Pelakon Datin Paduka Eina Azman telah berangkat ke Tanah Suci, Mekah bersama suami, Datuk Paduka Kaiser dan anak-anaknya pada 22 November lalu.
Turut ikut bersama, pembantu rumahnya yang dikenali sebagai Bik Mega.
Berkongsi cerita dan pengalaman menunaikan umrah bersama, Eina bersyukur kerana dapat membawa pembantunya bersama ke tanah suci.
Malah ujar bintang berusia 24 tahun ini lagi, dia mempunyai pembantu rumah yang beragama Islam dan lebih berusia dari Bik Mega. Akan tetapi, Allah sudah tentukan rezekinya tunai umrah kali ini.
“Alhamdullilah rezeki untuk mu bik mega… sebelum ni saya ada ramai bibik islam dan jauh lagi tua dan berusia dari bik mega.
“Tapi Allah dah tentukan mmg rezeki dia datang bersama saya dan keluarga utk kali ini, #OrangKuatSayaDiRumah,” tulisnya sambil disertakan beberapa keping foto berlatarbelakangkan Kaabah.
Pelakon senior, Didie Alias mendedahkan dia pernah mengalami pengalaman pahit bersama anak-anak.
Malah, dirinya turut merasakan ia adalah sesuatu momen perit.
Kongsi Didie, ketika itu dia tidak mempunyai wang secukupnya untuk menyara lima orang anaknya.
“Perkara yang paling sedih bagi saya adalah ketika dulu kami anak-beranak tidur di satu sudut sebelah sinki dapur di rumah (apartment) kakak angkat di Setapak, Kuala Lumpur.
“Ketika itu saya tidak bekerja dan tiada duit. Apabila saya lihat lima orang anak saya, saya berkata dalam hati “Ya Allah , mampukah aku untuk menjaga mereka?,” kongsinya ketika itu hanya mempunyai RM5 sahaja.
Didie ditemui di sidang media Lefest Mega Raya 2020 di Pelantaran 2, PWTC pada Rabu.
Tekad membesarkan anak-anak dengan sempurna, Didie yang juga merupakan artis Komedi Wanita Popular (ABPBH 2011) mahu mencari ‘jalan keluar’ untuk memberi keselesaan kepada anak-anaknya.
“Selepas setahun, saya berjanji dengan Allah dan diri sendiri untuk mengubah kehidupan kearah yang lebih baik untuk mencari duit dan mencari kerja bagi membesarkan anak-anak.
“Setahun kemudian, ya memang benar Allah bagi. Ketika itu saya bekerja di sebuah syarikat dan syarikat itu memberikan saya kereta Iswara, pada sebelah petang pula saya meniaga jual satay.
“Saya percaya itu rezeki dari Allah kerana amanah (anak-anak) kita jaga dengan baik dan Dia akan balas di kemudian harinya,” kata Didie kepada MH.
“Ada dua orang anak saya tidak ke sekolah tadika kerana masalah kesempitan wang, mereka terus ke sekolah rendah.
“Tetapi disebabkan kakak mereka yang menjadi tunggak banyak memberi dorongan dan sokongan kepada adik-adik yang lain. Dia juga banyak membantu saya untuk menguruskan adik-adik sekolah,” kongsinya.
Dalam perkembangan lain, Didie merupakan presiden Lefest Mega Raya 2020 yang merupakan sebuah karnival keluarga yang memfokuskan kepada usahawan bumiputra.
Jelajah tersebut bakal diadakan bermula tahun depan di beberapa lokasi terpilih bermula penghujung Mac dan berakhir pada Disember.
Antara selebriti yang bakal memeriahkan karnival terbabit ialah seperti Rozita Che Wan dan suami, Ruhainies, Nana Mahazan, Aidil Aziz, Ozlynn dan ramai lagi.
Bersempena meraikan ulang tahun perkahwinan pertama, bintang Bollywood, Priyanka Chopra telah memberi kejutan kepada suaminya, Nick Jonas.
Dalam keadaan mamai selepas bangun tidur, Nick terkejut dan tersenyum selepas kejutan yang dilakukan isterinya itu iaitu seekor anak anjing yang diberi nama Gino Jonas.
Perkara itu membuatkan Nick terharu apabila menerima hadiah berkenaan yang dianggap sebagai ahli keluarga baru mereka.
“Pri came home with the absolute best surprise this morning. Please meet our new pup @ginothegerman
” I haven’t stopped smiling since I woke up this morning and finally realized what was going on. Thank you @priyankachopra ,” tulis anak kelahiran Texas, Amerika Syarikat itu.
Video yang telah mendapat lebih dua juta tontonan selepas dimuat naik kurang 24 jam itu telah mendapat reaksi pelbagai dari peminat yang menganggap pasangan ini sehati sejiwa.
Terdahulu, perkahwinan Priyanka dan Nick berlangsung dengan gilang-gemilang di Istana Umaid Bhavan di Jodhpur, India pada 1 December 2018.
Malah, gaun yang digayakan Priyanka mendapat perhatian dunia apabila veil sepanjang 75 kaki memerlukan tempoh waktu selama 1,826 jam untuk disiapkan dengan sempurna.
Bersama enam orang pengiring dibelakangnya, gaun Priyanka dilaporkan dihiasi turut dengan 2.3 juta butir labuci mutiara.
Video / Foto : Instagram Nick Jonas/ Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!