Penyanyi Ayda Jebat tidak mahu memberikan ulasan terperinci susulan insiden pertelingkahan yang berlaku melibatkan adiknya, Fyna Jebat pada awal pagi Isnin.
Ayda berkata, siasatan lanjut masih lagi dijalankan pihak berkuasa.
“Saya mohon maaf, adik saya Fyna enggan beri sebarang ulasan kerana banyak hati yang harus jaga dan atas nasihat polis, biar pihak bertanggungjawab menjalankan tugas,” katanya.
Dalam kejadian di sebuah restoran di Shah Alam, Selangor Fyna didakwa terlibat dalam pertelingkahan bersama madunya iaitu isteri pertama Datuk Zainal Abidin Hassan.
Ads
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan berlakunya kejadian itu dan memaklumkan kedua-dua pihak sudah tampil membuat laporan polis.
Kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan (gaduh gempar) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (AKK) (Kelakuan tidak senonoh tempat awam).
Ads
Menghargai semua pihak yang mengambil berat, Ayda memohon agar orang ramai memahami situasi yang sedang dialami adiknya itu.
“Saya berterima kasih kepada semua yang prihatin. Saya mohon semua orang faham situasi yang sedang berlaku serta menghormati Fyna dan semua pihak,” katanya.
Ads
Ayda juga memohon doa agar perjalanan mereka di program Famili Duo dipermudahkan.
“Buat masa sekarang, fokus kami hanya dalam program Famili Duo. Saya mohon doa peminat agar semua urusan dipermudahkan,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tindakan pelakon Fatin Afeefa yang mengelak apabila suaminya, Aliff Awang bergurau mahu menyentuhkan demi menjaga wuduk menjadi sorotan peminat pengikut laman sosial.
Menerusi sebuah video TikTok yang dikongsikan Aliff beberapa hari lalu, Aliff cuba mengusik Fatin untuk menyentuhnya, namun si isteri sedapa upaya cuba mengelak.
Fatin berbuat demikian kerana masih berwuduk, sebagaimana yang dimaklumkannya.
Meninjau ke ruangan komen, kebanyakannya memuji tindakan Fatin yang tetap cuba menjawa wuduknya.
Sayang 😭 I nak pegang je. Bukan pukul !! Kalau you tak bagi I pegang, I nak buat apa? Takkan I nak pegang phone je huhu. Bosan tau pegang phone asyik withdraw je kerja. I nak pegang you nak rasa kemenangan ! Eh kalau korang semua ada masalah macamni, cuba TEKAN LINK KAT BIO ! Maybe bila kau berduit, isteri takmau pegang 😭 tak percaya? Kau buat dulu duit dengan aku !
Pelakon Puteri Sarah mengharapkan dirinya dapat menunaikan umrah dengan tenang pada 26 Januari depan.
Isnin lalu, Puteri Sarah, 38, selesai memfailkan permohonan perceraian terhadap suaminya yang juga pengarah, Syamsul Yusof di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
“Saya rasa lega kerana segala apa yang saya pertahankan apa semua, saya boleh cakap telah buat yang terbaik untuk mempertahankan.
“Tapi nampaknya jodoh sampai sini sahaja. Jadi bagilah saya pergi umrah dengan tenang.
“Saya hanya mahu fokus kepada ibadah sahaja. Tak mahu fikir lagi ada masalah yang tidak selesai. Masih rasa tak tenang atau tak terjawab.
“Semua sudah terjawab. Saya harap boleh pergi umrah dengan tenang dan pulang dengan mulakan hidup baru bersama anak-anak,” katanya.
Dalam pada itu, pelakon yang kini sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri, Andai Itu Takdirnya itu hadir ke mahkamah dengan ditemani dua adiknya.
Turut sama ialah peguam syarie yang mewakilinya iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader.
Terdahulu sejak awal tahun lalu, kisah rumah tangga pasangan berkenaan menjadi bualan selepas Puteri Sarah mendedahkan diganggu oleh orang ketiga.
Kemelut rumah tangga mereka kian hangat selepas Syamsul mendedahkan sudah bernikah di dengan Ira Kazar di Thailand pada 6 Januari lalu berwalikan bapa pengantin perempuan yang juga pelakon senior, Kazar Saisi.
Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah kini berusia 3 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
My Events International dan Absolut Event & Management menerusi pasangan selebriti Ben Ali dan Nadiyah Shahab bakal menganjurkan Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya 2023 (ABXGR23) buat kali kedua yang berlangsung pada 14 hingga 17 April depan.
Teruja menantikan festival bersempena musim perayaan itu, pasangan Ben dan Nadiyah meluahkan rasa syukur apabila sokongan berterusan diterima barisan vendor setiap kali menganjurkan festival seumpamanya.
“Niat kami adalah untuk membantu sebanyak boleh peniaga. Kadang-kadang rasa ralat pun ada, bukan sahaja daripada perspektif bisnes tetapi juga kita kalau boleh nak lebih ramai peniaga turut ambil bahagian. Sebab itulah tahun ini kita buka lebih 200 ‘booth’ berbanding hanya 360 ‘booth’ sahaja tahun lalu.
“Kita nak tolong semua, tapi ia berdasarkan ‘first come first serve’ juga. InsyaAllah kalau selepas ini ada peluang, kami terbuka untuk menerima lebih ramai peniaga, sama-sama membantu kongsi rezeki,” kata Nadiyah.
“Sudah tentu bagi pihak kami, kami rasa teruja sebab sebelum kempen di media sosial, semua ‘booth’ sudah terjual. Malah rakan penaja pun ada tanya sekiranya ada peluang untuk kita buka lebih banyak ruang lain. Tapi kami juga perlu fikirkan soal persaingan barangan jualan.
“Nanti kalaulah ada produk jualan yang hampir sama, risau pulangan jualan vendor itu akan kurang. Sebolehnya kita mahu fikirkan yang terbaik untuk semua pihak. Terhadkan kepada jumlah ‘booth’ tertentu,” kata Ben.
Mereka pada masa sama berbesar hati atas sokongan rakan artis yang turut sama bakal memeriahkan festival yang bakal berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) itu.
“Tahun ini kita target sekitar 2 juta pengunjung selama empat hari festival. Jumlah itu dikira secara realistik, belum lagi mereka yang datang dengan pengankutan awam, e-hailing dan sebagainya. Kita tak letak jumlah pengunjung merepek-repek, ia dikira secara konservatif.
“Tahun lalu sekitar 1.25 juta pengunjung. Jadi memandangkan ‘booth’ bertambah, secara langsung kita jangka akan lebih ramai yang hadir susulan pelbagai aktiviti menarik yang mengisi slot sepanjang festival seperti konsert, ‘money chamber’, dan sebagainya,” katanya lagi.
Berjalan selama 66 jam tanpa henti sempena menyambut kedatangan bulan Syawal, ABXGR23 bukan sahaja diadakan secara ‘indoor’ tetapi juga ‘outdoor’ dengan Mini Absolut Food Festival yang menyediakan pelbagai menu makanan khas untuk berbuka puasa dan sahur.
Pada masa sama, ABXGR23 tidak ketinggalan menghormati Ramadan dengan menjemput ilmuan tersohor untuk menyampaikan khutbah yang bermakna sebelum berbuka puasa, menghiasi kawasan dewan dengan kata-kata Nabi, menikmati persembahan nasyid sebelum solat terawih Maghrib yang dipimpin Imam, serta bacaan Al-Quran oleh pelajar-pelajar tahfiz.
Festival ABXGR23 juga bakal menganjurkan memasak bubur lambuk beramai-ramai dan pengagihan sebagai inisiatif amal.
Secara rasminya, Coca-Cola Far East Ltd. akan menyertai ABXGR23 sebagai Rakan Minuman Eksklusif – Blue Diamond So Chantique sebagai Rakan Emas, KKMY Group Sdn Bhd sebagai Rakan Gangsa dan disokong oleh Malaysia Furniture Council.
Antara selebriti yang bakal membuka gerai jualan dan beramah mesra bersama peminat di reruai mereka termasuk Aedy Ashraf, Amelia Handerson, Diana Danielle, Rozita Che Wan, Nelydia & Uqasha Senrose, Mira Filzah, Scha Alyahya & Awal Ashaari.
Malah pasangan suami isteri Hairul Azrin & Hanis Zalikha, Amyra Rosli, Meerqeen, Anna Jobling, Fauziah Gous dan Shahz Jaszledan dijangka turut terlibat di dalam festival berkenaan tahun ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Abang kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang juga pempengaruh, Syed Abdullah tampil mempertahankan pelakon dan penyanyi, Bella Astillah susulan reaksi kurang senang segelintir pihak apabila dia dibandingkan dengan tokoh negara yang disegani, Tun Siti Hasmah.