Bekas isteri kepada pelakon, Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri menyifatkan segala insiden yang menimpa dirinya sejak akhir-akhir ini seakan petanda daripada Allah SWT untuk tidak terlalu meletakkan pengharapan kepada manusia.

Bagaimanapun, Shuhada tetap percaya setiap perbuatan pasti ada balasannya tidak kira baik atau buruk.

“Allah Tahu Kau Tak Pernah Beli Beras,”- Tinggalkan Cacat Kekal Di Muka, Shuhada Dedah Sikap Sebenar Suami

“Coretan seorang Shuhada. Apa yang dah terjadi, Allah memang nak terterakan depan mata penyesalan dari seorang manusia, jangan kau ukur dengan janji di mulut.

“Berlagak jadi mangsa macam apa yang dia buat selama ini tak pernah salah. Tapi ingatlah, Allah maha mengetahui setiap sesuatu perkara walaupun hanya dedaun yang luruh dari dahan pokok,” tulisnya.

Luahan tersebut dikongsikan ibu kepada dua orang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran di ruangan Instagram stories.

Malah, menerusi entri yang sama, Shuhada turut mendedahkan sifat sebenar Hafidz sepanjang bergelar suami.

IKLAN

“Never contact again was a bullshit. Yang pasti dia punya stalk saya, baca setiap komen is a joke. Hiduplah kau dengan bayang-bayang aku sampai mati. Kau takkan tenang.

“Dan kalau sekarang baru nak ukur kasih sayang buat anak-anak untuk back up diri jadi manusia bagus dan boleh buat kau bahagia, teruskan. Yang pasti Allah tahu kau tak pernah beli beras,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Shuhada secara sinikal turut mengucapkan terima kasih kepada Hafidz kerana telah menyebabkan wajahnya mengalami cacat kekal.

“Terima kasih untuk cacat kekal di muka aku ini. Semoga Allah balaslah seberat-berat kifarah buat anda.

IKLAN

“Hal ini kerana, Ustaz Azhar Idrus mengesahkan mendoakan keburukkan untuk manusia zalim, tidak salah,” katanya lagi.

Terdahulu, memetik laporan Astro Gempak, ahli keluarga Shuhada mendakwa wanita tersebut telah mengalami kecederaan akibat ditumbuk sebanyak tiga kali pada bahagian muka oleh Hafidz selepas berlaku pertengkaran pada pagi Khamis.

Sementara tara itu, menerusi laporan Mstar pula, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supertendan Shafa’aton Abu Bakar turut mengesahkan pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

IKLAN

Laporan dibuat oleh dua ahli keluarga Shuhada yang enggan namanya didedahkan.

Untuk rekod, pada 22 Februari lalu, Hafidz dilaporkan telah melafazkan cerai terhadap Shuhada melalui panggilan telefon di hadapan keluarga masing-masing.

Shuhada juga difahamkan telah hadir ke mahkamah syariah bagi memfailkan proses pengesahan lafaz cerai yang dibuat pelakon tersebut.

Pelakon drama Melastik Ke Hatimu itu mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 2.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber: Instagram Shuhada Shukri, Astro Gempak & Mstar

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI