Media Hiburan kini berada di dalam aplikasi   
Media Hiburan kini berada di dalam aplikasi   
Home Berita “Saya Masih Sayangkan Diana Dan Anak-Anak.”

“Saya Masih Sayangkan Diana Dan Anak-Anak.”

Aktor dan pengarah, Farid Kamil berharap isu rumah tangganya dengan pelakon Diana Danielle dapat diselesaikan dengan jalan perdamaian.

Diana sebelum ini dilaporkan memfailkan permohonan cerai terhadap Farid pada awal bulan ini atas alasan tiada persefahaman dan berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan).

Farid atau nama sebenarnya, Farid Kamil Zahari, 42, difahamkan enggan melafazkan talak  disebabkan masih sayangkan keluarganya.

“Saya ingin selamatkan keluarga menerusi jalan perdamaian di mahkamah. Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah.

“Saya masih sayangkan Diana dan tentunya, dua cahaya mata, Muhammad dan Aurora,” katanya, lapor BH Online.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada November 2012 dan dikurniakan sepasang cahaya mata, Muhammad, 10, dan Aurora, 7.

IKLAN

Dalam pada itu, pelakon filem Anwar: The Untold Story itu turut menafikan wujud krisis antaranya dan Diana hingga membawa keretakan dalam hubungan mereka.

“Sebenarnya, tiada apapun yang berlaku. Sebagai suami, saya tiada masalah. Tanyalah Diana, apa masalah dia,” ujar Farid ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp.

IKLAN

Meski berdepan konflik rumah tangga, Farid berkata, isu yang berlaku tidak mengganggu emosinya.

“Ketika ini, saya sedang sibuk di lokasi penggambaran. Alhamdulillah, fokus saya kini lebih kepada mencari nafkah,” katanya lagi.

IKLAN

Terdahulu, berita kemelut rumah tangga pasangan ini timbul selepas Diana dilaporkan memfailkan permohonan cerai terhadap Farid pada awal bulan ini atas alasan tiada persefahaman dan berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan).

Permohonan cerai disebut di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari di Shah Alam, pagi ini. Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.

Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Imbas Kembali, Diana Danielle dan Farid Kamil berkahwin pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata Muhammad, 10, dan Aurora, 7.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI