Penerbit dan pengarah popular, Michael Ang mendedahkan dirinya tidak mengambil masa yang lama untuk menerima tawaran merakamkan lagunya sendiri yang berjudul Cinta Atau Propa memandangkan ketika itu dia sedang diselubungi pelbagai masalah.

Menurut Michael, keputusan tersebut dibuat bagi mengurangkan rasa tekanan di dalam dirinya.

“Saya Memang Ada Jumpa Doktor Psikiatri…,” – Lagu Datang Ketika Sedang Hadapi Tekanan, Michael Ang Rela Hati Sedia Terima Kritikan

Katanya lagi, dia amat berterima kasih kepada pihak Indigital dan produser kerana telah membantunya sepanjang proses rakaman tersebut.

“Sebenarnya semasa mereka menawarkan saya untuk projek lagu ini, ketika itu saya sedang berhadapan dengan pelbagai masalah peribadi dan kerja. Saya sangat tertekan ketika itu.

“Bila mereka ajak saya untuk merakamkan lagu ini, saya terus bersetuju kerana saya ingin keluar seketika daripada permasalahan tersebut. Setibanya pada hari kejadian, saya jadi terlampau gemuruh sehingga saya menelefon pihak Indigital untuk membatalkan sesi rakaman.

“Namun, mereka tak putus-putus beri semangat kepada saya dan minta saya untuk cuba dahulu. Saya juga bersyukur kerana banyak dibantu oleh produser, Hafiz Hamidun dan Killa Driz. Saya akui suara saya tak berapa baik tapi saya telah cuba yang terbaik,” katanya kepada MH.

Pengarah drama, Jangan Ganggu Jodoh Aku itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media pengenalan lagu Cinta Atau Propa yang diadakan secara virtual pada Khamis.

IKLAN

“Saya Memang Ada Jumpa Doktor Psikiatri…,” – Lagu Datang Ketika Sedang Hadapi Tekanan, Michael Ang Rela Hati Sedia Terima Kritikan “Saya Memang Ada Jumpa Doktor Psikiatri…,” – Lagu Datang Ketika Sedang Hadapi Tekanan, Michael Ang Rela Hati Sedia Terima Kritikan

Dalam pada itu, Michael turut mendedahkan dia juga telah berjumpa dengan doktor psikiatry bagi mendapatkan khidmat nasihat mengenai masalah tekanan yang dilaluinya itu.

“Ketika itu, saya ada masalah dalam perhubungan. Ditambah pula dengan masalah ditempat kerja apabila orang yang paling kita percaya sebenarnya tidak boleh diharap meskipun saya dah beri peluang kepada dia banyak kali.

“Seumur hidup saya, tahun 2021 merupakan detik yang paling mencabar. Sejak saya dilahirkan, saya tak pernah lalui dugaan yang bertubi-tubi sepanjang empat bulan yang lepas. Saya merasai bagaimana rasanya ditikam oleh orang yang kita sayang.

“Bila hati tengah sedih, tetapi saya terpaksa tipu perasaan saya untuk sentiasa nampak gembira disebabkan komitmen kerja. Sejujurnya saya memang ada berjumpa dengan doktor psikiatri sebab ketika itu saya dah tak mampu nak tahan lagi.

IKLAN

“Saya jadi mudah marah dan disebabkan itu saya dapatkan bantuan. Despressi ini sangat bahaya dan bukan perkara main-main,” kongsinya lagi.

“Saya Memang Ada Jumpa Doktor Psikiatri…,” – Lagu Datang Ketika Sedang Hadapi Tekanan, Michael Ang Rela Hati Sedia Terima Kritikan

Ketika ditanya adakah dia sudah bersedia untuk menerima sebarang kritikan netizen mengenai lagunya itu, ini reaksi yang diberikan oleh Michael;

“Pada saya, mengkritik ini adalah hak individu. Seperti saya sendiri, saya dah bersedia untuk kongsikan karya saya buat tatatapan umum. Jadi, mereka ada hak untuk mengkritik dan saya tak perlu balas.

IKLAN

“Macam saya pula, saya hanya mengkritik mereka yang bantanding di program nyanyian televisyen. Kalalu lagu yang mereka release sendiri, saya tak pernah pun kritik.

“Bila saya dah keluarkan lagu ini, saya memang dah bersedia menerima sebarang kritikan dan pujian. Saya tidak akan melatah kerana bagi saya itu adalah hak masing-masing. Saya akan tetap juga mengkritik program-program nyanyian ini.

“Tiada siapa paksa kita untuk menyanyi. Terima sahaja kritikan itu.
Artis hati tisu je yang tak boleh terima kritikan,” akhirinya.

“Saya Memang Ada Jumpa Doktor Psikiatri…,” – Lagu Datang Ketika Sedang Hadapi Tekanan, Michael Ang Rela Hati Sedia Terima Kritikan

Cinta Atau Propa merupakan lagu ciptaan penuh oleh Killa Driz manakal sesi rakaman pula dibantu oleh penyanyi, Hafiz Hamidun.

Sehingga kini, muzik video lagu berkenaan yang dimuat naik di platform Youtube Indigital Music kini telah pun meraih lebih 15,000 jumlah  tontonan selepas satu hari ditayangkan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI