Sinonim sebagai wajah ‘jamban’, Dr Shazril Shaharuddin mengakui dia seringkali ditegur peminat kerana iklan bilik air yang dibintanginya.
Walaupun pernah muncul dalam beberapa komersial yang lain, namun entah mengapa, hanya iklan ‘jamban’ yang tetap melekat di minda ramai.
“Topik : Iklan Jamban, Apa Nak Segan?
“Knkdg bila sy pi shopping mall & ditegur orang, mesti ade yg tnye “u yg buat iklan jammm” xsempat die habiskan ayat, sepantas kilat sy sambung “iklan jamban, ahaa sy lah tu” wlpn dlm hati kecil ku berbisik “ingt die nk ckp aku dlm Mydoctors ke, billboard Gatsby ke, last2 jamban gak yg die ingat”.
“Bile balik kampung pun sedare2 tegur “lucu la iklan jamban Say”, terduduk sy dibuatnye bang, mmg iklan tu je ke yg even keluarga besar ku ingat?
IKLAN
“Parents ku pun knkdg persoalkan pemilihan iklan ku tp ku yakinkan mrk knape nak segan, janji pendapatan halal, pulangan lumayan & jamban Say kekal gemerlapan.”
Tambahnya, walaupun keluarga mempersoalkan pemilihan iklan yang dilakukan, namun apa yang penting, rezeki yang diperolehi halal.
“Syukur Alhamdulillah arini jajahan jamban ku sampai ke Philippines. Kini aku mula akur yg mukaku mirip jamban & aku bangga dgn kejambanan ku. Biar ape org nk kata yg penting namaku diakatakan mereka.
IKLAN
“Pantun 2 kerat last, Kalau Trivago dipegang @dahliashazwan, @say_shazril pegang ketat iklan jamban. Sekian,” tulisnya lagi.
Pelakon, Tiz Zaqyah akui berbesar hati apabila berkesempatan untuk menziarahi Abdur Rahman Amir Ruddin yang kini bergelar yatim piatu selepas ibu bapa serta empat adik beradiknya maut dalam kemalangan di Kilometer 5 Jalan Segamat-Kuantan pada 1 September lalu.
Menurut Tiz atau nama sebenarnya Siti Zaqyah Abdul Razak, dia dan beberapa rakannya yang lain datang ke rumah ibu saudara Rahman untuk menyerah wang derma daripada orang ramai.
“Alhamdulillah dapat juga rezeki melawat adik Rahman petang tadi di rumah Makciknya di Muar. Alhamdulillah,ramai juga yang datang melawat,” tulisnya.
Kisah itu dikongsikan sendiri oleh pelakon drama Liar itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Pada masa sama, Tiz turut mendoakan semoga Rahman dan adiknya sentiasa diberikan ketabahan untuk menempuh detik sukar ini.
“Terima kasih juga kepada yang menderma. Semoga Allah swt permudahkan semuanya untuk adik Rahman. Salam Takziah. Al-fatihah,” kongsinya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa sebak selain turut menitipkan kata-kata semangat buat Rahman sekeluarga.
“Sembab mata dia. Kesiannya la. Harap mental dia kuat.
“Allahu, setiap kali ternampak post pasal kisah ni auto sedih dan sebak sampai tahap nak nangis.
“Terima kasih orang-orang baik yang datang ziarah dan mendoakan Adik Rahman. Semoga Allah mengangkat segala kesedihan Adik Rahman dan permudahkan segala urusannya.
“Sedikit keceriaan di wajah adik tu. Alhamdulillah. Terima kasih Tiz dan team,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Tragedi memilukan itu meragut nyawa pasangan suami isteri Amir Ruddin Ismail, 46, dan Noorahimah Noor Muhamad, 43. Empat lagi anak pasangan itu, Fatimatulzahrah, 17, Seri Khadijah Aqilah, 13, Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5, turut terkorban.
Mereka sekeluarga dilaporkan dalam perjalanan dari Kluang ke Segamat untuk menghantar Noorahimah yang bertugas sebagai guru Sekolah Agama Kemedak.
Tujuh beranak itu menaiki Perodua Alza dan pada hari kejadian, hanya Abdur Rahman tidak ikut bersama kerana ada urusan lain.
Sementara itu, adik kepada Rahman, Abdullah terselamat dalam tragedi meragut enam sekeluarga itu, masih lagi menerima rawatan di ICU.
Bagaimanapun, keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih memerlukan alat bantuan pernafasan serta pemantauan pihak hospital selepas menjalani pembedahan semalam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Tiz Zaqyah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas menerima reaksi pelbagai pihak sekaligus menghormati persepsi masyarakat, pihak penganjur ‘Konsert Goyang Adia Koplo Milenia’ memilih untuk melakukan penjenamaan semula kepada ‘Konsert Milenia Live In Kuala Lumpur’, yang dilihat lebih universal.
Pengarah Projek Mission Sight Sdn. Bhd, Riezman Khuzaimi berkata, penjenamaan semula konsert yang dijadualkan pada 30 September depan dilihat mampu menangkis stigma segelintir pihak terhadap genre ditonjolkan.
“Belum pun bermula, konsert mega yang bakal berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam telah menjadi sasaran kritikan mereka yang sentiasa memiliki persepsi negatif terhadap irama dangdut.
“Demi membuang persepsi masyarakat dan menghormati semua pihak, Konsert Goyang Asia Koplo Milenia telah dijenamakan semula kepada Konsert Milenia Live In Kuala Lumpur.
“Pihak kami sedar apabila disebut dangdut koplo sudah pasti ada yang menyangka kemunculan barisan penyanyi nanti disertai tarian seksi, namun itu semua sekadar tanggapan,” katanya.
Riezman turut menambah, sebagai penganjur yang bertanggungjawab, setiap penyanyi terutama dari Indonesia iaitu Siti Badriah, Fitri Carlina, Hesty Klepek-kelepek dan Rheyna Morena juga diingatkan tentang garis panduan persembahan.
“Sejak awal lagi mereka tiada masalah mengikuti ketetapan dan menghormati garis panduan bukan hanya pada persembahan, bahkan meliputi penampilan pada malam tersebut.
“Sebagai penggiat seni, Mission Sight lebih teruja menonjolkan seni di dalam muzik itu sendiri tanpa membawa elemen negatif sepertinya tanggapan pihak tertentu.
“Kami hanya menjual irama dan lagu, bukan unsur negatif tarian dan gelek lucah macam tuduhan dilemparkan ketika pengumuman konsert ini,” katanya lagi.
Konsert Milenia Live In Kuala Lumpur turut dimeriahkan kemunculan Ratu Dangdut Malaysia, Amelina dan Ani Maiyuni selain empat bintang dari Seberang itu.
Lebih menarik, penganjur memutuskan untuk melakukan penjualan tiket pada harga rahmah bersempena bulan kemerdekaan menerusi potongan diskaun sehingga 50 peratus.
“Ini adalah konsert pertama Mission Sight yang sebelum ini berpengalaman luas dalam penganjuran acara serta festival mega.
“Kami ingin berkongsi kemeriahan dengan membuka peluang kepada lebih ramai penggemar muzik menikmati genre dangdut, selain memberi potongan 50 peratus bersempena bulan kemerdekaan.
“Harga istimewa ini turut ditawarkan kerana kami merancang mengadakan konsert untuk malam ke dua dan jika terlaksana kemungkinan artis sensasi seperti Baby Shima dan beberapa artis lain dapat tampil.
“Lebih membanggakan, konsert ini juga mungkin akan mencatat sejarah dan diabadikan dalam Malaysia Book of Records, sekiranya tiket habis terjual,” katanya.
Malah, konsert tersebut juga bakal dimeriahkan dengan Festival Muzik Milenia selama tiga hari berturut-turut di perkarangan Stadium MBSA Shah Alam bermula 29 September hingga 1 Oktober 2023.
Antara pertandingan yang melibatkan lima negara Malaysia, Indonesia, Singapore, Brunei dan Thailand di festival itu adalah pencarian Raja dan Ratu Dangdut Asia, pertandingan tarian dan cabaran One Minutes Challenge.
Tiket mengikut zon sudah boleh didapati di laman sesawang ticket2u.com yang menawarkan harga terkini bermula dari RM240 (VIP Koplo), RM134 (Asyik), RM89 (Rindu) hingga ke zon berdiri (RM50).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Adam Corrie menyifatkan dalam kehidupan ini, kita hendaklah sentiasa merujuk kepada pakar atau orang yang lebih berilmu sekiranya ada kemushkilan terhadap seseuatu perkara.
Menurut Corrie, yang juga merupakan seorang muallaf, semakin banyak kita mendalami mengenai sesuatu perkara, semakin banyak sebenarnya perkara yang kita tidak tahu.
“Kita perlu banyak berguru. Makin ramai kita berguru dan belajar. Rupanya kita baru tahu, bahawa banyak lagi kita tak tahu dan perlu belajar.
“Di era makin canggih ini. Banyak pandangan hingga mengelirukan orang ramai dan kita sendiri. Janganlah kita menjadi salah seorang yang mengelirukan orang lain.
“Alhamdulillah saya sering dinasihatkan oleh murabi-murabi saya. Kalau ada kekeliruan terus tanya mereka. Kangan tanya pada bukan ahlinya.
“Jika kita tak bersependapat, harap jangan kecam dan keji sesama kita. Rasulullah SAW dalam dakwah sangat menjaga adab,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon filem, KL Gangster itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Corrie turut berkongsi pandangannya mengenai prosedur operasi standard (SOP) solat jemaah di masjid serta surau seperti yang sedang hangat diperkatakan ketika ini.
“Antara yang disampaikan oleh murabi saya tempoh hari ialah Mufti membuat hukum berdasarkan (usul fiqh) Islamic Jurisprudence yang berasaskan Quran dan Sunnah juga.
“Antara WAJIB elak mudharat untuk menjaga nyawa dan SUNNAH dalam berjemaah, pastinya yang WAJIB lebih kuat,” jelasnya.
Dalam pada itu, Corrie turut menyeru kepada orang ramai supaya sentiasa menjadikan individu lebih arif sebagai tempat rujukan dan bukanlah menuntut ilmu secara membuta tuli sahaja.
“Tak pasti kita mesti rujuk kepada yang pakar. Jangan rujuk orang yang tidak arif contoh seperti SAYA iaitu seorang artis.
“Artis ini ibarat GULA, ia penarik kepada semut. Jika betul sukatan GULA nya, insyaALLAH sedap dan memberi manfaat.
Jika terlebih sukatan GULA nya, ia menjadi penyakit yang menerimanya.
“Senyum selalu, selalu bersangka baik
insyaAllah hati tenang,” akhirinya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan pandangan yang sama selain turut mendoakan semoga keadaan negara kembali pulih seperti biasa.
Sumber: Instagram Adam Corrie
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!