Pelakon Emma Maembong mendedahkan dia bakal menimang cahaya mata lelaki kedua.
Perkara itu dikongsikan Emma atau Fatimah Rohani Ismail, 31, menerusi majlis pengumuman jantina atau gender reveal bayi menerusi video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.
Dalam video yang dikongsi itu, tetamu dilihat bersorak gembira dan teruja apabila Emma memberitahu dia bakal menimang seorang lagi anak lelaki.
Sebelum itu, Emma dan suaminya iaitu Muhammad Shazli Azhar memecahkan belon berwarna hitam yang kemudiannya memaparkan kertas kecil berwarna biru menandakan jantina bayi lelaki.
Bagaimanapun video tersebut dirakam dalam keadaan kelam kabut dan huru hara kerana adik Emma iaitu Chacha Maembong merakamnya dalam keadaan terlalu teruja bakal menyambut anak buah lelaki yang baharu.
“Pengajaran untuk diri sendiri jangan percaya adik sendiri untuk ambil video,” tulis Emma di ruangan kapsyen.
Ads
Majlis pengumuman jantina itu turut dimeriahkan dengan rakan-rakan serta ahli keluarga pasangan berkenaan.
Ucapan istimewa pelakon Nazrief Nazri buat ulang tahun kelahiran isterinya, Aizatul Aqma Hamdan menarik perhatian ramai.
Menghargai pengorbanan isteri, Nazrief, 32, dalam coretannya menerusi laman Instagram miliknya mengharapkan agar rumah tangga yang dibina mereka berkekalan tanpa diganggu kehadiran insan ketiga.
“Happy birthday LOML (love of my life). Terima kasih sebab ada waktu susah dan senang. Awak adalah isteri terbaik dan ibu yang baik buat Noah.
“Selamat hari ulang tahun kelahiran isteriku. Semoga taman syurga kita bebas dari bab* yang menyondol dan serangga perosak. Amin,” tulis Nazrief.
“Ambil iktibar sis,” balasnya kepada Puteri Sarah.
Untuk info, Nazrief mendirikan rumah tangga dengan Aizatul pada 15 November 2019 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Noah yang kini berusia dua tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan hos yang juga ahli perniagaan merangkap rakan kongsi spa kecantikan Hannan Medispa, Fizo Omar berbangga kerana jenama itu kian mendapat kepercayaan pelanggan.
Terbaharu, jenama terbabit menerusi rangkaian produk kosmetik sudah mempunyai cop SIRIM, sekaligus mencipta sukses yang tersendiri.
Susulan itu, satu majlis menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) antara jenama itu dan SIRIM Berhad sudah dimeterai 10 Mac lalu di pejabat SIRIM di Shah Alam, Selangor.
Kerjasama strategik terjalin juga menjadi penanda aras simbolik kolaborasi terbesar dan pertama di Malaysia membabitkan bidang kosmetik dihasilkan jenama berkenaan.
“Sebelum ini saya ingat produk elektrik saja kena ada cop SIRIM. Rupa-rupanya produk kosmetik pun boleh dapatkan kelulusan daripada makmal SIRIM.
“Tapi sebelum saya benar-benar faham keperluan mendapatkan cop SIRIM itu, pelbagai perkara bermain di minda. Wajib ke? Perlu ke? Produk kosmetik dapat cop SIRIM?
“Tapi selepas memahaminya, apa dilakukan Hannan Medispa ini ialah bermula dengan mendapatkan bahan mentah daripada ekstrak nanas, kemudian dikaji SIRIM dan dibekalkan kepada kilang spa kecantikan itu.
“Ia seterusnya menjadi bukti bahawa bahan asas atau mentah produk kosmetik dikeluarkan ini memang selamat dan berkualiti untuk digunakan tanpa was-was.
“Tahniah atas kerjasama strategik ini. Ia menjadi penanda aras baharu untuk industri kosmetik di Malaysia,” katanya.
Sementara itu, Pengasas jenama tersebut, Dr Hannan Yusof menyifatkan kerjasama berkenaan sebagai usaha berterusan mengukuhkan jenamanya ke satu lagi peringkat tertinggi.
Ia turut diperkasakan menerusi tanda pagar #nextlevel yang diwujudkan.
“Menerusi MoA dan kerjasama ini, SIRIM akan menjadi pembekal utama bahan mentah untuk produk kosmetik kami hasilkan. Bahan mentah pertama yang dibekalkan dalam produk kami ialah ekstrak nanas dipanggil ‘bromelain’.
“Kajian dan keberkesanan terhadap ekstrak nanas ini dilakukan pasukan penyelidik SIRIM sejak beberapa tahun lalu. Ia sekali gus membuktikan produk kosmetik kami hasilkan berasaskan ‘bromelain’ ini berkesan untuk digunakan termasuk mencerahkan kulit.
“Pihak SIRIM juga sudah dan akan berterusan menguji produk penjagaan kulit keluaran kami yang sedia ada di pasaran termasuk aspek keselamatan penggunaannya. Pendek kata, produk kami lulus tapisan keselamatan SIRIM,” katanya.
Dr Hannan yang juga doktor perubatan menambah serentak dengan termeterai perjanjian itu, pihak SIRIM juga sudah mengeluarkan sijil keselamatan untuk beberapa produk diuji.
“Saya dengan kerendahan hati berharap kerjasama ini juga dapat membuka mata rakyat khususnya pengguna jenama kami supaya terus cakna dalam pemilihan produk penjagaan kulit yang selamat.
“Seperti yang ditegaskan Datuk Dr Ahmad Sabirin Arshad selaku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan SIRIM, kalau produk ada cop SIRIM baru beli.
“Syukur Alhamdulillah produk rangkaian jenama kami sudah ada cop SIRIM. Kami pilihan mereka. Insya-Allah bersempena Syawal yang akan tiba, kami juga akan keluarkan set penjagaan kulit dan rambut edisi raya. Serentak dengan itu juga kita akan terbitkan sebuah video raya istimewa. Tunggu,” katanya.
Beroperasi sejak 2012, jenama spa terkenal ini sudah memiliki 100 cawangan di seluruh Malaysia.
“Kami bermula dengan permulaan yang sangat penuh kerendahan diri. Hinggalah mampu mencipta empayar perniagaan yang berkembang pesat serta meluas.
“Lebih utama kami juga mewujudkan spa dan kemudahan ini bersifat mesra Muslim dan tanpa was-was. Kami mahu terus memberikan yang terbaik kepada pelanggan dan memastikan ‘everyone can cantik’.
“Malah dengan tanda pagar #nextlevel dilancarkan, kami mahu jadi terus relevan dan ekstrim. Kami sendiri bersifat spa dan salon terbesar di Malaysia dengan pertambahan cawangan baru setiap bulan,” katanya.
Dr Hannan menambah, jenamanya turut memiliki kilang penjagaan kulit sendiri di Muar, Johor yang berkeluasan besar selain memiliki sijil pengiktirafan Good Manufacturing Practice (GMP) dan disahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Bukan mendabik dada, tapi mana ada spa kecantikan lain memiliki kilang sendiri. Hanya kami medispa yang memiliki kilang sendiri setakat ini.
Spa baru kita juga terus dinaiktaraf dan diubah suai.
Hingga kini jenama itu disokong 1500 pekerja secara keseluruhan, selain mempunyai lebih 3 juta pelanggan.
“Segala serbi termasuk bilik pameran dan perabot serba cantik. Mesin dan teknologi kita gunakan juga serba canggih.
“Tak lupa, kami juga terus mengubah gaya hidup staf yang menjadi nadi kekuatan empayar ini dengan pelbagai aspek termasuk peluang kerja, berkongsi ilmu hingga dapat membantu keluarga masing-masing.
“Kami bukan setakat membuka peluang kerja kepada ramai orang, tapi ini adalah perubahan hidup yang terbaik dalam terus mengimarahkan hidup serta ekonomi negara,” katanya lagi.
Pelakon, Uqasha Senrose memaklumkan mengenai detik menakutkan yang menimpa suaminya yang juga merupakan aktor, Kamal Adli yang cedera parah selepas diserang oleh individu tidak dikenali, di Singapura.
Uqasha ketika dihubungi berkata, kejadian itu berlaku ketika mereka sedang berada di satu acara di negara itu, malam tadi.
“Kami ada acara ekspo di Singapura. Hari ini adalah hari terakhir dan kami dah nak selesai. Lebih kurang jam 10 malam, ada seorang makcik nak bergambar di kerusi roda.
“Saya dan suami bergambar dengan makcik itu. Tiba-tiba, ada seorang lelaki datang dan bertanya, Kamal mana.
“Kami fikir, dia peminat. Kamal tegur dia, tiba-tiba dia keluarkan cota dari poket. Dia pukul berkali-kali belakang kepala.
“Darah berjurai di baju. Apabila Kamal angkat kepala, dia pukul di tulang pipi. Kemudian berkali-kali di badan dan dia pun ada senjata tajam,” katanya.
Ditanya mengenai keadaan terkini Kamal, Uqasha memberitahu bahawa Kamal perlu menjalani pembedahan kerana luka yang besar dan panjang.
“Saya sedih kerana Kamal perlu jalani pembedahan, sebab belakang kepala luka panjang. Mungkin dia kena ditidurkan.
“Saya tak boleh nak masuk bilik pembedahan sekarang. Cuma boleh buat laporan polis di Singapura,” katanya.
Uqasha juga akui risau apabila dia dan adik beradiknya turut menerima ugutan daripada individu itu.
“Bila dia dah ditangkap oleh orang awam, dia berikan beberapa alasan antaranya, kononnya dia dihantar oleh satu pihak, kemudian, katanya dia ada isu peribadi dengan Kamal dan bila ditanya lagi, dia beritahu bahawa dia cemburu apabila Kamal berkahwin dengan saya.
“Yang menjadi kerisauan kami, dia sempat memberikan ugutan kepada kami. Katanya, dia ingat wajah kami termasuk adik beradik saya dan akan menanggung akibatnya.
“Kalau dia ada cota dan senjata tajam, tak mustahil dia ada senjata api juga. Depan polis pun dia berani berikan ugutan,” katanya.
Terdahulu, Uqasha memuat naik video pendek di Instagram, memaparkan dirinya sedang menangis di hospital dengan keterangan, memohon doa daripada orang ramai buat suaminya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan komposer, Zubir Khan meluahkan rasa syukur apabila majlis pernikahannya bersama wanita pilihan hati, Dr. Heama Maleini, berlangsung dengan lancar pada Jumaat.