Baru-baru ini artis versatil Didie Alias dan keluarga telah menjadi tetamu jemputan untuk sebuah rancangan masakan bertajuk Masak Apa Tu yang ditayangkan di TV3.

Rancangan Masak Apa Tu merupakan sebuah program masakan kekeluargaan yang menampilkan selebriti tempatan disamping untuk berkongsi tentang keluarga dan perkembangan terbaru mereka.

Menariknya, pelakon yang berusia 47 tahun itu telah berkongsi bersama penonton mengenai kehidupannya yang terkini bersama suaminya, Norhisham Ismail.

Dalam pada itu, Didie juga telah berkongsi bersama penonton mengenai pegangan hidupnya.

IKLAN

“Bagi saya orang kata ajal maut pertemuan semua di tangan dia. So saya ni dah kali kedua dan saya harap jodoh saya ni biarlah sampai ke jannah.”

“Saya juga perlukan bimbingan juga dari seorang suami dan saya harap juga saya dibimbing bersama anak-anak sampailah syurga, itu harapan sayalah.”

IKLAN

“Alhamdulillah, kita pun dipanjangkan umur dan dapat nak tengok cucu, nak minta anda semua mendoakan kami semua keluarga kami doakan yang baik-baiklah.”kongsi Didie bersama penonton.

Lalu, peminat telah memberikan komen yang positif diruangan komen video tersebut. Rata-rata peminat mendoakan kebahagian rumah tangganya kekal hingga ke akhir hayat.

IKLAN

“Saya Ni Dah Kali Kedua Dan Saya Harap Jodoh Saya Ni Biarlah…”- Kongsi Didie Alias Mengenai Rumah Tangganya “Saya Ni Dah Kali Kedua Dan Saya Harap Jodoh Saya Ni Biarlah…”- Kongsi Didie Alias Mengenai Rumah Tangganya “Saya Ni Dah Kali Kedua Dan Saya Harap Jodoh Saya Ni Biarlah…”- Kongsi Didie Alias Mengenai Rumah Tangganya

Terdahulu, pelakon yang berasal dari Melaka itu telah berkahwin bersama seorang pelakon bernama Ridzuan Hashim pada tahun 1992 dan telah bercerai pada 2002.

Kemudian, Didie sekali lagi mendirikan rumah tangga bersama Norisham Ismail pada tahun 2009.

Video : YouTube TV3 Malaysia

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI