tefal di Sogo KL, pada Khamis.

Menyifatkan seorang isteri juga harus bijak beraksi di dapur, namun si suami juga perlu ambil peranan bagi meringankan beban orang rumah.

IKLAN

Lelaki tidak semestinya harus pandai memasak namun dia kena rajin meringankan beban isteri.

“Apa salahnya mengemas rumah dan membasuh pinggan mangkuk selepas isteri memasak,” tuturnya.

Wanita yang lebih senang siapa Sis ini turut memberi panduan buat mereka yang baru mula belajar memasak.

IKLAN

Pada saya senang sahaja, jika tidak tahu memasak, rajin-rajinlah masuk dapur dan cukup sekadar melihat ibu memasak.

“Saya sendiri belajar memasak dengan melihat arwah ibu dan nenek di dapur.

“Daripada situ timbulnya minat dan rasa ingin mencuba. Apabila ada yang merasa masakan kita, rasa dihargai dan membakar semangat untuk terus belajar,” jelasnya ringkas.

Dalam perkembangan lain, Sheila turut diundang ke majlis berkenaan bagi melakukan demonstrasi masakan menggunakan produk terbaru Tefal yang dilengkapi Inovasi Thermo-Signal.

Peralatan memasak ini boleh didapati dengan harga serendah RM79.00 sehingga RM279.00.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI